Friday, July 31, 2009

PONINg KE 53 ( Terhapuskah seni bina Melayu..........???? )

Sudah lagak lama juga blog ni tak dapat diupdatekan... kerja-kerja seharian membuatkan kita tak sempat melakukannya...... kepada pembaca yang setia maaf dipinta.... walaubagaimana pun blog ini akan tetap menerima berita... dan pendapat dari kita... yang hina ini...

Minggu ini kita berkesempatan melakukan lawatan ke salah sebuah tempat yang menarik untuk dikunjungi..... bayaran masuk rm 10.00 untuk seorang..... Jadi untuk nak lihat suasana keindahan alam Malaysia.... kita pun bayar lerrr.....

Mula mendaki perjalanan itu kita ketemui satu bulatan yang mempunyai 3 simpang..... ke kiri kita akan ke Japenese Tea garden kalau tak silap kita..... ke kanan ke Colmar resort.... situ lerr tempat tujuan kita.... Puas sungguh kita mengambil gambar..... kamera tak henti2... merakamkan gambar sekitar keindahan tempat tersebut..... sungguh indah..... kalau tuan puan ada masa boleh lerrr ke sana.... memang indah,, dengan udara yang cukup selesa.... untuk kita bernafas.......

Reka bentuk hotel dan bangunan di sini keseluruhannya berbentuk Eropah khususnya berbentuk perancis..... dengan hidangan pertamanya castle........ lanskapnya bagus....gitu....... Dalam syok chimping tu kita terfikirkan...... Orang putih dan orang jepun tu datang kemari untuk apa?....... kalau setakat rekabentuk bangunan tu sama saja dengan tempat mereka.... apa perlu mereka datang ke sini?..... tempat meraka lagi hebat....... Pesoalannya yang timbul dalam kepala kita ........ mana perginya seni bena Melayu..... poning juga fikirkan....... apakah tidak ada standard ke rekabentuk bangunan Melayu....... yang kita boleh banggakan....... apakah kita masih mengagungkan rekabentuk budaya orang lain dari budaya kita sendiri????...........

Melayang fikirkan kita ke alam sekeliling kita di kampung-kampung....... kita lihat sekarang rumah-rumah di kampung sekarang ini sedikit demi sedikit lenyapnya seni bina Alam Melayu.... rumah2 kampung yang lama diganti dengan rumah batu..... ala barat...... rekabentuk moden..... Kalau ada rumah senibina lama pun..... kita lihat ....... kebanyakkan rumah itu tinggal kosong...... anak2 yang berpendidikan tinggi tidak mahu lagi tinggal di rumah kampung yang bersenibina lama ...... berbentuk tradisi....... mungkin tidak ada kelas...... mungkin tidak sama taraf dengan skrol yang diperolehi dari luar negara...... atau dalam negara..... masing2 berlumba-lumba membina rumah moden yang mempunayi ciri-ciri terkini........

Apa........ mungkinkah akan terhapusnya....... seni bina Melayu kita???.... Kemana letaknya Seni Bina Melayu....... ?...... Apa kesudahan RekaBentuk Melayu??? ........ Kita sedih melihat ........ bangsa kita sendiri yang menyisihkannya senibina Melayu itu sendirinya....... pada pendapat kita.... Terhapusnya Seni Bina Melayu akan mengubah hala tuju budaya melayu.... akan terhapusnya sedikit demi sedikit identiti budaya melayu itu....... Eleman inilah sebagai satu cara yang boleh merosakan sistem budaya melayu....... Generasi kini dan akan datang akan tidak kenal bangsa mereka sendiri dalam erti kata yang sebenarnya......

Kita nak bawa tuan puan berfikir sejenak..... betul atau salah...... kalau salah kita minta maaf bebanyak....... kita pun tekena juga..... dah beli rumah teres............. Rumah2 sekarang ni....... berkongsi dengan tandas..... tandas di bilik utama..... tandas di dapur...... adakalanya tandas dihadapan rumah....... semuanya ada tandas di rumah..... ini bermakna kita hidup dalam satu rumah dengan tandas..... tempat itu walau cantik macamana sekalipun..... ianya tempat pembuangan najis..... hawa najis itu tetap berkongsi dengan hawa rumah....... wah....cukup setakat ini..... kalu ditaipkan dengan lebih panjang lebar....... kelat nanti kita kena hentam...... dari pembaca semua....... tapi tak apa lerrr kalau mereka menghentampun itu satu respond yang cukup baik........ so lu fikir lerrr sendiri benar atau salah....ws.........

Sunday, July 26, 2009

PONING KE 52 ( Keliru.....lagi mengelirukan.....salah siapa???)

Waktu sebegini dalam era globalisasi menjadi medan lambakkan media yang perlu ditapis atau perlu ada sifat bijaksana untuk menilai dan memahami setiap yang dibaca. Media elektronik yang mudah didapati.... di seluruh pelusuk dunia sememangnya menjadi ancaman kepada dunia politik. Tetapi yang paling besar impaknya adalah kepada generasi muda yang dilahirkan dalam dunia sebegini........

Penyerapan berita samada betul, pembohongan atau khayalan yang meresapi pemikiran generasi muda menambahkan lagi dukacita hati ibubapa yang sedar akan kecelakaan yang akan dihadapinya. Dunia sekarang sudah jauh menyimpang dari landasan yang sebenarnya. Landasan yang telah dibentuk elok oleh orang-orang yang mahir dahulu kala.

Ibubapa yang sibuk dengan dunia kebendaan mencari harta sebanyak mungkin untuk terus hidup bersama-sama orang lain yang kejar mengejar, saing bersaing untuk keselesaan hidup. Kelekaan yang sebeginilah yang diragut oleh orang yang hendak melemahkan akidah umat Malaysia yang bernama melayu. http://tunjanglangit.blogspot.com/2009/07/bersama-sama-mempertahankan-islam.html Apabila kita terbaca berita sebegini..... hati mula gementar memikirkan poning-poning otak ini menyelami dunia orang muda kini..........

