Thursday, August 17, 2017

SETITIK TINTA....

Asm...... semoga di pagi bahagia ini kita semua di barakahi oleh Allah Taala dalam mengharungi hidup di alam kepunyaanNya..... Dalam waktu kebelakangan ini aku berat nak menulis sesuatu di paparan ini bukanlah kerana merajuk atau apa-apapun..... cuma aku kehilangan orang yang disayangi pada tahun 2015 yang lalu....namun ingatan itu tetap kekal dan sedikit sebanyak membuatkan aku asyik terkenang-kenang......... Jadi aku ambil keputusan untuk mengaktifkan kembali blog ini.....
          CC9 yang kami aktifkan dulu semakin lama semakin tenggelam....... tiada apa berita pun.....semenjak kehilangan anggota kami yang cukup membantu dan beliau tak pernah menolak untuk membuat apa-apa aktiviti....Al-fatihah untuk arwah Abdullah Sijin....
          Aku amat sayang dengan blog ini..... dan aku tidak akan meninggalkannya atau menutupnya.... kini aku dah mula mencatatkan kisah kehidupan yang di tepuhi hari-hari...... mungkin gambarnya berkurangan kerana nak bawa kamera dslr agak berat....nantilah beli yang ringan atau compact kamera.
         Dewasa ini.... bila ketemu rakan-rakan yang pernah menyertai aktiviti CC9 dahulu mereka bertanyakan waktu nak aktif kembali...... satu soalan yang payah nak saya jawabnya. Saya punya waktu yang banyak sebab sudah keluar sistem.....bila-bila masa boleh aktif. Pengerusinya sekarang ini sudah bertugas di lain jabatan, beliau punya sistem PA sendiri yang mana beliau banyak di tempahi majlis perkahwinan dan lain-lainnya.
          1979 - 1981 tahun dimana sekarang ini saya sedang susuri ahli-ahli yang pernah bersama aku dahulu........ in sya Allah akan aku cari mereka.........
          wassallam.........

Wednesday, June 21, 2017

Asm.....Semasa hayat masih berdenyut jantung di dada selagi itulah kita mengharungi kehidupan di dunia ini pada waktu siang dan malam. Sedar ataupun tidak, hitungan pahala dan dosa tetap berterusan. Erti penat atau lelah tiada istilah itu pada malaikat yang ditugaskan khas untuk kita. Istimewanya kedua-duanya kita bawa kemana sahaja kita pergi samada senang susah dia tetap setia bersama.....
                  Pernahkah kita fikirkan pada waktu selepas Maghrib apa-apa yang telah kita lakukan dari selepas subuh hingga ke waktu maghrib........ Berapa banyakkah kebaikan, kebajikan, amal soleh atau pertolongan dan bantuan telah kita taburkan sepanjang hari banyak melebihi dari kejahatan yang kita tidak sedar melakukannya ataupun sebaliknya........
                  Sepanjang bulan ramadhan ini.... banyak kita dengar kerja amal dilakukan adakalanya penerimanya mendapat bantuan yang berganda.....cukup mewah dengan badan-badan koperat turun padang membawa anak-anak yatim berbuka puasa dan keshopping mall.... mereka cukap happy... Bagi kita individu yang berkemampuan mahu juga membantu fakir miskin kenalah cari... mereka di pandalaman kampung..... kalau jumpa...... pastinya mereka ini ada......
                  Kutipan zakat kita dengar beroleh jutaan ringgit.....namun ada juga terselit berita derita kesempitan hidup masih kita terbaca di dada akhbar....

Library kat rumah kita ( Bahasa Melayu )