Thursday, April 30, 2009

PONING KETUJUH (Capaian Internet Bermasalah)

29 April 2009
PKG Ampangan

Keghairahan GPM Ampangan memang dapat dilihat dari raut wajah mereka yang sirius dalam membina laman blog. Ketekunan mereka tergambar di paparan sebelah ini...nampak tak seorang tupang dagu memikirkan macam mana nak mula buat .....yang seorang lagi tercari-cari....kenapalah capaian internet terputus-putus.....sekejap dapat dan sekejap lagi terganggu.......tapi tak apa cuba-cuba dan cuba lagiiiii.....

Fasi pagi agak terlewat datang...atau sengaja datang lewat dengan harap ganggu capaian dah selesai....maka apa yang dirancang dapat berjalan lancar......Tapi poning ketujuh datang.....kumpulan belakang guna defoult ap dan di bahagian depan guna linksys ap......wah semangat 100%.....hai apa dah jadi suara-suara kerisauan kedengaran ...... Fasi lihat...alamak capaian terganggu lagiiiii...poning-poning-poning......Tukar strategi kenalah ajar individu dalam kumpulan 3 orang sebarisan....apa jadi.......????

Fasi macam karton...kejap kumpulan sini panggil...kejap kumpulan sana angkat tangan......jap lagi...kumpulan sinun melambai...wah parah....Berkat kesabaran.....Fasi hadapi dengan sabar...orang nak ilmu kena berikan......posan guuru ilmu + amal = ilmu bertambah......ikhlas + jujur = keberkatan.....falsafah yang Fasi genggam sampai sekarang......sabar lerrrr......

Fasi kembali ke tempat bertugas PKG Rantau....ada bengkel galak guna bahan media pendidikan kat sana sedang menunggu....tapi rakan-rakan dari Tampin, Gemencheh dan Johol sedang membantu tak lupa juga Mr Myke Tyson dari BTPNNS....hormat u orang......kerana datang membantu.....terima kasih banyak-banyak pertolongan anda semua. Dalam perjalanan pulang terima phonecall dari Kaunseler smk......Siap!... jam 6.45 pm dia datang ambil ...dan terus ke Melaka ....ada TOT Kaunseling SK anjuran JPNS nak membantu beliau, dia minta tolong ......Sifat hormat kawan kena tolong jugalah....Jejak kaki kat rumah jam 12.30 mlm.............aduhai..... 'Bunga selaseh di dalam taman, Berseri indah pada pandangan; Budi kasih hamba kenangkan, Menjadi teman sepanjang zaman'......bye....

Tuesday, April 28, 2009

PONING KEENAM (Kursus Bloger Kat PKG Ampangan)

28 April 2009

Ketua PKG dan pembantunya dah bersedia untuk menjalankan kursus blogger GPM....ialah PKG lain dah hebat-hebat blog dia orang tuuuu...Si Poning ni pun sampai awal laiee kali ni pulak tu...Kalau hari lain agak lambat sikit...pekena alas perut dulu baru enjin kuat powernya.....

Hari ni lain macam pulak tarikkannya cukup kuat....jadi terus sampai kat sini seawal jam 8.00 pagi......alamak alamai belum sampai.....kena tahan sikit kawan yang kat dalam niii....

En Kamal pun dah set wifi nya maka kamipun mulalah perjalanan membina blog....mula-mula dapat poning nak setkan laptop cikgu yang tidak boleh mengesan signal.....huru-hara jugak dibuatnya.....selesai bab tuu...

Penerangan demi penerangan pun dilontarkan....macam-macam reaksi gpm dapat dilihat... ada yang senyum....terpinga-pinga...ada yang macam dah tahu....ada yang buat tak tahu....cemas jugak aku....takut-takut penyampaian tak profesional....maklumlah cikgu gpm kawasan bandar niii......Walaubagaimanapun proses pembelajaran tuuu kira okeylah......sampai masa makan tengahari.....

Bab waktu petang niii poning besar sampai....puas lah aku set mengesan wifi tak jugak dapat....pecah dua kumpulan.....satu kekal kat bilik dan yang satu lagi ke bilik wira.....pun masih tak dapat......Aku pun turun tarik nafas baru kat bawah ( luar PKG ).....alamak...kawan aku panjat beranda sekolah.....rupanya tarik cabel RJ45.... semula....padan lah ..... sampai tamat tak dapat wifi.....

GPM yang senyum simpul tu bukan ada apa-apa....dia ni jalan okey ajee....sbb ada broadband ....no hal lah ...... aku pun tolong dia ....sbb....dengan harap boleh dia menolong rakan yang lain esok.......

Monday, April 27, 2009

PONING KELIMO ( Nak Ajak Cikgu Bengkel Blog Bolah Potang )

Dah di chek dalam combol buruk den .....nampak eahhh kono panggil cikgu-cikgu ni pada petang hari....agak-agak eahhh 2.30 petang sampai 5.00...itu pun kalau dio orang mahu.... Habis macam mana laiee nak up gredkan blog dio orang...nak panggil bengkel formal takut-takut kalau permohonan tu tidak dapat kelulusan....ni yang poning niiii.