Membaca artikal tersebut dapat kita gambarkan betapa lemahnya umat melayu dalam mendukung amanat yang telah dianuti sekian lama....... persoalannya..... adakah kita ini mengikut anutan melalui ibubapa yang melahirkan kita? lahir saja kedunia sudah mengamalkan unutan ibubapa kita!!! adakah ini mencukupi........ Sedangkan ianya adalah suatu ilmu yang perlu dipelajari...... lunas-lunas yang tegas telah ditentukan dalam mempelajarinya...... susahkah kita untuk mempelajari ilmu Allah itu? sama-sama kita cari jawabannya.....

Amati ungkapan ini...... rugi Pak Pandir kehulu melepas, kehilir melepas,,,,,,,Menang sorak kampung tergadai....... ayam lepas tangan bau tahi...... biarlah siluncai terjun dengan labunya.... citer2 ini terbayang di ruangan mata ketika ini....... apakah akan jadi kepada kita bila Gajah sama Gajah bergaduh..... kancil tersepit di tengahnya..... kok setakat tersepit masih bernafas.....apa macam kalau putus nyawa...... tinggallah anak2 yang jiwanya kosong....... tiada nur di hati mereka........ tiada roh di hati mereka...... iaitu nur dan roh ISLAM itu........ Siapa perlu mendidiknya sedari kecil?

Asyik kita tuduh menuduh antara satu sama yang lain....... maka kita lupa akan pekong didalam baju sendiri bertambah besar dan parah.......... ialah didalam baju siapa yang nampak..... orang lain tak nampak..... yang nampak adalah pakar-pakar yang ahli dalam bidang tersebut..... justeru itu para mubaligh kristian yang nampak kelemahan umat melayu sebegitu teruk.... maka mudahlah mereka meresapi kemana-mana lokasi yang mereka inginkan........ Jangan jaga tepi kain orang........ apakah ungkap ini menjadi pegangan kuat manusia zaman sekarang....... Apakah sudah ditilik betul-betul ungkapan itu dengan jelas......... tepi kain yang mana perlu dijaga dan tepi kain mana yang tidak boleh dijaga....... Tak..kan musibat berlaku di rumah sebelah kita tidak hiraukan........ sedangkan pertolongan jiran sangat diharapkan ketika itu.......... Apakah ungkapan inin sudah ketinggalan di zaman moden ini...... Beranak seorang menjaganya sekampung...... apakah sudah basi dan sudah lapuk ungkap ini yang ditinggalkan oleh nenek moyang kita.....?

Didikan agama 120 minit sahaja di sekolah .... itu dulu..... yang mana generasinya sudah berada di IPTA atau IPTS..... malah generasi itu sudah keluar bergaul dalam masyarakat....... apakah impaknya............ apakah aibnya berita student melaku perkara yang tak senonoh di tangga menara telekomunikasi suatu ketika dahulu hangat di siarkan oleh media..... bertudung...... untuk berselindung...... inilah generasi yang akan melahirkan zuriat...... zuriat yang macam mana mereka nak lahirkan........... sedangkan ibu ketam jalan senget mengajar anaknya berjalan dengan betul....... dapatkah kebenaran itu ditegahkan...?......

Kelas-kelas KAFA yang terlaksana sekarang ini...... sememangnya cukup bagus...... tetapi adakah ianya sudah mampu menangkis cubaan-cubaan memesongkan mereka?....... semuanya perlu difikir2kan seponing-poningnya.......... Adakah setakat di sekolah rendah sahaja? bagaimana mereka di sekolah menengah kelak...... bagaimana mereka berada di pusat pengajian tinggi kelak....... adakah pengajaran ugama itu cukup setakat di sekolah rendah?.........

Sesuatu itu bermula dari rumah...... fikir-fikirkanlah bagaimana mengeluarkan isi rumah yang terbaik untuk ugama dan bangsa......ws.......

Friday, July 24, 2009

PONINg KE 51 ( Bila Lagi Nak Membaca..............)

Kita buek maso ni sodang menuju ke aghah alam yang dikigho setongah abad yang terakhir.... al maklumlah..... kok ikut umur Nabi 63 tahun......... kini kita dah lopeh lima puluh.... tapi ...kan kita dah copek soda..... kita dah mulo kigho2 ompek tahun yang lopeh....... tapi kenkawan kita masih laiee tak soda...ko atau buek2 tak soda..hal ni..... Hal yang dikigho remeh...... (tak de hal punya)...

Kito semuo melaluinyo maso alam kanak2 laiee...... kok tak khatam mako tak buleh nak di jawikan .... lopeh tu ghaso2 tak semuo.... baco balek buku tu.... sampai lah dio oghang soda..... sepatut eh.... kito baco buku tiap2 tahun buleh khatam..... ni tak...... lopeh khatam petamo..... abih lah tu..... tak do nak buek baco sampai khatam laieee...... di biar perkagho tu belalu cam tuu ..... sampai nak habih kalam nyawo....

Mengikut perkiraan kita.... eloklah dimulo..an la ni...... sbb..... kito oghang yang menanggung ugama tu..... seelok2nya.... baco tiap2 haghi..... sbb itu kato Tuhan yang disampai..an melalui Nabi kito.... jadi...kan......kok kito baco haghi2.......bemakno haghi2 kito ulang cakap Tuhan tu..... Yang kita tahu lah..... cakap ustaz...... kok kito baco sehaghi satu baghih pun dah dapek pahalo.... dimughah..an rezki kito.... ghumah tanggo pun aman...... dapek berkat.....

Kito pikir....elok2..... dari kocik kita khatam.... lopeh tu......beboleh2 tahun x khatam balek... cam no tu...... jauh kito daghi mukjizat akhir zaman tu........ kok....ghonung2..an..... kok salah cakap kita ni.....e-kau buang..an jauh2...... kok botul leter kita ni..... kito samo2 dapek berkatnyo....

