Tuesday, August 31, 2010

JEJAK2 RAKAN PONINg 5 ( Lihat saja yang ini ....Terkenang yg Lama )

Sekian lama kita berinternet dan berhubung berita antara rakan2 lama....... ada yang telah pergi buat selalamanya....moga rohnya dirahmati Allah Taala, ada yang masih lagi menghilangkan diri dan ada yang telah dikesan tetapi tidak jua ada respon......itulah keadaaan manusia.......

Dari rontonan hati yang kuat........dari rindu yang menggamit dan mengulit perasaan....... kita membuat keputusan memohon cuti yang diapit oleh cuti tetap..... Kita menyusuri kembali kenangan 31 tahun yang lalu........ Kita ke Perak Darul Ridzuan....... Ke Kg Ungku Hussien.....Ke Kg Sg Kati....... Ke Kg Manjoi........ ahh......entah mana satu yang hendak kita tuju ni.......

Sememangnya kita bernasib baik..... Setelah berurusan di Pejabat Tanah di Kg Manjoi, Sg Tapah......kita ada luangan waktu yang cukup banyak...... tidakkah ini satu peluang untuk menyusuri kenangan lama yang dah pudar.... dapat digambarkan kembali........? eeeaaahhh tak lepas peluang........

Kita berpusing2 di dalam kampung tersusun tu....... ah.....tak kira lah........ asal aje terpandangan lorong jalan tu...kepala aku berpinar2 mengingati peristiwa lampau....... Banyak perubahan yg berlaku......ada bangunan yg kita simpan dalam memori masih ujud....dan ada bangunan yg baru......... jadi kita mencari PKG Manjoi....itu lah tempat yg bagus dibuat rujukan..... kita sama sekapal ......... Terima kasih Shamsiah Ketua Pegawai Teknologi Pendidikan kerana menunjuk arah ke bangunan MPIB.......yang mana sekarang ini SMK Permaisuri Tuanku Bainun..........

Sesampai saja kita di pos pengawal.....dan telah menerangkan maksud kita.......dalam terpinga2 pegawal pos kawalan tu membenarkan kita mengambil gambar2 di luar sahaja.....kita x mahu masuk ke dalam kerana tiada Pengetuanya......lagi pun masa persekolahan........

Bersetentangan dengan bangunan pos kawalan tu lihatlah Dewan yang satu ketika dulu tempat kita semua di suaikenalkan.......tempat buat persembahan...... dan tempat segala2 nya...... Di dewan inilah kita diajar cara berteater oleh Hashim Musbidi pensyarah yg bertanggung jawab terhadap kelab kebudayaan maktab........ Setalah kita lari dari pasukan Bola Sepak Maktab.....tak syok lihat hari2 muka Tajuddin Nordin tu........kumis ciput tu........


Di padang inilah kita bergaduh dengannya lantas memohon untuk mendaftar diri ke kelab kebudayaan...... oleh kerana kekurangan orang dalam kelab itu...... dan atas kebolehan kita dalam tarian....... drama...... maka kita diterima oleh kelab tersebut......piiiiii jalannnnnn daaaaa Tajudin Nordin...... gitu lah ucapan kita bila lihat mereka berlatih di padang ini..........

Dipadang ini.....kenangannya cukup banyak........ berbagai peristiwa berlaku........ sedih...... suka... duka..... cemas....... dan haru biru tertanam peristiwa itu dalam gambaran padang maktab dalam lipatan ingatan memori separuh sedar kita..........ayuhhhhh bangkit dan gilap kembali ingat tersebut........ Bersusah payah kita mengambil gambar ini ........ dari NSDK ke Manjoi........ beratus km tu.......kita lalui.....cuma nak kan gambar maktab ini sahaja...........

Setiap pelatih maktab akan melalui jalan ini inilah jalan yang menginatkan kita kepada peristiwa manis...pahit.... dan pelbagai........ gambar dirakam dari simpang pintu utama maktab........

Lihatlah.............pandanglah................ kenangkanlah.................ianya akan menceritakan seribu satu macam peristiwa kepada diri anda..........

nak pendekkan citer lapau ni.......poso..... & baru balik dari Ipoh......
ws............................

