Wednesday, November 30, 2011

PONINg KE 132 ( Pusaka Lama.............

Asm...
Hari ini berlaku perhimpunan UMNO di PWTC .......debaran menanti akan perubahan yang dibawa oleh kepimpinan Melayu sekarang ........ Arus 2020 dengan transformasi global kearah Negara Maju menjadi teras agendanya... Berpendapatan tinggi misi yang hendak dicapai....... Hasrat impian pemimpin yang berjiwa besar... cukup hebat... Kita kagum dengan cita-cita yang mahu dilahirkan oleh negara tercinta ini...... Syabas dan tahniah kepada semua kepimpinan Nasional.....

Catatan kali ini bukanlah tentang Perhimpunan UMNO ..... tetapi sekadar terjumpa sebuah buku lama yang tinggi nilai budayanya... Baikpulih dan tambahnilai sedang berjalan di tempat kerja kita... sebelum memulakan kerja-kerja tersebut .... memindahkan dan mengemaskan barang-barang perlu dan mesti dilakukan.... Sudah dua hari menjalankan kerja pemindahan dengan staf dua orang sahaja... kerja sudah hampir siap...

Apa yang menjadi kegimbiraan kita ialah ... terjumpanya kembali sebuah buku lama yang selama ini kita cari-cari kehilangannya.... aduhai..... gembiranya hati bukan kepalang.... barang yang hilang pulang kepangkuan... sekali pandang nilai sebuah buku ini sekadar barang buangan... ia udah lama... tidak diperlukan lagi dalam sistem pendidikan sekarang... sistem yang menjurus kearus permodenan.... teknologi dan berpendapatan tinggi... terkejar-kejar manusia kerdil ini mendayung bersama arus tersebut..... tapi bak kata perpatah Orang Lama..... janganlah sampai ' YANG DIKERJA TAK DAPAT, YANG DIKENDONG BERCICIRAN'.

Nilai dan harga sesebuah bangsa ialah terpaut kuat pada budayanya.... sistem adatnya.... sosiobudayanya  dan tradisinya...... Apakah pautan tersebut sudah mula goyah........ Membawa kenkawan yang gila photografi ke merata tempat...... sedih jelas terbayang dijiwa kita...... sedikit-demi sedikit terhakisnya tradisi rumah Melayu..... cuba kita lihat di kampung kita tempat dimana kita tinggal.... Rumah-rumah tradisi lama sudah ditinggalkan oleh generasi kemudian.... malah yang menyedihkan ..... rumah lama ini diganti dengan rumah moden... rumah batu..... yang tiada ciri-ciri kemelayuan...... Imej ini sekaligus menggambarkan persoalan.... ini kampung melayukah..... atau  dimana kampung melayu........ suatu hari nanti...... mungkin soalan ini akan keluar dari mulut kita......... Dapatkah kita bezakan nanti sekiranya....... dalam sesuatu komuniti itu semua berumah batu moden........ Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Murud dan yang lainnya memiliki rumah batu moden...... mana dzahirnya bangsa budaya sesuatu kaum itu.... Ini baru tentang rumah..... belum lagi yang lain...

Kehilangan sedikit demi sedikit rumah tradisonal Melayu jelas ketaranya........ fizikalnya luaran...... mari kita teliti pula di dalam rumah........ bukan nak tunjuk pandai kepada pembaca budiman...... ini sekadar berkongsi pengelaman dalam menegakkan budaya bangsa....... Waktu makan paling ketaranya kehilangan satu ciri kemelayuan....... cukup sedikit yang bersila... menghadap juadah hidangan.... rata-rata duduk di kerusi dan berdepan meja makan.... katanya selesa duduk makan begitu..... Kalaulah kedai makan duduk bersila...ha...ha...ha..... tak lama tutuplah kedai tu..... siapa yang nak bersila.... tambah2 lagi kalu pengunjungnya obes ..... Pada pendapat kita amalan makan bersila ini sudah diamalkan dari Zaman Rasul lagi .. yang hampir menyerupai bersila.... kenapa....? fikir2kanlah sendiri..........!!!!

Suatu hari nanti kita akan tercari-cari budaya yang hilang...... ini bukan apa2...... pasal sebuah buku yang kita jumpa kembali..... terbaca oleh kita pada muka surat 35.... maka kita kongsikan bersama pembaca;

Kayu meranti di tengah segara,
Sangkut di karang teritip merata;
Rindu di hati tidak terkira,
Terkenang orang jauh di mata.

Sayang Mak Inang asyik menampi,
Puteri membaca kitab ramalan;
Siang terkenang malam termimpi,
Wajahmu berkaca dalam khayalan.