Buek maso ni..... cubo kito ghonung..an...... di ghumah kito..... ado tak suasano islam dalam ghumah.... kita ghaso suasano tu..... dah di tutup dongan perkagho2 yang melalai..an..... kok tak nampak biar kita citer cikit kat sini..... itu....pun ateh penglihatan kita..... mungkin tak samo dongan oghang lain...... contoh pertamo:-..... kok oghang bekojo laki bini....... maso ado kek ghumah lopeh jam limo..... maso tu waktu Asar sampai lah ke maghrib..... apo yang berlaku kek ghumah kito... kita lihat bilo dokek maghrib citer indon, citer karton, citer yang bukan2 disiar..an.... kekadang kito sendiri pun terikut2..... tambahan laiee...... anak kocek kito.... kok tv 1 tu ado lah azan break kojap..... kok tv lain tu......lajak ajo citer tu.....

Ni dah dokek bulan Sya'ban .... bulan nabi.... maso tu ado nisfusyaaban..... majlis.... yang kito teliti ado doa eh.... ado yang doa..an mughah rezki......sihat tubuh badan...... dan panjang umur...... cubo kito kaji cikit..... tentang panjang umur niii..... Kito doa untuk panjang umur tetapi yang sebonar eh... umur kito tu dah pendek.... tahun demi tahun.... bukan eh... panjang..... tapi makon tahun makin dokek dongan ghumah kocik.... tiang eh.... kek ateh... ingek2 lah cikit....

Haghi ni ...... zaman ni...... maso ni...... anak bujang ko......anak dagho ko..... masing2 dah mulo tak dongar cakap omak ayah..... kito cakap cikit dio.....ghungut panjang.......dio oghang nanti jawab (semuo eh... tak buleh.....) pado hal kok tak ado kito....... mano nak datang ehhh..... dio oghang tu... Jadi kito kono kaji cikit.... anak2 kito tu patut dongar cakap kito..... cakap ketuo dalam ghumah..... cakap assisten ketua dalam ghumah.... pada kita lerr..... ketua tu kono tunjuk..an contoh yang baik..... kita nak tanyo cikit lerrr dengan e-kau oghang....... jangan maghah ahhh..... beghapo ghamai yang berjemaah kek ghumah bersamo2 anak bini..... yang si Ayah eh.... jadi imam sembahyang......!!!!...... kok tak dapek jemaah tiap waktu........ memadai maghrib dan subuh..... asuhan ini lerr yang buek dio oghang mengikut....cakap omak ayah...... Tapi nak hati2 cikit pado oghang ghumah bilo si suami berdoa tu..... takut kalu2 dio doa nak kawin soghang laieee....... kito pun amin..an....he...he...heh....

Tuesday, July 21, 2009

PONINg KE 50 ( Majlis Ilmu.............

Isnin malam Selasa yang lepas kita pergi lerr ke suatu majlis ilmu...... ia lerr dah lama tinggalkan majlis tersebut..... dah lama tak ikut serta.... disebabkan dah pindah rumah hampir enam tahun yang lalu... So dapat berita tu dari rakan-rakan yang dah berumur.... mengatakan malam tersebut ada majlis keagamaan.... Kebetulan pula hari tu cuti khas..... inilah peluang kita....untuk turut serta sedari awal lagi..... Pagi lagi kita dah sampai.... ie lerr gotong-royong memasak.... untuk hidangan malam tersebut.... Satu hamba Allah telah mendarmakan seekor lembu.... kita yang tak derma ni pergi lerr buat kerja persediaan untuk malam tu.....

6.30 petang kita dah mula mempersiapkan diri untuk ke majlis tu.... ia lerr ..... kalau lambat bersiap mungkin sampai lewat.... al maklumlah perjalanan ke masjid tu memakan masa 30 minit..... dalam perjalanan kita telefon si kecik kita tu.... dia jawab positif...... adik nak gi... ke masjid tu.... lalu kita pun singgah kat rumah wan..... dia bukan main gembiranya...... al maklumlah dah kita kerap bawa dia ke majlis seperti itu.... dah terbiasa bagi si kecik kita tu....

Lepas solat maghrib pak imam bawa lerr dzikir pembersih hati ..... itu kita amat-amati kalimah-kalimah yang dituturkan...... kita ni pun bukan pandai sangat ....tak sekolah arab..... mana nak tahu arab.....

Selesai tu semua.... maka mantan mufti beri ceramah..... yang di kategorikan sebagai pedoman kita..... citer sekitar israk mikraj....... Perkara2 ghaib yang kita kena percaya.... sbb ia salah satu dari rukun imam..... dalam majlis tu kita lihat kepada semua makmum yang datang..... rata2 golongan yang dah berumur.... boleh dikira dengan jari golong muda yang hadir.... ia mm..... mana gi orang2 muda ni..... hampir penuh ruang solat masjid tu dengan orang..... tapi yang muda tak banyak....... ni yang kita sedih ni....... majlis agama........ pegangan kita agama tu..... yang kita dukung adalah agama tu....... yang kita amalkan agama tu....... hidup mati kita..... dalam agama tu.... tapi alahai........ maleh nak cakap..an kat sini..... sendiri mahu ingat la..........

Jom hebah...... pilih kasih....... mentor....... akademik fantasia...... bola...... dan bermacam-macam lagi...... yang ada kat negara kita niii....... menjadi suatu medan untuk mengumpulkan muda-mudi ada juga ibubapa yang turut serta.... terutama kalau anak dia yang masuk bertanding..... dengan sepanduk....dan lain2 yang membolehkan dia orang bangga denga kehebatan anaknya...... tertelan air liur kita melihat keadaan tu...... persoalannya kenapa lerrr dah jauh sangat pegangan kita terhadap perkara-perkara yang mendekatkan diri kita kepada perkara yang mungkar.... masa tu kita tak nampak kemungkaran berlaku..... tetapi kalau di halusi betul2 memang dah berlaku...... pertama kemungkaran tiu berlaku kepada diri kita sendiri..... sbb lalai.....