Kalau yang berminat tentang blog niii no problem...beres dio orang datang sendiri bertanya....kok-kok naik ghemeh kita pulak.....tapi yang macam ni jadi eahhhh payah pulak tu ....asyik kita yo terjengok-jongok kat laman blog dio orang......tiap-tiap malam tu, bukak laman dio orang... asyik-asyik cam tuuuu yo....mantul selero...

Dari 28 buah sekolah kok dapat 50 % yang turun sebelah petang pun kira okey ....nantilah ....belum dapat signal bila nak mula.....rrasa-rasanya nak mula awal bulan Mei niiii..... dikira harinya mungkin Selasa, Rabu dan Khamis.....mana lah tahu banyak cikgu-cikgi yang tinggal di pokan Rantau atau Seremban ke atau Kat BBS, TTJ atau mana-mana pun.... terbelok stearing dio masuk kat PKG...... buleh juga bimbing.......nak 3 kolom ke,,,,,mengelip-ngelip,,,,atau !!!!! ikut dio orang lahhhh.

Kito bukan minta apa pun......kito cemburu tengok blog cikgu kat Pilah, Johol,,, Rembau,,,, Tampin hebat-hebat belaka..... ni lah yang kito cuba nak atasiiii.....manalah tahu dapat hadiah ....cikgu kawasan kito yang monang....he....he....he.....angan-angan yo nasib kito kek tangan cikgu Pss......oppps (GPM) lahhh.....sorrryyyyy...........

Sunday, April 26, 2009

PONING KEEMPAT (Pengurusan Pusat Sumber Sekolah)

Tahun Lepas ada sekolah yang mendapat markah kurang memuaskan dalam penggredan PSS 2008. Satu perancangan telah diambil oleh pihak pengurusan PKG. Sekolah berkenaan dimasukkan dalam jadual 2 sekolah yang perlu dibimbing. Maka apabila tiba tahun 2009 ni kami pun menjenguk-jenguklah ke sekolah berkenaan,,,,,mula-mula tu memang bersemangat,, apa tidaknya GB dia pun bukan main ghairah untuk meningkatkan PSS sekolahnya. Saya pun pergilah menjawab undangan sekolah..

Peringkat pertama ketua gi dulu...bincang dengan GB....bukan main sedap rancangan di atur.... mintak-mintak penyelaras pss datang le ke pejabat kami supaya dapat di atur strategi meningkatkan keupayaan pss dia.... tunggu punya tunggu kawan naik letih tak muncul-muncul. Tukar strategi B pulak... kawan hantar penolong kawan yang agak sirius menjalankan tugasnya...Masyaallah......

Nampaknya kita beria-ia nak naik taraf pss tersebut tapi kecewa rasanya sebab kira-kira,,, dicongak-congak,,,,,ditelek-telek,,,,ditenung-tenung nampak ehh kita aje yang bersungguh-sungguh tapi warga sekolah berkenaan tak ambil pusing punnnn.

Pada hemat saya yang tak pandai ni lahh.....warga berkenaan memang handal makan gaji ajeee... yang lain tak ambil peduli...bermaksud bukan kerja aku..nak sebuk-sebuk buat apa!!! Penyelarasnya dah ada biar le dia buat kerje dia.... Kok macam tu...lah sikap depa alamat kami kat sini letihlah.......Tapi tak pe....dia nak markahnya macam tu....macamtu lah yang kami nilai....silap-silap hari bulan mungkin turun kut.....Poning sememangnya Poning......hai lah nasib....apa nak buatlah labuuuuuuuu.......

Wednesday, April 22, 2009

PONING KETIGA (Pertandingan Blog PSS NSDK)

PTP PKG NSDK sekarang ni tengah rancak menjalankan bengkel pembinaan blog PSS dijangkakan sebelum pertandingan TEKNOPEN diadakan, penilaian untuk mencari pemenang blog PSS akan dilakukan terlebih dahulu. Bila tarikh tutup tu kena tinjau-tinjau www.majlispkgns.com kat sini kita maklumkan...

Bayangkan ada 400 lebih buah sekolah di Negeri Sembilan ini ,,, kalaulah semua sekolah menyediakan blog PSS mereka macamana nak nilai niiiiiii. Hampir semua PKG sudah ada blog atau portal sendiri. Blog PSS sekolah akan di siarkan melalui blog atau portal PKG setempat.......Kalau tak banyak tak apalah.... syok aje dengarnya...saja pujuk hati........

Para hakim yang akan menilai blog PSS ini sudah dikenalpasti dan nama-nama mereka masih rahsia......seal habis namanya takut pilih kasih nanti....Tapi jangan takut kami telah menyediakan satu skima pemarkahan yang cukup standard......belum di ISO kan...

Proses penilaian akan dilakukan melalui portal PKG......jadi juling mata hakim nak menilainya... keputusan pun akan dibincangkan ke penal penilai.....ada hadiah lagi .......hadiah apa ......jangan tanya..... yang pentingnya ilmu buat blog tu yang penting....