Buah bidara darinya Sibu,
Mari dihidu puteri jelita;
Ombak gelora gelombang di kalbu,
Mengaram rindu dalam bercinta.

Petik kecapi di anjung istana,
Puteri Habsyah sedang beradu;
Ketika sepi mencengkan suasana,
Jiwaku gelisah diserang rindu.

Di puncak gunung Pulau Kencana,
Bersarang tupai dua sebaya;
Bulanku renung wajahmu di sana,
Hajat nak capai tiada upaya.

Tangkul dijemur pukat disirat,
Tali jala hendak diramu;
Dikau di Timur hamba di darat,
Hingga bila kita ketemu.

Buluh perindu dari kayangan,
Warna kelabu arahnya hulu;
Bila dah rindu melanda kenangan,
Merintihlah kalbu diserap pilu.

Rama-rama terbang ke kota,
Hinggap berteduh di pohon campa;
Sewaktu bersama kita bercinta,
Pabila jauh duka nestapa.

Di Tanjung Pinang turunkan sauh,
Singgah di kota Raja Bedurai;
Bila terkenang orang nan jauh,
Air mata gugur berderai.

Penglipur lara memakai perada,
Serak basah suaranya merdu;
Tiada bicara tiada senda,
Kita berpisah menanggung rindu.

Anak memerang nampak terbayang,
Di dalam kelam mencari mangsa;
Tersua orang persismu sayang,
Hati di dalam berdetik terasa.

Indah suasana ketika senja,
Berwarna-warni di mega putih;
Dikau di sana bermuram durja,
Hamba di sini sedih merintih.

Ke Pulau Tuba membawa kapak,
Mencari pegaga ketika rembang;
Andainya hamba ada berkepak,
Sekarang juga ingin nak terbang.

Pergi ke huma membawa raga,
Mencari temu di pinggir tubir;
Ketika pernama bertabir mega,
Bagai senyummu di bali tabir.

Puteri nan ayu asyik ketawa,
Putera mahkota di atas tahta;
Rindu oh rindu sama di bawa,
Cinta di cinta sama dicipta.

Nasib yang sama juga terjadi pada pantun melayu..... jarang-jarang orang membaca pantun..... sedangkan pantun nilainya tinggi....kehalusan bahasa dan maksud tersirat kadang sukar difahami generasi sekarang....

fikir-fikirlah untuk mempertahankan budaya indah kita semua.....
Ws..........

Tuesday, November 22, 2011

PONINg KE 131 ( Riadah Gangsi...........

Asm....
Masa berlalu cepat dan tanpa disedari........ begitu jua umur yang ada pada kita........ berlalu tanpa disedari...... mencapai keperingkat dewasa ......... tua ......... Harga paling istimewa.... yang tiada gandingannya di dunia ini..... walaupun punya wang banyak...... harta menggunung sekalipun tetapi tidak dapat mengatasi harta yang satu ini....  HARTA SIHAT TUBUH BADAN............ inilah harta yang istimewa......

Pernah kita dengarkan.......... atau pembaca mendengar perkataan ini..... Tak buleh makan itu dan ini........ takbuleh banyak gula ...takut kencing manis....... darah, tinggi, klestrol tinggi, lemah jantung dan macam2 laie.... CUKUP TAKUT penyakit2 ini.... Pembunuh senyap serangan jantung........ kok tak padam terus........ stroke.... meninggalkan kesan impak psaikologi yang tinggi..... Ramai kenkawan kita yang seangkatan usia yang dah mengalami kes-kes semacam itu...... Pasal Apa gitu?........ Mereka ni mempunyai fokus tak seimbang....... Fokus utama kenkadang memandang kerjaya lebih penting.... mengabaikan fokus kepada keperluan badan....... jadikan fokus kita semua seimbang........ fokus membina diri seimbang dengan luaran dan dalaman.........

Minggu ni ...bersama rakan kenkawang dan famili menawan Gunung Angsi (Gangsi) yang terletak dalam Negeri Sembilan...... dimana kerap kita lalui ketika berkhelah di Ulu Bendul........ menjadi sasaran kali ini..... membawa satu keluarga mendaki Gangsi mempunyai satu rahsia kepada kita...... Disini kita nak lihat bagaiman anak-anak berkongsi sesuatu antara mereka. Kerjasama, perkongsian dan bimbingan antara mereka menjadi agenda utama dalam pendakian kali ini....... Kita dan mem sebagai ketua keluarga akan memantau dan memberi nasihat yang tersirat kepada mereka.......


