Wednesday, June 21, 2017

Asm.....Semasa hayat masih berdenyut jantung di dada selagi itulah kita mengharungi kehidupan di dunia ini pada waktu siang dan malam. Sedar ataupun tidak, hitungan pahala dan dosa tetap berterusan. Erti penat atau lelah tiada istilah itu pada malaikat yang ditugaskan khas untuk kita. Istimewanya kedua-duanya kita bawa kemana sahaja kita pergi samada senang susah dia tetap setia bersama.....
                  Pernahkah kita fikirkan pada waktu selepas Maghrib apa-apa yang telah kita lakukan dari selepas subuh hingga ke waktu maghrib........ Berapa banyakkah kebaikan, kebajikan, amal soleh atau pertolongan dan bantuan telah kita taburkan sepanjang hari banyak melebihi dari kejahatan yang kita tidak sedar melakukannya ataupun sebaliknya........
                  Sepanjang bulan ramadhan ini.... banyak kita dengar kerja amal dilakukan adakalanya penerimanya mendapat bantuan yang berganda.....cukup mewah dengan badan-badan koperat turun padang membawa anak-anak yatim berbuka puasa dan keshopping mall.... mereka cukap happy... Bagi kita individu yang berkemampuan mahu juga membantu fakir miskin kenalah cari... mereka di pandalaman kampung..... kalau jumpa...... pastinya mereka ini ada......
                  Kutipan zakat kita dengar beroleh jutaan ringgit.....namun ada juga terselit berita derita kesempitan hidup masih kita terbaca di dada akhbar....

No comments:

Post a Comment

Library kat rumah kita ( Bahasa Melayu )