Wednesday, August 25, 2010

JEJAK2 RAKAN PONINg 4 ( Bukan Lelong Sebarang Lelong........masih segar dalam ingatan....)

Bukan lelong sebarang lelong,
Lelong murah, lelong murah ditepi jalan
Bukan lelong sebarang lelong,
Lelong murah, lelong murah mencari makan,......

Gitu lah ......dendangan seorang rakan kita masa dimaktab dahulu ........ ia lah waktu itu....kelas music...... dikelolakan seorang pensyarah perempuan yang kita masa tu.......dia ni masih single...... waduhhhhhh........ boleh lerrrr ....cantik x seberapa tapi manisnya masih ada...... kalau tak silap kita Miss Coraline namanya......

Ketika telah agak lama mengikut kursus music..... maka tiba masa masing-masing membuat persembahan di hadapan kelas...... Kita masa itu membuat nyanyian.....emmmm....tah ler tak ingat lagi nama lagunya.....tapi penyanyi Broery........ lagu keroncong............ entah apa2.........langsung tak masuk pitchingnya pun out......tapi gasak lah.....janji dapat markah...... Masa persembahan tu action boleh tahan...... posing kat piano.......... he...he...heh.... kalau masa ni lah ....didendangkan semula lagu tu.......hai......poning lalat anak-anak dengarnya..........mungkin orang rumah tutup telinga........

Persembahan yang tak lupa dek otak ini ......ialah persembahan Osman Sulaiman...... waduh.....mengancam....... Dahlan Zainuddin........ penyanyinya....... Bukan Lelong Sebarang Lelong........... gaya yang bersahaja dia menyanyi........ terpegun juga kami mendengarnya....... ha..... apa lagi lepas tu........kami lekatkan 'lelong' di belakang namanya......... maka jadilah 'Man lelong'. ......... sebut saja Man lelong......... semua orang akan menuding jari kearah orang yang sama........siapa dia........ Osman Sulaiman.......... mintak maaf mannnnnnnnnn...... citer sikit kenangan lama kita........

Seorang lagi kawan kita ......yang langsung tak buleh lupa........... mempunyai keistimewaan tersendiri......... bukan pada suaranya............ bukan pada gayanya................. dan bukan pada pakaiannya...................... tapi pada fizikalnya......... ketika persembahan dibuat dengan menggunakan isntrumen rekorder............. satu tangannya tak dapat menutup lubang angin rekorder....... puas juga dia mencuba...... sampaikan Miss Carolline tersenyum simpul....... Ibu jarinya jauh dari tapak tangan......maaf .......maaf...... maaf.......kan kami Zam....... Hai lah Zamzuri kemana lah kamu menghilang ni..............

Instrumen drum bergegar dalam kelas masa.... di belasah oleh seorang rakan kita.....yang poning-poning lalat.......Zulkifli Hashim........ gaya hebat .......tapi pukul...........tak leh dengar....... tak masuk akal langsung.......he...he...heh....

ops......nantilah kita sambung semula sok.........

Monday, August 23, 2010

JEJAK2 RAKAN PONINg 2 ( Kemana Menghilang Yang Lain..............)

Tahun 2010 ini ......tahun yang melepasi jangkauan umur 50 ...... bagi kami yang berada ketika itu di kelas 2a3 memang tidak dapat dibayang ketika itu........Alam remaja yang menyelubungi kita.... telah tidak memikirkan keadaan kita k]masa ini........ Ialah kita semua sudah menjangkau atau melepasi peringkat umur gitu....

Masing-masing mungkin sudah menjadi nenek atau pun sudah bermenantu......... kalau pun tidak mungkin diambang menerima menantu...... berkembanglah satu keluarga yang masa muda2 dahulu kita tidak terfikirkan......namun lumrah alam..... dan kehendak Allah Taala serta sunnah Nabi Muhammad. s.a.w..... memanjangkan zuriat ........... Ketika saya menulis posting kali ini sedar tak sedar tahun 2010 mulai menjenguk ambang penutupnya.......... maknanya bertambahlah usia kita lagi.......