Keempat2 mereka ini diharapkan nanti akan mengekalkan hubungan adik beradik yang rapat pada masa akan datang...... walaupun telah mempunya kerjaya dan keluarga sendiri namun keakraban tetap terjalin...... insyallah..... harapan kami......


Muhammad Izzat anak bungsu yang pada kali ini hendak mengikut serta..... berehat seketika kerana kelatihan. Pada mulanya dia dah nak mengundurkan diri...... habis semua abang dan kak di kempen agar berhenti kat Panjang Corner........ post rehat fasa satu...... tapi atas dorongan Ayah dan Ibu serta rakan2 Kita yang lain..... beliau meneruskan cabaran...... Melawan minda ...... yang telah mempengaruhi seluruh badan......  Ini ada cerita nya...... Pasal Talapia masak kicap tertinggal dalam kereta...... tak bawak naik sama..... Makcik Ani gelak besar mendengar masakan kesukaan dia.......

Apabila kekuatan minda berlaku kepada pengaruh masakan tadi......... dia mula tak nak teruskan perjalanan... Sebagai ketua keluarga..... kita terpaksa mendukung beliau...... untuk beberapa puluh meter....... akhirnya beliau minta diturunkan...... dan menghabiskan perjalanan ke puncak Gangsi....


Akhirnya beliau bergaya di puncak Gangsi......tompi aksi teringatkan talapia masak kicap tetap terbayang di wajahnya....... Kekuatan inilah yang membuatkan beliau bersemangat nak turun pulak........ perjalanan turun cukup pantas........ pasal lambaian talapia dalam biji matanya.......


Kami sampai di tempat permulaan pada jam 3 ptg..... bekalan dibuka dan makan.......  

Tahniah buat ahli CC9 dan paling istimewa Muhammad Izzat pendaki paling muda dalam kumpulan ini...... Tahniah Nor Liyana berjaya sampai puncak walaupun badan berat, Tahniah Nor Syazwani yang nampak biasa pada beliau dan tugas merakam gambar, Tahniah Mohd Izzuddin kerana pertama kali menawan Gangsi..... dan Teman setia Tahniah Rosnah Rose kerana tetap bersama sampai puncak Gangsi........ dan Tahniah semua rakan2 tetap bersama.......

Ws...

Thursday, November 10, 2011

PONINg KE 130 ( Baru di sanjung Lama di agungkan.............

Asm.
Bersua kembali...setelah agak lama menyepikan diri...... bukan kerana dah hilang mood menaip tapi.....beberapa hal yang datang bertalu-talu hinggakan badan rasa letih........ Lepas solat isyak mata mula deem....... tahu-tahu bantal mendatang....apalagi lolaplah kita...........

Minggu ini berlaku beberapa acara ......... boleh nak dikatakan bertindan-tindih....... dua dalam satu...... atau datang tak diduga...... atau satu kapal lain kabin.......lain lak perintah....... maka bertembong acara yang mana penggeraknya adalah kita dan rakan-rakan sekelian......... belum pun sempat habis acara tu....... dapat pulak satu arahan ke satu sekolah....... dalam daerah pusat peranginan..... kena lah pergi..... kalu tidak muka kita ni dah wanted......  nanti blacklisted pulak.......

Kita bertolak jam 8.15 pg...... sambil memandu kereta lama..... tahun 84 tu....bergerak longlai aje.....al-maklumlah kenderaan lama......tapi sayang kita kat dia tetap teratas.... lama tapi tegap....... buatan sweden............  Sesampainya kita kelokasi berkenaan.......... Pasir Panjang....... kita parkir kereta bersetentangan Masjid Pasir Panjang....... dengan lenggok gaya tersendiri kita melangkah kaki memasuki kawasan sekolah....... di situ saudara kita sedang memberi taklimat bagaimana menggunakan kuasa ict jaman la ni......... dengar juga di telinga kita.....tentang nak beli tiket penerbangan..... secara atas talian (online)....... myeg.....intan....... tah macam-macam laie...... dalam dok renung sahabat kita beri ceramah tu .......yang dalam dah bising........ buatkan kita tak tahan.... lagi..... toleh kiri...toleh kanan......mencari tempat tersebut kita pun turun tangga........ lantas cedok apa yang ada dan tuang apa yang dapat....... duduk elok-elok ......apa lagi suaplah makanan tu......