Perkara ini dah berlaku beribu-ribu-ribu tahun yang lepas...... Datuk kita Adam dicampakkan kedunia sebab kelalaian......... fikir-fikirlah kemana arahnya umat melayu yang mendukung Islam cara hidup...... Islam pegangan hidup..... Janganlah malu kalau terpandang yang mata sepet...... yang kulit putih....hitam......... yang bukan namanya melayu mengamalkan cara hidup Islam sejati......... jadi ingatlah geng2 kita semua....... Siapa yang mengIslamkan.... seperti saudara2 baru kita..... kita lahir saja dalam keluarga Islam..... tapi adakah ibubapa kita mendidik kita kearah amalan ISlam? ...... persoalan yang kena ungkaikan bersama......ws......

Friday, July 17, 2009

PONINg KE 49 ( Kasih.............Kasih...akan......)

Kita malam ini baru balik dari pekan..... berhampiran.... bertemu dengan kenkawan yang dah lama tak jumpa..... kira2 sudah 7 ke 8 bulan yang lalu kali terakhir bersua muka...... itu pun sesudah mendapat panggilan daripada dia.....

Sembang2 di sebuah restoran daun hijau....... sambil mengimbau citer2 lama ....... citer2 sebelum dia berjaya dalam kerjanya..... hingga lah kepada cita2 dia..... alhamdullillah..... senang dah kenkawan kita tu......

Dalam perjalanan pulang ke rumah yang mengambil masa tak sampai sejam tu..... sempat pulak kita poning-poningkan kepala ni...... pikir punya pikir da[atlah satu perkataan...... yang poning juga nak cakapkan kat sini.....KASIH......

Sebut aje perkataan kasih....... sememangnya sensitif..... tapi kena lerrr luaskan skopnya...... jangan dinegetifkan....... positifkan kepala kita tu ..... barulah dapat berfikir dengan waras...... dan rasional..... Kalaulah terkeluar perkataan ......'Aku kasihkan........' baru sampai kat situ jer..... dah kena marah...... orang sebelah akan tanya..........'Siapa orang tu......yang nak dikasih2kan!!!........ pertanyaan yang menyinga sampai kat telinga kita nanti........ tapi kalau dia faham perjalanan kita..... tentunya tak kena marah macam kat atas tu........ Jadi kan kita kena tunggu lah dulu perkataan kasih tu dalam ayat yang penuh....... baru lah tahu hujung pangkalnya.........

Kalau sidia tu kuat cemburu.... sudah tentu lah kebawah kita tidur malam ni....... paling tidak pun belakang bertemu belakang........ pemisahnya bantal guling........... kalau seorang saja tentu kenkawan akan tertanya2...... siapa yang bertuah memiliki hatinya......... Tapi kalau dia tu lelaki tentu kenkawan akan melontarkan perkataan tahniah.....syabas......lawa tak....... cantik tak....... manja tak....... dan macam2 lagi....Kalau si gadis pula....tentunya kenkawannya akan bertanya.....kacak tak....... bergaya tak....... kaya tak......... orangnya macam mana....... dan berbagai2 lagi soalan2 yang kita kena jawab.........

Persoalan disini kita nak cakap dan kongsikan adalah perkataan KASIH..... yang bersifat universal yang kadang kala susah kita nak ungkaikan...... KASIH ni ada bermacam2 kasih...... ada kasih akan dunia........ada kasih akan kemewahan......ada kasih akan kemegahan......ada kasih akan kecantikan....... ada kasih akan keamanan......hiburan.....kebendaan......keseronakan....... dan dalam dunia yang satu lagi pulak ......terbit akan kasih akan akhirat......kasih akan Raullullah. ..saw ...kasih akan berbuat kebajikan...... kasih membuat amal baik dan meninggalkan amal yang tak baik...

Nak citer lebih panjang lebar lagi tak berani...... ilmu yang ada pun ciput sangat.... nak di ungkai satu persatu..... tak cukup kekuatan..... hanya sekadar menyatakan apa yang terlintas di kepala saja...... yang paling ringkasnya kalau kita kasih akan dunia maka akhirat akan ketinggalan dan jika kita kasih akan akhirat maka dunia akan turut serta..... so poning2kan lah kepala tu mikir..an.......

Wednesday, July 15, 2009

PONINg KE 48 ( Kenkawan .......lupa.....kawan...)

Kita ada lerrr.... terima panggilan dari kenkawan kita yang kije kat opis kerajaan........ tu....pun dah lepas dio oghang mesyuarat..... katanya...... Dok sembang melalui hp tak syok..... naik paneh telingo ...... jadi ehhh...... janji kat satu tompek......

Aku ni dah naik maleh....dah..... perkataan petamo yang diucap..an kat kita...... aii.....apolah cam tu..... kita tanyo.... cito eh.... panjang...... tapi kek sini den pendek..an...... Maka kita pun dongarlah apo kato isi hati dio....... den ghaso sayu hati den nii..... mengonang..an kenkawan.... i-yo lah yang maso dulu sesamo buleh bebughak..... samo2 buek kojo..... buleh dudok semejo minam kupi....... tapi tu semuo dah lonyap..... den pun tak tahu.... apo salah den ni.....

Tak apo lah geng.... kita koba..an kek dio..... yang ponting e-kau tanyo hati kocik kau..... apo kato eh.... e-kau ikut..an.... tapi nak kono pikir betul2 jangan tersilap buek keputusan.... nanti kito yo yang digolak..an dek oghang..... Tapi kita ghaso buek maso ni pun dio oghang pun dah golak..an kek -e-kau..... agek kita lah.... dio oghang kato dalam hati dio oghang...." padan lah muko e-kau.... nak sangat kojo tu!!!"

Pueh den buek baik dah...... macam2 den buek untuk nak tolong dio oghang..... tapi hasil eh.... den juo yang dikecewakan.... yang ado soghang tu... den jomput dongan elok2..... i-yo lah geng lamo..... tapi akhirnyo dio tak juo datang..... kok2 dio datang..... kuek yo semangat den.....kato eh.... meluah..an perasaannyo kat kita...... Kita pun tekobil2 dongar..an cakap kenkawan kita tu..... poning yo pikir..an....