Malam........ pagi......... petang dan ada ketikanya berulang-ulang kali dilayari laman fb ini untuk mencari rakan taulan .......... namun sedikit saja yang kita dapat...... mereka-mereka yang berkeinginan meningkatkan diri dalam arus teknologi maklumat ini ...... rasanya tidak lambat untuk kita ceburinya........... jangalah kita pandang kepada kekurangannya....... kalau ditelik kekurangannya maka kita akan nampak lebih banyak keburukannya........ justeru itu kita pandang dan telik kebaikannya......... dengan fb ini kita ketemui rakan 2a3.......... dan mulai ada semangat untuk mencari kembali rakan tersebut......

Mencari maklumat rakan 2a3 ini bukan sekadar ingin mengetahui dimana mereka sekarang ini,,....... tetapi ingin merapatkan persahabatan semasa tiga tahun kita berada dialam maktab dahulu..... tentunya persahabatan kita kali ini sudah bertukar bentuk....ialah ini kerana masing2 sudah beristeri atau bersuami....... namun keluarga 2a3 itu tetap sama ini lah yang kita cari keluarga yang berkembang dan mengeratkannya suatu perkara yang menjadi keinginan saya.....

Usaha sedang dan akan berterusan sehingga dapat dijejaki kesemua anggota 2a3 ........ sebagai mana yang telah dapat saya kesan mereka 2 itu..... seperti
1. Zawiah Abdul Shukor
2. Shamsiah Abas
3. Wan Jamilah Wan Musa
4. Zaharah Mat Ali
5. Siti Khairiah Hamdzan

Kelima mereka sudah dipastikan kedudukannya dan dimana mereka bertugas la niiiii......

6. Rusmina Jaafar

Tidak mendapat respon melalui fbnya kerana tiada maklumat lengkap

7. Zulkifli Hashim
8. Zamzuri xxxxxxxxxx
9. Rosli Ismail ( Longman )
10.Radzion Sarjo
11.Ruslam Md Nor ( Alot )
12.Norma Saleh ( Babyface )
13.Rajiah Awang
14.Rusnah Abdullah ( Tik buleh )
15.Wan Su Ismail
16.Salmah Sulaiman ( Kak Long )
17.Siti Aishah Shakarni
18.Siti Sahara Abd Rashid
19.Omar xxxxxxxxxx
20.Zaharuddin Mohd Shariff
21.Suib Mohd Aeshad
22.Salmah Shaharuddin
23.Zamari Din
24.Sallehuddin Mh Nor
25.Othman Md Noh ( Man gian )
26.Othman Md Ali.
27.Othman xxxxxxxxxxx ( Man lelong )

mereka di atas ini tidak dapat saya kesan..... ada sesiapa yang mengetahui dimana mereka berada....harap dapat menghubung saya .........taiplah dalam ruang komen di bawah ini.....

Ws.........

Friday, August 20, 2010

JEJAK2 RAKAN PONINg 2 ( 4 Orang Teman Sekelas baru Dapat Dihubungi.........Aduhhhhh mana yang lain niiiiiiii)

Alhamdulliah sempat juga kita ( saya ) post posting kali ini berbeza sedikit dari posting yang biasa2..... Al-maklumlah posting yang biasa2 tu .....kita kira posting yang ada poning2 lalat..... meragam sedikit..... Kenapa.......... jawapannya kita di Negeri Sembilan sebatang kara....... ini bermaksud bahawa kita hanya seorang sahaja dari kelas MPIB 77-79. Mungkin kita tidak mengetahui ada rakan yang sama maktab..... tetapi kita kira dia orang dari tahun yang berbeza....

Opsss ....... maaf ada seorang rakan kita sekelas 2A3 dahulu.... Beliau sekarang ni dah bergelar Dato'........ juga bekas Wakil Rakyat DUN Kota. Parlimen Rembau.... kini kita tak tahu dimana beliau.... semasa beliau menjadi wakil rakyat .....kita tak pernah berjumpa dengan beliau bagi sesuatu tujuan...... memang prinsip kita gitu...... Ada gambar beliau semasa bertugas di Gugusan Ulu Tembeling..... kami sama2 menjejaki kaki ke bumi Tembeling untuk bertugas untuk kali pertama juga........ Mungkin kita ni terlalu nakal semasa dimaktab dahulu kot....... chot........chot...... Bukan apa .......... kita teringatkan perkataan itu............. memang selalu diucapkan....... tiap2 hari diucapkan oleh pensyarah yang sama...... dah lupa dah nama beliau tu........ ada sesiapa yang ingat namanya....??????

