Tuesday, August 31, 2010

JEJAK2 RAKAN PONINg 5 ( Lihat saja yang ini ....Terkenang yg Lama )

Sekian lama kita berinternet dan berhubung berita antara rakan2 lama....... ada yang telah pergi buat selalamanya....moga rohnya dirahmati Allah Taala, ada yang masih lagi menghilangkan diri dan ada yang telah dikesan tetapi tidak jua ada respon......itulah keadaaan manusia.......

Dari rontonan hati yang kuat........dari rindu yang menggamit dan mengulit perasaan....... kita membuat keputusan memohon cuti yang diapit oleh cuti tetap..... Kita menyusuri kembali kenangan 31 tahun yang lalu........ Kita ke Perak Darul Ridzuan....... Ke Kg Ungku Hussien.....Ke Kg Sg Kati....... Ke Kg Manjoi........ ahh......entah mana satu yang hendak kita tuju ni.......

Sememangnya kita bernasib baik..... Setelah berurusan di Pejabat Tanah di Kg Manjoi, Sg Tapah......kita ada luangan waktu yang cukup banyak...... tidakkah ini satu peluang untuk menyusuri kenangan lama yang dah pudar.... dapat digambarkan kembali........? eeeaaahhh tak lepas peluang........

Kita berpusing2 di dalam kampung tersusun tu....... ah.....tak kira lah........ asal aje terpandangan lorong jalan tu...kepala aku berpinar2 mengingati peristiwa lampau....... Banyak perubahan yg berlaku......ada bangunan yg kita simpan dalam memori masih ujud....dan ada bangunan yg baru......... jadi kita mencari PKG Manjoi....itu lah tempat yg bagus dibuat rujukan..... kita sama sekapal ......... Terima kasih Shamsiah Ketua Pegawai Teknologi Pendidikan kerana menunjuk arah ke bangunan MPIB.......yang mana sekarang ini SMK Permaisuri Tuanku Bainun..........

Sesampai saja kita di pos pengawal.....dan telah menerangkan maksud kita.......dalam terpinga2 pegawal pos kawalan tu membenarkan kita mengambil gambar2 di luar sahaja.....kita x mahu masuk ke dalam kerana tiada Pengetuanya......lagi pun masa persekolahan........

Bersetentangan dengan bangunan pos kawalan tu lihatlah Dewan yang satu ketika dulu tempat kita semua di suaikenalkan.......tempat buat persembahan...... dan tempat segala2 nya...... Di dewan inilah kita diajar cara berteater oleh Hashim Musbidi pensyarah yg bertanggung jawab terhadap kelab kebudayaan maktab........ Setalah kita lari dari pasukan Bola Sepak Maktab.....tak syok lihat hari2 muka Tajuddin Nordin tu........kumis ciput tu........


Di padang inilah kita bergaduh dengannya lantas memohon untuk mendaftar diri ke kelab kebudayaan...... oleh kerana kekurangan orang dalam kelab itu...... dan atas kebolehan kita dalam tarian....... drama...... maka kita diterima oleh kelab tersebut......piiiiii jalannnnnn daaaaa Tajudin Nordin...... gitu lah ucapan kita bila lihat mereka berlatih di padang ini..........

Dipadang ini.....kenangannya cukup banyak........ berbagai peristiwa berlaku........ sedih...... suka... duka..... cemas....... dan haru biru tertanam peristiwa itu dalam gambaran padang maktab dalam lipatan ingatan memori separuh sedar kita..........ayuhhhhh bangkit dan gilap kembali ingat tersebut........ Bersusah payah kita mengambil gambar ini ........ dari NSDK ke Manjoi........ beratus km tu.......kita lalui.....cuma nak kan gambar maktab ini sahaja...........

Setiap pelatih maktab akan melalui jalan ini inilah jalan yang menginatkan kita kepada peristiwa manis...pahit.... dan pelbagai........ gambar dirakam dari simpang pintu utama maktab........

Lihatlah.............pandanglah................ kenangkanlah.................ianya akan menceritakan seribu satu macam peristiwa kepada diri anda..........

nak pendekkan citer lapau ni.......poso..... & baru balik dari Ipoh......
ws............................

No comments:

Post a Comment

Library kat rumah kita ( Bahasa Melayu )