Cam ni lerrr ..... kita cakap..an kek kenkawan kita tu....." kito bughi bungo di baleh dengan tahi" agak2 kita cam tu lah dio oghang buek kat e-kau tu..... tak apo lah geng..... kito pandang yang satu tu...cukup lah...... Dio maha kuaso.... segalo2..eh Dio yang merencano..an kito ni hanyo pelaku untuk Dio.... soba...lah......

Kenkadang.... kita kobar..an kek kenkawan kita tu....... setiap haghi duo kali kito kono telek dighi kito....... mulo2 waktu maghrib dan yang keduo waktu subuh..... apo yang nak di telek..an...... kita tanyo dan kita juo yang jawab..an..... Petamo :- Apo kesalahan yang dah kito buek? daghi pagi hinggo ke maghrib...... Keduo:- apo kemaafan yang dah kito maafkan? pada oghang yang dah buek sesuatu yang tak boto kek kito. Ketigo:- apokah kebajikan yang dah kito buek?..... tu baghu cikit yang kita nak tulis..an kek sini..... kok banyak kang poning.... ws....ngatuk dah....

Monday, July 13, 2009

PONINg KE 47 ( Guruh di langit.......tempayan dikosongkan....)

Dikighokan beberapo minggu yang lopeh kita ade lerrr lalu kat kampung ni .....emmm .....tak payah lah sobut namo kampung tu .... kok2 malu pulak penduduk kampung ......... pasal soghang buek hal yang lain dapek namo bughok ...... macam sekor kobau bawak lumpur habih semuo terpalit ...... tu kato oghang tuo2 ...... bukan kato kita .... ye ......

Kita betul2 teghamang lihat surau tu..... dah ghanap..... kayu eh.....dah tak ado...... sumo eh.... dah tak ado...... yang tinggal baghang yang tak buleh dipakai....... batu..... tapak sughau.... itu aje lerrr yang tinggal... Kita kat sini pun maleh nak citer panjang lebar..... tak sodap kita baco..... macam....... topok air di dulang terpercik kek muko sendighi....... tapi tu ..... bukan kampung kita..... ye....... jangan e-kau ingek kampung kita....... kampung kita jauh daghi situ........

Persoalan yang beligar kek dalam kepala kita niii...... mano poiee kayu2 sughau tu...... dongar2 eh...... oghang tu dah jual kat soghang yang bukan islam....... aduhaiiii...... camne niiii....... oghang yang menjual tu tahu tak....... kayu tiang,,,,, dinding,,,,, tanggo,,,,, jonang,,,, dan lain2 tu banyak dah menyaksikan dan menyimpan..... kalimah Allah..... sbbb oghang yang beramal kat dalam sughau tu dah terlalu ghamai..... sojak mula togak..... hinggo lah ghanap...... dan pulak oghang yang bukan islam ni pulak,.,..... tontu buek sesuatu..... yang pada pendapat kita.... pekagho yang tak sodap kita tahu........ andaian kita kok2 dio buek kandang....b.........a.........x...........x......... masyaAllah...... sodeh kita dongar..an..... Oghang yang menjual tu kok dapek duit pun tak sebeghapo...... dua tiga minggu habih duit tu....... kosan yang tak elok..... maruah bangso......maruah agamo...... maruah kampung........ habih tergadai...... nampak lak sangat oghang kito buleh buek tu semuo...... pasal wang....... Kita ni bukan lah pandai sangat..... tapi akal yang membuek..an kita ni..... bebezo dongan haiwan...... kemulian manusia lotak eh.... kek akal... fikiran yang waras.... Datuk nenek moyang kita besusah payah bukak kampung.....kito sonang2 jual..an.... lamo2 kita tinggal kek mano?????........

Hal ni bak kato oghang tuo2..... dongar guruh di langit air tempayan dicughah..an.... Ia yo lah kita dongar ado oghang yang boghi duit bina semulo sughau tu ........ tapi bukan ghoboh..an dan kemudian buek baghu...... Dio tu tak pikir..... tananh tu tanah wakaf tak ado hitam putih perjanjian..... oleh datuk nenek mereka dulu2...... sampai kek anak cucu..... habih..... tanah topi jalan.... hargo tinggi..... apo laieee..... biji mato dio nampak duit ajo...... silap haghi bulan tanah tu lopeh kek tangan bangso asing........ satu lagi maruah bangso tergadai...... akai mana hah...........!!!!!

PONINg KE 46 ( Gadai Amanah demiiii ..... perasaan......)

Malam Sabtu yang lopeh.... Kita poiee..... ke chombong dokek2 dongan Ghombau... Kebetulan pulak kenkawan kita yang ajak ke sinun.... nak kono teh...... maso tu jam dah dokek pukul 10 malam..... hai kenkawan kita ni jadi jampok lak dio........ kita pun samo2 jadi jampok... Mulo2 kita berduo ngan dio..... di angkek telefon tangan..... call kenkawan yang lain...... sampai lak soghang laiee..... kojak kang sampai soghang laiee lopeh tu kokojap tu sampai soghang laie...... sumo ehh.... ado limo oghang..... cukup lah korum malam tu..... dudukdi sebuah mejo..... tongah2 kodai........ mulo lah coghito

Coghito petamo - Inilah pasal pelaburan yang tak tontu aghah.... bilo dongar untung banya mulo lah nak melabur..... kenkawan baghu kita dah labur cocah 5 ghibu.... inilah satu pelaburan yang membawa pulangan peleburan.... Dio pakat2 nak jumpo oghang yang ambik duit pelaburan....... macam2 helah dio boghi..... kato x ado kek ghumah lah...... anak sakit lah..... pokok eh..... helah menyelamatkan diri..... dah kenkawan kita tu tekulat2....... 5 ghibu dah x nak bayang..eh... Kita pun nyapok lerrr kata dio oghang tu...... Kok susah bebeno tunggu kek pintu pejabat dio pagi2 laiee...... tapi jangan boghi tahu nak datang............ kok boghi tahu..... dio laiee coghodek dari kito.... tu sbb eh... lebur pelaburan... he...he...heh...