Berbalik kita ke citer yang asal........ orang pertama terlintas difikiran kita ialah Shamsiah Abas..... ini bukan nya ada apa2 connection...... cuma bunga cengkih yang membuatkan kita poning menjadi kekuatan kepada kita menjejakinya....... Alhamdullilah baiknya FB...... taip saja nama beliau .....terpapar gambar beliau bersama suaminya yang tercinta....... Kita terkejut ...... betul ke dia niiiiii........ membandingkan gambar yang tersimpan 31 tahun lamanya...... kita kurang jelas......sebab ........31 tahun dahulu kurus langsing...... cun.....tapi kini dah berisi gemuk... pipi hemmmmm....... betul ke dia........ dengan membaca karekter sesuatu bahagian facial strakter ....memang sah....... make contect..... massage dihantar dan berbalas......

Bertitik tak dari situ kita pun menghubung Zawiah Abdul Shukor....... add ke fb kita tapi tak berjawab........ alamak benarkah beliau ni....... malu lak kita kalau salah terjah............ Shamsiah yg hantar sms kepada beliau......... beliau seterus sms kepada saya........ saya salin semula dalam posting sebelum ini.........

Wan Jamilah Wan Musa pun begitu juga ......Kita add ,........tak berjawab lantas ada catatan di fb beliau dimana tempat bertugas lantas kita menelefon......aduh ......aduh....aduhai....... terbongkar cerita2 lama.......... keseronakkan semasa dimaktab dulu.......... ini dinamakan nostalgia....... kami masa tu tak ada perasaan cintan-cintan........ pada kita sama saja ...tapi tak tahu lerrrr perasaaan orang perempuan pada ketika itu........... kita Happy go Lucky ....simple and easy men.......... hemm hemmm satu lonjakkan diri sendiri.... memang sampai sekarang kita bersikap terbuka....mudah berbicara....... punyai hobby yang unik.........

Dari Zawiah Abdul Shukor ......kita dapat tahu Zaharah Bte Mat Ali kini bertugas di Institut Keguruan Tuanku Bainun...... lantas beliau smskan hp ......... kita dengan tak sabar2 terus menghubungi beliau...... pun gitu juga ............. naik panas lubang telinga dek lekapan handset.....

Kita pun mula lah mengumpul data2 rakan sekelas 2A3...... supaya suatu hari nanti dapat bertemu..... bagi mengeratkan silaturahimmmm yng terbina sebelum ini......2A3 memang unik..... antiq....... tiada lagi unit ini selepas rakan2 kita keluar posting.........

Hemmmmmmmmm .....cuma berhenti seketika dahulu...... buat masa ini........nanti lah citer2 di Kg Manjoi kita akan catatan sedikit demi sedikit .....dan rakan 2 bolehlah tambah2............
Ws.......

Tuesday, August 17, 2010

JEJAK2 RAKAN PONINg 1 ( 31 tahun yang lampau.......... )

Haghi ni tersangat lah istimewa nyer kita menyusuri laman fb dah lamo dah......nak caghi kenkawan maso kek maktab dulu.......dah naik duo ko tigo bulan ......naik loteh di buek nyo..... tapi tak yo putuih aso......cubo2... akhir ey kita dapek soghang budak segamat.....Cikgu Shamsiah Abas.... ado lak kek fb ........ ah.......bia lah kita cito dalam bahaso standard kok dio oghang tak paham bahaso negoghi sembilan.......

Kita buka kotak gambar yang dah tersimpan cukup lama.......membelek satu persatu gambar tersebut.......gambar-gambar yg bercampur baur dengan gambar yg lain......... kita dapat sekeping yang ni......