Jam dah hampir pukul 10.15 am sahabat kita tak habis lagi berceloteh....... kita pun dah mula boring..........  muncung pun dah asam........ tanpa buang masa kita terus kekereta....... aduihai sedapnya...nyedut..........  dalam dok syok nyedut nampak lah papan tanda...." AWAS!!! BAHAYA BANGUNAN ROBOH".......camtu lah bunyinya...... kita pandang betul-betul bangunan tersebut....... ADUHAIiiiiiii sedihnya kita........Masjid Lama Pasir Panjang....... Lantas kita teringat suatu masa dulu dengan sahabat yang danpun pencen berjumaat kat sini cukup istimewa rasanya......Imam berkhutbah tanpa lihat teks....... lancar keluarnya perkataan nasihat dan nas dari Al-Quran dan Hadith....... Sahabat kita tu pun dah lama pencen..... lantas kita capai kamera buruk kita tu.....shoot beberapa shot....... nak dirakamkan kenangan silang masjid yang dah tak dipakai lagi tu.....


Sedih kita lihat bangunan masjid lama ni.......dalam perkiraan kita struktur asasnya masih kukuh.... yang rosaknya tak ler banyak sangat....... Kalu dulu nak bina menelan belanja yang besar...tak nak selenggaranya sekrang ni nak makan belanja besar juga......kecuali lah kalu dah roboh semuanya..... baru lah macam nak bina semula......... Tu lah resam orang kita....... yang baru tu digunapakai dan disanjung....tapi yang lamani.....terbiar lesu.....menanti hari-hari rebah kebumi......... Lokasi cukup bagus .......tengah pekan Pasir Panjang....... komuniti paling ramai orang melayu.......... Kreatif lah sikit idea bagaimana nak menggunakan kembali bangunan tersebut........... Kalu dulu tempat Solat dan sebagainya........... kini dah berpindah ke belakang sedikit masjid yang baru...... yang atap hijau tuuuuuu.....

Pusat Pengembangan Ilmu Islam kan sedap didengar ..... berjadual sesuai kehendak masyarakat berbilang lapisan..... malah boleh mendaulahkan martabat Islam itu sendirinya dari kaca mata pelawat........ ni kita pelawat dalaman nampak betapa membazirnya masyarakat kita........ yang dah ada tak nak dijaga............ hish......hish....... dosa tau........ kalu membazir......... MAINS perlu ambil tindak segera...... merancang sesuatu agar bangunan ini tetap boleh dipakai dan dimanfaatkan........ tu lah.............. memertabatkan ilmu islam kenkadang dipandang sepi oleh kaum kita sendiri........

Berbeda dengan kaum yang lain........ masih dikekalkan bangunan lama mereka seperti tok kong  yang terletak di jalan masuk ke Kolej Uniti.........betul-betul letak ditengah-tengah....... kalu nak ke Pengkalan Kempas kena belok kekiri sedikit....dan kalu nak ke Kg Telok.....kena belok kekanan sedikit........... Macam Maharaja duduk kat tengah2 tu......... masih digunakan lagi......... tulah kata Dato adat sahabat kita...... Yang baghu diguno Yang ado dijago .... cam tu lah cakap ey........


Mulut dah asam....nyedut...teringat belum lagi kena nescafe tarik.......... start kereta....... mula memandu arah keluar ke jalan besar.....kita belok ke kanan lihat-lihat mana satu kedai kopi nak singgah ni....... punyalah milih....... tup-tup sanpai kat medah ikan bakar.....berhampiran taman rekreasi Pasir Panjang......... Lama betul kita tak minum kat sini....seingat kita tempat ni baru dibina...... dulu kita dah sampai........ dengan famili dan 3 rakan famili yang lain..... jamu makan kat sini....... Keindahan alam ciptaan Tuhan ni meredakan kita dengan serabut geram lihat bangunan roboh tu.........  melihatkan bot-bot nelayan.....rasa teruja kembali minat mancing ke laut yang dah menjangkau usia 18 tahun kita tinggalkan............. bila nak mula ni--------bila nak mula ni-------- bila nak mula ni!!!!!!!................. rakan-rakan yang ada bot dah ngajak2.........

Shot dari medan ikan bakar.

ws........

Tuesday, November 1, 2011

PONINg KE 129 ( Kepuasan Menjadi Juara...........