Thursday, April 16, 2009

PONING KEDUA (Mesyuarat JK TEKNOPEN 3/2009)

PKG Mantin
15 April 2009

Jawatankuasa Majlispkgns telah mengadakan mesyuarat khas khusus membincangkan agenda TEKNOPEN 2009 yang akan dijangkakan berlangsung pada bulan Ogos sebelum bulan Ramadhan.

Pengisian mesyuarat amat penting dalam menentukan standard kualiti bahan pertanding. Acara-acara yang difikirkan untuk dipertandingkan adalah temasuk WEB BLOG PSS seluruh Negeri Sembilan. Selain itu kesimbungan acara seperti Bahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan PowerPoint akan tetap diadakan. WEB Blog yang baru ini diwujudkan untuk menggalakan penggunaan kemahiran ICT warga sekolah.

Peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membincangkan dan memurnikan skima markah, syarat pertandingan dan cara penghakiman.

Saturday, April 11, 2009

PONING PERTAMA

Hampir setengah bulan sudah berlalu, tanggal 25 Mac 2009 menjadi ingatan saya cukup mencabar. Hari tersebut telah kami dedahkan kepada semua Guru Perpustakaan dan Media, sebutan ringkasnya (GPM). Perkara-perkara yang didedahkan adalah menjadi tugasan semuanya sepanjang tahun iaitu pengelolaan Pusat Sumber Sekolah, Program NILAM, TEKNOPEN dan sebelah petangnya pembinaan blogPSS.
Blog PSS satu tajuk baru yang kami semua di PKG wujudkan untuk menyemarakkan penggunaan ict di kalangan GPM dahulu. Setelah GPM mahir menggunakan kemudahan ICT di sekolah, hal ini akan disebarluaskan kepada guru-guru yang lain. Pengetahuan untuk meneroka dunia luas tanpa sempadan ini dipandang akan mejana idea kreatif guru-guru dalam meyampaikan pengajaran dan pembelajaran. Sumber-sumber pengetahuan sesuatu topik dapat dipelbagaikan. Kongkongan buku teks akan terlerai dengan memasukan pelbagai media pengajaran. Anak didik kita akan bertambah minat dan aktif dengan sumber pelbagai media ini.
Murid-murid dari kalangan penduduk di luar bandar tidak ramai berpeluang menggunakan komputer. Berapa ramaikah ibu-bapa yang membeli komputer atau berapa ramaikah penduduka luar bandar yang mempunyai komputer di rumah mereka? Berapa ramaikah ibubapa yang melanggani akses internet di rumah mereka? Saya percaya ibubapa dari golongan yang berada atau sosioekonomi yang mantap mungkin ada perkara tersebut tetapi penduduka luar bandar terdiri dari golongan yang berpendapatan rendah, mampukah mereka ini menyediakan kemudahan seperti itu?
Keutamaan yang dipandangan pada masakini adalah tertumpu banyaknya kearah hiburan. Kenapa begitu?...saya terkenang kata-kata ketua saya dahulu bahawa satu-satu perkara itu diulang-ulang sebanyak lebih dari 200 kali ianya akan melekat dalam sanubari. Media hiburan menjadi satu perkara mesti di rumah; televesyen, dvd player, set kareoke dan yang lainnya menjadi idaman. Media ini diletakkan diatas keutamaan.
Sesetengah rancangan hiburan bermula seawal pagi hingga tengah malam dan ada siaran yang berterusan mengikut putaran jam, tidak cukup satu saluran ditambah hingga 6....tak cukup juga dengan siaran yang percuma ditambah dengan hiburan berbayar...ceritanya banyak boleh dibuat pilihan....kalau dibanci dari rumah kecil hingga ke rumah banglo dapat kita lihat kuali-kuali kecil tersangkut di atas bumbung rumah..hai apalah nak jadi niii.....

Kembali kita kepada persoalan pertama iaitu GPM yang telah mengikuti latihan pembinaan blog....Sekurang-kurangnya mereka perlu ada jiwa meneroka...jiwa yang bersifat beginilah yang membawa anjakkan kepada kita...Jiwa menerokalah yang membawa Daeing Kemboja dan saudaranya ke alam Melayu.....Jiwa meneroka yang kuat dengan keinginan itulah yang membawa Lopez de Square bangsa portugis ke dunia Melaka....Atas sifat cemburu kemajuan dan keinginan memiliki mereka berjaya mengkaji kelemahan dan kealpaan sifat kita....jadi apa nak dikatakan......

Tiap-tiap malam masuk ke blog pss yang terbina memantau perkembangan blog mana yang aktif.Tak banyak yang menggunakan peluang ini. Kami merangka satu lagi bengkel penuh untuk blog ini sedang difikir-fikirkan tarikhnya dan menimbang-nimbang siapakah yang hendak dipanggil sebagai peserta.... Runding telah dibuat bersama pihak tenaga pengajar. Beliau bersetuju untuk mengadakan bengkel tersebut pada bulan Mei ini....
....sambung.....

Library kat rumah kita ( Bahasa Melayu )