Mula lah fikiran poning memikirkan nama-nama rakan sekelas dulu...... puas juga nak kenal atau mengimbau nama mereka....... nasib ada cikgu Shamsiah Abas ......pasal dia ni kita cukup ingat .....ialah dia ni suka mengumam bunga cengkih.....lepas satu- satu dikumamnya......... Kita cuba lah satu.......mak ai......... air liur banyak keluar dan kepala rasa pening..........

Dia katanya dah dapat sedikit kawan-kawan lama....... dia juga mengingatkan kita seperti nama Rajiah Awang, Siti Sahara Rashid, Norma ???? dan Wan Jamilah Wan Musa serta Rusnah Tik Bulih maaf nama ayah tak ingat ....... yang pakai cermin mata tu kalau tak silap kita namanya Zulkfili Hashim kot...........

Hari ni kita telepon sekolah kebangsaan Felda Redong Kat Labis sana tu....... dapat kita bercakap dengan Cikgu Shamsiah Abas.......... Oiii mak aiiii dah bercucu dia..... Dia mula lah ceritakan perjalanan dia dengan Suaminya Guru Besar kat SK Tenang........berjalan ke utara tanah air...... dapat juga dia bertemu dengan rakan-rakan.... sesama maktab dulu teristimewa rakan sesewa rumah.............. Kita bertukar nombor telepon harap2 ada yang dapa tmenghubungi kita semula.....

Waktu pulang kerumah dari tempat kerja hujan tengha lebat...... MasyaAllah tiga jalan balik kerumah digenangi air........ emmmm kita melenconglah ke rumah mertua..... rehat2 sekejap sementara air surut........... Lepas Asar kita ambil hp........aduhai ada massage....... cam ni bunyi katanya ..... " Assalamu"alaikom. Maaf ya kwn lama. Mcm Mimpi je. U ke bnama PONING..... dlm fb tu. Kalau betul, masuk smula blh? Nanti sya add. Shamsiah btahu td. Sy nak meeting kejap lg. Nanti kita ber-fb ya. Inilah kelebihan teknologi."

Aduhaiiii........ siapalah dia ni.......... buat kita poning betul memikirkannya...... nak nyatkan no hp kat sini .....em ......bukan prinsip poning........ ia memang kita berpegang dengan hak individu,,,,,kalau dia kata okey baru lah kita nyatakan disini....kalau tidak......harap maaf.....tak dapek den nak koba..an......... opsss....tersasul juo cakap negoghi...... Hati ni tak sabar2 nak tahu siapa dia ........cepat-cepat balik dari sembahyang tarawih terus buka fb........ jam 10 mlm seawalnya kita on kan fb malam ini.....harap2 betul sebagaimana massage yang kita terima tu.....emmmmmm tunggu lerrrr.....nak buat macam mana.......

Namun maklumat2 awal kita dah terima seperti Pengarah Institut Bahasa ......katanya Zawiah Abd Shukor......... Cikgu Wan Jamilah Wan Musa.........katanya masih cikgu lagi........ Oh ya.......cakap punya cakap.......taip punya taip......lupa pula nak nyatakan siapa kita sebenarnya......memang kita suka bermistri....... mencabar minda.......Ingat lagi tak 'Last Siapa Ketua Unit 2A3........ dan Siapa yang berhadapan dengan Pengetua Narajan Kaur...... dan sebelum itu dengan pensyarah muda Alias ke namanya....... pasal assignment tak hantar...... tak hantar semuanya.......... yang betul2 tak hantar ada tiga ke empat orang.... Oleh kerana 2A3 ini istimewa.... Ada identitinya tersendiri.....maka kita stop semuanya....he...he...heh.... Kena mengadap lepas tu........ Wakil Guru Pelatih Perempuan kalau tak silap kamu semua Pilih Cikgu Salmah Sulaiman......... orang Melaka............ entah betul entah tidak...........

Jadi dipendekkan cerita......... hubungi saya melahui fb atau blog ini........ tq........wa

Monday, August 16, 2010

PONINg KE 106 ( Yang Mana Hebat...... Bapak ke......atau Anak?)