Asm....
Tahniah kepada pasukan bola sepak N9........ Juara menjadi milik NS untuk kali keduanya....... Suatu ketika dahulu kita mencintai permainan bolasepak....... malah dari zaman kanak-kanak lagi....... melangkah kaki ke alam persekolahan rendah dulu...... mewakil sekolah rendah ........... keinginan tersebut diteruskan ke alam sekolah menengah...... untuk beberapa tahun......... cuma tak terpilih mewakili negeri Melaka dalam piala Razak..    Kawan rapat seperti K. Gunasegaran saja yang mewakili Melaka dari sekolah kami...... di Alor Gajah.... Keinginan tinggi itu tidak memutuskan minat....... terus melangkah ke alam Maktab..... dan mewakili institusi tersebut untuk tahun-tahun awal di maktab.... Kecederaan parah membuatkan kita bertukar arus.... ke Kelab kebudayaan........ juga mewakili maktab tersebut dalam pertandingan drama....... tarian..... tetapi darah minat terhadap bolasepak tetap ada walaupun dah menyampah sedikit sebanyak terhadap perkembangan bolasepak tanahair.....

Menjadi Juara dalam pembikinan yang memperlihatkan perancangan yang lama..... satu strategi yang mengena.... atau lebih tepat lagi strategi yang betul..... hala tujuan yang hendak dicapai telah digarap dengan begitu rupa....... umpama adunan tepung yang sempurna menghasilkan roti yang berkualiti........ begitu juga dalam pembangunan bolasepak....... Tahniah juga kepada jurulatih terdahulu yang menggarap kemahiran dan kematangan pemain........ yang telah disambut oleh jurulatih yang baru ini....... adunan lama dan baru serta sikap pemain menjadi intipati kecemerlangan........ hasilnya ialah juara...... membawa pulang piala yang berprestij itu.........

Ketahanan perancangan dan strategi yang betul....... mempunyai inovasi yang kreatif....... bagi mempertahankan kejuaraan......... Menjadi juara agak mudah tetapi mempertahankan Kejuaran memang sukar........... Pihak lawan sentiasa mengintai peluang.....dan memperbaiki kelamahan mereka dalam mengharungi permainan musim akan datang....... Jurulatih yang kreatif dan pengurus pasukan yang berinovatif serta pemain yang konsisten dalam mentel dan fizikal....... kenalah memikirkan bagaimana mempertahankan kejuaraan..........

Selama ini kita lihat perkembangan bolasepak negara kita terumbang-ambing......macam musin durian...... atau musim-musim buah-buahan.......... konsistensi yang tak tahan lama....... Kita teringat lagi pesanan cikgu kita ....katanya..." Dalam main ada main-main." Visi bolasepak negara kita cukup jauh....... Piala Merdaka...... dulu... menjadi medan kita tunjuk hero pada Jepun, Korea..... dan yang lain-lain...... Tapi kini sebaliknya berlaku...... Liga J....... telah menembusi pasaran dunia...... global....dah.... Korea salahsatu gergasi bolasepak sebelah asia....... mana letaknya negara yang mencetuskan idea....Piala Merdeka... Mahukah lagi negara seperti Jepun dan Korea menghantar pasukan utama dalam Piala Merdeka ini?...... Apakah pandangan mereka terhadap kualiti bolasepak negara kita........

Kalah......mengundang nasibmalang kepada jurulatih...... Irfan Bakti umpamanya...... barangsudah tentu terengganu akan menerima jurulatih yang baru...... sedangkan pembangunan yang dirancang setahun dua mengembelengkan kepakaran, keringat, idea dan strategi........ musnah dengan sekali kekalahan.... kesian jurulatih bolasepak dinegara kita...... Nak cakap pasal Arsenal dan MU di England tak payahlah...... ini kerana bolasepak di sana bolasepak komersial...... Juara menjadi bonus.... Kemenangan menjadi impian dan populariti pasukan menjadi pendapatan.........  keuntungan.... kepada pasukan tersebut.....

Bolasepak komersial membuatkan pengerusi airasia membeli salahsatu kelab di England.... kenapa?..... Pengerusinya ahli perniagaan..... bukannya ahli politik..... Ahli perniagaan memadang bukan setak keuntungan sahaja tetapi disebalik itu pembangunan prasarana juga akan dibangunankan...... ringan sedikit beban kerajaan ......... Bila duit dah banyak ..... pemain tak risau sangat..... dan kalau pemain tak perform senang nak berhentikannya....... money power........... kuasa duit.....

Bagi N9 kita berharap mempertahankan kejuaran menjadi agenda impian utama pasukan dan mempertahankan populariti  jurulatih pasukan ....... Mengekalkan Piala pulan menjadi keinginan peminat bolasepak N9 ........

Walau apapun pergolakan berlaku..... dalam FAM....... kita nak lihat kemanakah dan dimanakah singgahsana pasukan negara kita bertahta........

sekian ws.........

Library kat rumah kita ( Bahasa Melayu )