Coghito keduo - Soghang kenkawan kita ni kojo part time eh...... caghi duit kek tompek pembuangan sampah maso tu kigho2 dah duo tigo tahun lopeh....... Banyak baghang2 yang ado duit dapek kek dio..... salah satu eh...... menughut kato dio...... dio dapek 1 gros ghokok....... di jual balik kat ghantau..... dapek eh..... tongah duo ghibu...... jam tu nak ghayo.......beghayo dio....... Dio kato dio ponah jumpo DVD UMNO untuk di boghi2 ke cawangan2 atau sosiapo yang hondak bondo tu....... tapi kenkawan kita ni jumpo kek tompek pembuangan sampah....... bukan cikit tapi betimbun......... menunjuk..an banyak bondo yang dibuang..eh.... Menughut kenkawan kita tu....... katanya...... maso tu pusat pembuangan sampah kat tompek dio.... kebanyakan lori sampah datang daghi seghomban...... wahhhh ni yang x sodap dongar tu....... maklumat kek dalam dvd tu..... taksampai kat sasaran eh....... tu sbb kalah..... pasal apo kalah..... sbb maklumat tak sampai....... yang sampai coghito dari pihak sebolah sinun tu........ Kenkawan kita ni pulak banyak fahaman dio oghang ado parti timur........... ado daghi parti barat......parti utara........ parti selatan .... macam2 parti ....... kenkadang parti tipuware.... pun ado.... tu sbb losap 5 ghibu....he...he...heh...

Malam tu kita poning mikiran...... oghang macam mano di boghi amanah untuk sesuatu kojo...... sapai lopeh baghang2 tu ke tompek pembuangan sampah berpusat tu..... andai... kita lerrr...... duit ambik baghang campak..an....... cam tu lahhhhhh andaian kita yang bangang ni..... Oghang cam tu Manggadai Maruah Diri Yang DiAmanah Demi Memenuhi Hasrat Perasaan..... jonih apo oghang macam tuuuuuu...... Kita pun tak tahu macam mano prinsip pegangan dighii oghang tu..... duit tak amanah nak boghi anak bini makan........ aduhaiiii..... makanan jadi daghah........ daghah jadi daging...... daging jadi tubuh badan...... tubuh badan ni lah yang melakukan ibadat....... mano lotak ibadat kito nanti......... kita....... ado oghang respond kat kita.......... Ws........

Saturday, July 11, 2009

PONINg KE 45 ( Panik kalau Tak Poning........... )

Bermulo haghi Jumaat yang lopeh.... kita mulo ghaso panik...... kebiasaannyo kita jaghang2 tido bolah potang..... ni pulak duo tigo hari nniii.... bilo potang yo.... mato mulo kuyu..... nak lepak... dan tido..... Kekadang teghighek yo posan arwah Pak Usu kita.... dio kata ....tido lopeh Asar tak baguih.... dah pun tahu sbb ehh..... tapi kali ni kita tak poning...... naik panik pulak sbb tak poning.... kekadang poning ni.... tibo mendadak yo.... kok cam tu ....kita suko bebona e-kau bukan tak tahu..... sbb kita suko poning...... pertamo eh..... blog kita ni pun namo eh...... PONING...... sbb yang keduo eh.... poning ni membuek..an kita kuek bepikir..... bilo kita kuek bepikir..... otak kita ligat macam gasing.... berpusing2..... caghi jalan penyelosaian.... bilo otak kita berpusing2 ligat macam gasing.... cell otak yang dah tuo tu copek diganti..an dongan yang baghu..... jadi....eh.... cell otak kita sentiaso beganti...... tu lah kita tabik kek Ungku Aziz...... oghang yang kuek bepikir positif.... samo yu macam Tun Dr Maha...... kita tabik yo kek dio.... Oghang2 macam tu lak kita buek tauladan.... sbb pemikiran dio tu..... bukan peghangai dio..... Kolobihan manusia pun sbb..... dio ado akal kek otak dio...... akal yang sempurna kejadian...eh....

Kita suko poning..... sbb macam kita cakap..an kek ateh tu.... kuek bepikir..... kalau kita tak kuek bepikir....... tak nak bepikir...... tak tahu bepikir..... tak selalu bepikir nanti yang kita takut..an.... jadi macam yang di tongah2 padang tu..... badan yo bosa..... tapi tadak pikir..... tapi yang di tongah padang tu pun ado otak......ado akal...... tapi cikit jo...... cubo e-kau koja dio dongan paghang..... tunto dio laghi...... cubo e-kau bawak...an kulit nagko/compodak.... melongsang dio datang..... kan tu.... dio ado otak+cikit akal.... he...he...heh...

Bebalik kita yang tak poning haghi ni..... lomeh ghaso eh.... kenkawan ajak ambik ghambutan kek kampung dio......kita poiee.... di sughuh bawak balik....kita bawak balik........ sampai kat ghumah kita agih2..an kat jiran2..... bukan main suko dio oghang.... sbb dapek free..... siap antar sampai dopan ghumah...... tu pun kita tak ghaso poning...... sebalik eh..... yang tuan punyo ghambutan pulak yang poning..... sbb ghambutan banyak masak..... tak ado oghang nak ambik..... sedagho2 dio tak nak balik ambik..... nak di biar..an koghing kek tangkai.... ghugi pulak..... tu.... sbb eh... pagi2 laiee..... dio ngajak kita.... poie ambikkkk...... Kok ado toman2 yang tak habih nak ambik dughian buleh lah..... ajak kita..... kita samo2 kolokaikan......