Suatu yang kita pikir..an untuk di kongsi besamo ngan kekawan dalam alam may nniii....... Bulan poso memang sumo oghang tunggu2.........yg x poso dio oghang x heghan langsung...... macam nampak bulan ni x spesial........ tu kan namo ey buto hati.......... jgn lerrrr kita buto hati........ kalu buto mata leh yo laieee ghabo2......ops jgn pikir...an yg x elok yo....... kita ni niat yg elok yo.....

Apokah kaitannyo posting kita kali ni bersangkut tak ngan topik yg kek ateh tu........ meh kita bawak sudagho ke alam tarawih...... cito nyo can ni......... tarawih keduo kita gi lerrrr ke sebuah masjid kek dalam taman......boso taman tu....... kok di kigho sampai tujuh peringkat...... penduduk ey .....sampai cam tu ghamai ey......... Bolom laie mula tarawih ........ kek belakang jemaah....... pempuan....... macam bunyi tabuan......... mak aiiiiii......... bodongung..... bunyi eyy.......nak poning kita donga........... ingek...an beboto lebah......yg datang.... tapi ditelek2 beboto...... ghupo ey bebudak...... mang ghamai ey bebudak......kek taman tu.......... meghiah....boto........

Maso sembahyang tarawih........ 13 boleh rakaat .....bunyi tu tak yo ghodo2..........cam no mula ......cam tu.....ler sampai jemaah pulang....... Kita naik heghan..... cam no bebudak tu buleh ado kek masjid........ kok setakat nak buek bising.......atau pun nak kan kueh....... atau nak ponteng ghumah? entahlah x dapek kita nak khoba..an.

Kita tahu ......tompek masjid tompek ibadah....... tompek yg seghonok nak beghamal secara bermasyarakat.... ghamai2 buek tarawih........ ni x leh cam tu doh.....poning kita..... Kita cuba yo nyolam dalam dighi bebudak.......... ini ler yg kita depak......... kok kito dibawak oleh bapak ko.......atau omak ko......... tak diposan..an supayo bebuek baik2 kek masjid itu lah jadi ey..... Kok tak di togo oleh bapak ko @ omak ko....... sampai bilo dio nak tuhu disiplin kek masjid...... lamo2 pekagho cam tu jadi biaso......bilo dah biaso dah jadi sikap........bilo dah jadi sikap mako jadi lah budayo baghu......... bebudak tak tahu hurmat oghang tu....... malah tak hurmat langsung kepado oghang tetuo nak sembayang sbb kocek2 laie tak ditunjuk ajar...... Tak heghan kita tengok bebudak jaman sekaghang ni tak di apek..an oghang tetuo....... Bilo tak hurmat...an oghang tetuo mako dio oghang tak hurmat..an pengalaman oghang tuo tu......ilmu ey ko.......pangdangan ey ko.... apo2 ajo lah yg buleh dibuek pedoman.....

Mako kita pun beghaleh tompek tarawih....... kito poie kek kampung....... agak jauh yo....tompek tu........ 15 minit baghu sampai..... Alhamdullih....... bebudak kek situ.....tak buek bising.... toghotib ...... dok jemaah samo sekali ngan oghang tetuo.....tahu ey kek sap belakang...... Aman cikit kita kek situ......jauh sikit pun tak apo ......janji jiwa kito tonang nak tarawih...

Dalam kita monung2..an.... masih laie kokal budayo hurmat kek oghang tetuo di kawasan kampung..... respek dio oghang kito sanjung....... habih cam no nak cakap....... kok kito togo..... melawan dio........ yg tak tahan bapak ko ....omak dio ko yang lobeh2..... maghah kek kito nanti...... daghi nak erat..an silaturahim.......jadi musah lah.......... entah lah..... jaman apo sekaghang ni...... kok tak jaman jahilliah......moden....... ghodo bebusing la ni.......... jadi kan mano yang hebat......bapak ko....atau anak....... kek masjid....... sbb kita oghang tetuo x dapek nak buek bising......tapi bebudak buleh........emmmmmmmm pikey ler sendighi.......

ws....... buek pedoman.....nak didik anak2..........

Wednesday, August 11, 2010

PONINg KE 105 ( Sama Seperti Biasa Atau Luar Biasa ...........)

Asm.......kepado sumo pembaca kita yg setio...... menceceh ni paling lerrr kita goma.......tapi kan bahaso dalam ni.......kok x boto2 d paham...an........ poning ggggg.......... tapi kok dah biaso tu ....... x lerrr pelat cakap oghang kampung kita......ni........ Nak kato..an kita oghang Negoghi Sombilan tak lak......... cumo duduk....( tingga ......dalam Negoghi Sombilan.....) kojo pun kek sini yo...........

Cito haghi ni kita nak ajak lerrrrr kenkawan pikir2...an .....cam ni ....... setiap tahun......kita ghamai2 adap..an pekagho ni........soban tahun kita tunggu2 pekagho ni....... acap kali kita sobut2..an........ dan leh kato..an nak cuti yo.......tiap2 tahun bilo kito jumpo dio ni...........

Poso.........Ramadhan......aduhhhhh....hai....... nangih2.......nangih....... yang nangih teresak2 ngonang..an nasib ..... tiap tahun adap ..... sikso ni...... tu yang dalam poghut..... yg kek dalam poghut tu lerrrr yang ghaso songhek ......bondo x ado nak di pulun...an....

Kita nak ajak kenkawan reronda...... yang pasti nanti kito jumpo....... tapau....... tapau....... " Bang Nasi tapau.........Air tapau......... lauk tapau........ghuti canai pun tapau........ mlm sok kigho yo bang......." scene cam ni dah nak jadi biaso lak kek negagho kita ni........ patut ey.........insiden camtu dah lupuih......... sbb negagho kito ni oghang islam........... Tapi........balik cito kito juo yg malu........... yg membuek cam tu pun oghang kito........ kok bebona....oghang islam...... tak maun dio buek camtu.......

nanti lah kita sam balik cito ni.........ado kojo cikit.....

Ok kita sambung lek....cito aghi tu..... Ni pasai oghang x poso....... Poso ni pun dah lamo..... kono poso...... sojak kita kuar daghi poghut ibu kita ........ itu pun dah ado poso...... datuk ... nenek kito pun dulu poso yo........ Tapi...an........ Bilo jaman sekaghang ni.......melambak oghang x poso...... Yang joleh ey beghito2 dalam sughat khobar..... sinun tangkap x poso..... yg sini lak tangkap x poso juo...... Yang Polek ey......... umo yg kono tangkap tu bukan ey bebudak...... yg ingus leleh tu.... tapi yg buleh digredkan dah tuo........ dah masak ghanum...... dah nak jatuh....... dalam erti kato yg sebona..ey dah nak mampuih.... dah nak masuk lubang........ lubaaaaaaang kubo...... x yo soda2............

I yo lah ........kita nak cito pun loteh.....xa cito pun poning...... maun x maun lopeh..an yo cito ni....... maaf cakap lerrrr......... sumo ey bemulo daghi ghumah...... apo juo bemulo daghi ghumah..... wa ima nak makan sekali pun sumo ey bemulo daghi ghumah....... apo-apo pun daghi ghumah..... nak mulo melangkah pun mulo2 daghi ghumah juo....... jgn ekau poning memikey an hak ni....... bukan nyo apo...................... sajo nak poning..an ko oghang sumo.....he...he...heh....

Kek sini lah kita dapek memahami lak ........lopeh dimonung2..an kita lotak pekagho ni .....cam ni....... kok kito jejalan lerrrr ....mako kite akan tepandang ghumah behalo............ dan kok kite jejalan laieeee mako kite akan tejoling...an pulak kuel........ Mako dongan nyo itu oghang2 yg dewaso x poso tu samo......samo.......... macam oghang tuuuuuuu............ Al maklum lerrrrr sekulah sekaghang ni.......... mughid2 ey nak bukti.........bukti.......menunjukkan kebenaran....... telampau...an mengikut kaedah sains....... landasan baghat....... telalu kiblat...an kek baghat...... jadi yg ghaib2 itu tak leh di pakai.....cam tu lerrrr otak oghang sinun tuuuuuuuuu.......
Konklusi nyerrrr Doso dan pahalo ....bondo2 yg dia oghang x nak....... tak heghan lerrrrrr........ Jadi..an Kok lerrr Doso y tu buleh ujud dan pahalo tu buleh nampak........ agak2...ey x ado yg x poso kan.....kan......kan......kun.......kun.........