Ado yo.... kenkawan tanyo kat kita.....'apolak kau asyik poningggggg.....yo!' aii ..... pasal apo lak dio tanyo kita macam tuuu...... apo dio tak paham ke...... tak poning bukan manusio..... Ado lak oghang tu ajak ke ghumah dio......macam ayat ni.... kita copy semulo.....cam ni bunyi eh...." awaq ni duk poning jom singgah umah kita hilang poning".........Alamak aiii...... ni lah ..... yang buek kita paling PONING...... memutar ligat pikiran kita.... nak poiee ke ghumah!!!..... kek mano?.....macam mano?.... jauh ko.....dokek ko....? hai......sogham sojuk kita...... Yang kita tahu lah.... tompek yang tak ado poning ni.... oghang paling takut nak poiee..... hanyo sedikit oghang sajo yang cinto nak poiee tompek tu..... Ghamai oghang yang takut nak poiee.... sbb tak sedio... oghang yang dah sedio tu pulak tak ghamai..... sbb dio oghang dah tahu tompek tu macam mano!!! dah buek persediaan...... kita ni pulak... luk-lak punyo oghang...... e-kau nak tahu tompek yang tak ado poning tu.......hai maleh nak cakap......... ghumah tompek tu...... tak bosa luas eh....84" kali 36" kali 48" ghumah moden tak ado tiang.......kek bawah...... yang ado tiang kek ateh...he...he...heh... jangan poning mikir..an......So Poning tu sebahagian dari hidup kito.........ws......

Wednesday, July 8, 2009

PONINg KE 44 ( Erti keikhlasan.....dan pengertian akal........)

Perjalanan bermulo dari tol Senawang aghah ke selatan... dalam keto bebughak lerr dengan kenkawan, citer hal tu lerr......citer hal ni...lerrr sumo ehh.... belegar mencaghi pengertian perjalanan yang kito hadapi ni. Dalam maso bebughak....... kita belok ke kighi masuk tol Tangkak..... tah beghapo caj tol kita pun tak lak pandang sbb bayar pakai t&g....

Di persimpangan lopeh tol tu....kita belok ke kanan...... apo laiee....tokan minyak cikit lobeh..... biar copek sampai...... Pokan Tangkak dah lopeh kek belakang.... keto kita meluncur laju aghah Sagil..... i-yo lah tompek mandi-mando......compogho...... lalu yo......tak masuk simpang ke air toghojun G.Ledang.... kita toghus jalan ko dopan..... agak2 5 km laiee nak sampai Pokan Jementah ..... ado simpang belok ke kanan..... Kita pun masuk ke jalan tu.... ikut papan tando ..... tetulih Bkt Kepong dan Labis..... Jalan kek situ tughun bukit naik bukit..... agak2 ehhh..... dalam tongah jam ado laieee simpang belok ke kanan..... kita pun masuk jalan tu..... kali ni tak lak lamo..... maso di kigho lobeh kughang setongah batang rokok ajo....... belok lak ke kighi...... Felda Sri Jaya ......Bosa papan tando ehh.... Jalan kek sini lawa cikit.... kighi kanan jalan ado bungo..... bilo jumpo simpang pertamo kanan kita pun masuk lak jalan tu..... tang jalan ni ado cikit sompit....maklumlah...... jalan loghong ghumah oghang...... Lobeh kughang 600 ke 700 meter kita sampai lah ghumah oghang ni..... cam dalam gambar tu lerrrr........ dah sampai dah...... kok tak tahu memang poning....he...he...heh...

Gayo bodah sebijik macam dokto..... tapi yang poning ehhh.....pekakeh yang di guno tu x nampak dek mato...... tapi x apo lah..... yang kita nak coghito kek sini........tontang keikhlasan...... caj eh.....ikut ikhlas kito..... dio x tengok pun hadiah eh..... ado sampul sughat ateh mejo dan ado kotak kek situ...... ambik sampul sughat tu masuk..an hadian eh...... dan jatuh..an dalam kotak tu..... satu sistem pemberian hadiah yang paling sonang.....

Bilo dokto kek hospital swasta nak bodah ...... caj eh.... kono boleh ghibu.... tekodu di buek eh.... poning kepalo pikir..an nak caghi duit..... tapi kek sini ikut ikhlas.... kosan bodah tu......samo macam kek hospital.....tapi x nampak dek mato.... Yang kita nak coghito ni..... tontang hadiah eh.... ado oghang.... tak guno akal.... di masuk..an hadiah tu...... samo nilai sekampit bogheh..... ciput yo hadiah eh.... badan nak baik..... penyakit nak di hilang eh.... tapi hadiah..... pikir2..an lah mako di sini lah lotak..eh.... pertimbangan dalam pengertian akal yang waras.....fikir..fikir...an.... lah tapi jangan sampai poning2...he...he...heh...

Tuesday, July 7, 2009

PONINg KE 43 ( Mencari,,,,merenung,,,memikirkan...siapa???...)

Pertunjukkan DKT2009 yang kita kigho sangat berjayo.... memang kita kagum menyaksikan persembahan itu..... Pembukaannya disaji dengan seorang askar berdiri tegah.... menantikan tetamu kehormat angkatan tentera sampai.....untuk pembukaan.... Beliau begitu tekun berdiri tegah macam batang kelapa.... tak goyang langsung.... walaupun kami kat pentas utama riuh rendah dengan bualan masing-masing namun beliau tetap utuh tegak berdiri...... Kebetulan bayangan beliau menatap wajahnya...... dan beliau pula menantap bayangannya sendiri.

Kamera kita tak henti-henti merakamkan peristiwa yang berlaku di sekeliling beliau.... dalam kita menenang untuk mendapatkan shot yang baik......terhasil dalam paparan di atas......kita terfikir sendiri...... shot tadi membuatkan kita berfikir.......fikiran yang melayang..... tak tentu arah...... kebumi tak jejak ke atas terawang2..... lama juga kita memikirkan..... persoalannya .....Siapa Dia yang berdiri dan Siapa dia yang menjadi bayang2.....