poning lek palo ni......... sok2 kita sam laie lah yooooo

Thursday, August 5, 2010

JEJAK2 PONINg IX (Kampung Stesyen.............Siri 2 )

Panjang ongap kita laiee.....dapek juo nulih post kali ni.......kok nak kigho..an...... dah somput ghaso ey........tapi..an bili kita lalu laiee kek kampung ni.......nampak juo lori2 munggah pasir......kekadang haghi minggu pun dio oghang belash yo.......munggah-munggah pasir tu kuar kampung..........

Cubo ekau sumo tengok kek ateh tu......amaran semacam yo bunyi ey........ kok ko oghang sumo lughus bondo........ ko balik lerrr... Kita mandang..an cam niea.......Bahayo kek kito ......Kayo kek dio.......... kek luar ni bahayo.....kek dalam nun syurgo kek dio......... tak paham lantak lah ko.....

Mudah yo naik kudo lamo...... kok kita kigho2 dokek 3 ko 4 km ghaso ey......kita nunggang kudo lamo kita tu........ kesian dio,.........lamo kita tak mandi..an....dio.......tapi cam no pun dio totap setio........
Kek dalam sinun tu kita nampak gunung pasir telonggok........u maaaaannnnngggg ey.......pakai sodut.......pakai enjin sodut........dah......syat nyerrrr... Kita ghaso tetipu lak...........kek jalan mulo2 masuk.......... ado syarikat koperasi koghek pasir ni dah x ado laie .......dah tutup.......ingek..an bona2 dah tutup........ kita sajo2 nak riki tompek mencing....tapi kita jumpo bukit pasir ni........ tepeghanjek boghok sobab pakai sodut...........

Ngikut..an kita ....tap apo lah koghek pasir ni elok ....sb mendalam..an sungai......okey lerrrr yang kita x tahan tu........ tadi tepeghanjek boghok......ni laie godang.........teghamang boghok............ pasal ey......koghek pasir kek daghek.......tobing sungai tu............. di koghek ey........ peh tu pakai mesin masuk..an kek sungai......sonang nak sodut. ....pindah...an kek seboghang sini.....

Ko tengok lerrr..... alam sekitar........ mano yg x nanghis....... sobab duit............ ni M.Nasir lerrrrr nyanyi duit...duit.........dimana kau duit....... potongan lirik di terjemahan.......oleh manusia rakus ....... seperti kek ateh tu....... apo jo di belasah...ey asalkan jadi duit...... Jadi oghang2 yang tinggal dokek dongan lalu..an lori ni dah naik bosan..... Kojap donga dah tutup pasir tu........kokojap yo lopeh tu di koghek balik semula......cam no...... loteh...2....... tu lerrr tu......saluran 4, 3, 2 lopeh kek tangan oghang lain........ yg tingga saloran 1 yo ......ni pun oghang2 ey sumo dah tuo2........ sobab dio oghang dah jumpo lubang ketigo....he....he....heh......... jangan poning-poning mikiran......cakap kita tu.......nak tahu tel......kita..........x tahu caghi lerrrrr.....

Donga2......oghang2 kek sepanjang sungai simen dapek pampasan.... sbb projek nak lughus..an sungai....... beghuntung lerrr oghang2 Ghantau.......kayo jam-jam tu yo........ Lopeh ni kojo-kojo munggah...an pasir pun mulo lah........... nak lughus kono punggah...an pasir tu...... Ni lain lak cito kek kampung stesyen.......... agak2 ey bilo laiee lah....projek nak lughus ..an sungai.......... nak yo ghaso duit pampasan tu......... Kita ghaso pun x lamo....kayo ey.......sbb oghang kito ni bilo dapek duit manyak sikit .........macam boyo lapar............ ganeh...... Kek kodai2 minam pagi....kita donga...an lerrr cito dio oghang...........

nanti lah.....kita sambung laieee ....sbb fb dah ngolip2.........

Library kat rumah kita ( Bahasa Melayu )