Kita tak lah pandai sangat dalam mengupas ungkai itu..... ini cuma dari buah fikiran sendiri... Kita membawa cerita itu ke dalam diri kita..... kalau kita yang berdiri di tempat beliau... kita tentu berfikir macam ni...... Kita lihat bayangan kita sendiri...... siapa itu bayangan yang terhasil dari diri aku sendiri???? ..... apakah cerminan bayangan tersebut???? .... siapa yang menghasilkan bayang itu???? Adakah bayangan itu di situ kalau tiada kita berdiri di situ???? ....Bagaimana rasanya hati kita kalau kita tegak di situ tetapi tiada bayangan yang terhasil????...... itu lah persoalan2 yang berlingkaran di benak fikiran kita semasa merakamkan gambar beliau...

Siapakah diri kita yang sebenarnya???????......... apakah diri kita seperti bayangan tersebut...... yang tiada kuasa menggerakkan sesuatu tanpa digerakkan oleh kita yang berdiri itu?...... kalau Kita menggerakkan tangan ......sudah pasti bayangan tangan itu akan bergerak juga..... Kalau kita angkat kaki.....yang pastinya kaki bayangan itu pun menggerakkan kakinya.......

Kita renungkan kepada diri kita yang sebenarnya....... siapakah yang menggerakkan tangan kita? ..... Siapakah pula yang menggerakkan kaki kita?.... dan siapa pula yang menggerakkan keseluruhan badan kita?........ Adakah kita akan PONING? memikirkan jawapannya?

Poning kita mikirkan kehidupan kita...... kehidupan kita seharian akan terpancar dari dari diri kita..... cerminan kita akan di lihat lahiriah hasil dari batiniah..... so poning2kanlah minda anda mikirkan SIAPAKAH KITA SEBENARNYA!!!!!!....... cuma sedikit pandangan yang terhasil dari melihat gambar di atas...... so cintailah alam sekeliling.......dan berfikirlah dengan melihat dengan mata hati alam di sekeliling kita..... pasti anda akan dapat jawapannya...he...he...heh....

Sunday, July 5, 2009

PONINg KE 42 ( Super Nice........Not Nice)

Jam sembilan malam 3 hari bulan Julai 2009 yang lalu kita ke kampung dalam perjalanan ke Terminal Bas Seremban. Tujuannya untuk menghantar anak sulung masuk belajar semula ke utara Malaysia. Di Kampung dia mula mengumpul wang.... pemberian datuknya.... yang mana ..... anak sulung ni..... cekap sikit..... dia layan datuknya..... dari segi makan..... Atuk nak makan sup.... dia pun pergi kekedai membeli kelengkapan buat sup.... pada tengahari dapatlah datuknya makan sup..... gitu lah kalau sekiranya dia berada di kampung. Tidakah kita poning-poning sangat nak beri dia belanja.... setakat tambang bas tu..... dah lepas lah......

Di hadapan stesyen minyak shell Mambau,,,,, gempar juga kita melihat pacuan empat roda JPJ berkampung di kiri-kanan jalan.... wah kalau ini macam tentulah pemandu tak dapat nak lari lagi.....Kebetulan pula malam itu malam Sabtu.... sudah tentu banyak sanak saudara akan pulang ke kampung...... mengambil kesempatan cuti hujung minggu..... Kita tidak ada apa-apa yang nak ditakutkan sbb semua lesen dan siap sedia.....

Jadual perjalanan bas ke utara dijangkakan pukul 11.00 malam.... jadi kami tunggulah di terminal kurang lebih 45 minit...... menjelang pukul 11.oo malam kita lihat bas yang ditunggu tu tidak muncul-muncul.... yang muncul si mamat yang jadi runner syarikat bas tersebut.... menjerit-jerit..."Changlon mari tukar tiket....siapa yang bak ke Changlon......mari tukar tiket!!!!..... Hai apa pulak perkara macam ni boleh berlaku..... senang-senang saja nak tukar tiket.... ni dah malam-malam begini......memang tak sedap hati kita dibuatnya.

Bas tayar pecah!!!! bila kita bertanya...... jawapan yang indah-tak indah kepada orang yang bertanya..... terasa juga dalam hati ini..... tapi kita bersabar juga...... jadi pukul berapa bas akan sampai ke sini......12.00 jawapan pendek dan sombong..... Oiii mak ai.....macam ni ke.... Kita lihat mamat ni pakai baju melayu...... tak salahlah dia ni orang melayu..... tapi kalau diukur budi bahasanya...... jauh....jauh......jauh dari kita sangkakan..... kita mulalah naik poning-poning..... darah dah mula menyirap...... tapi hati kuat bersabar.......jadi kita bersabarlah...... cari satu sudut yang tidak nampak muka si mamat ni.... kita lepaskan hajat bengang.......

SUPER NICE = NOT NICE............SUPER NICE......=.......NOT NICE.......SUPER NICE LIKE MICE...........SUPER NICE LIKE DICE..... rungut hati kita.... macam ni punya bas pun ada ke...... Flashmemory datang balik..... padan lah kawan kita merungut suatu ketika dulu pasal bas SUPER NICE ni...... sehinggakan beliau membeli tiket lain untuk ke utara semenanjung.... pada malam itu juga ...... kalau tidak anak beliau tidak dapat balik ke kampus..... Kali ini hal yang sama berlaku kepada kita..... tapi bentuknya berlainan.... tapi kerenahnya tetap sama......

JANJI ADALAH JANJI di katakan si mamat tu kita tunggu..... tapi bilan dah pukul 12.00 malam bas yang ditunggu tak juga muncul...... kita bertanya sekali lagi...... macam tu juga sombongnya..... Bas rosak!!!! jawapan yang menyakitkan hati kita..... kalau nak dilawankan kita pulak yang bodoh sebab bas tu bukan berada di depan mata...... bas tu entah mana-mana.... Jam di hp menunjukkan pukul satu...... kita ada agenda awal pagi esok..... agenda nak ke Kem Gemas program DKT 2009..... seawal lima pagi kena bangun...... 5.30 pagi mula bertolak ke sana..... KIta mula masuk kekereta....... Aku nak tidur! kata kita kepada orang rumah.... dalam pada itu bas-bas seperti Durian Burung,,,,Eagle ekpress,,, KKK dah lama berlepas.... mengikut jadualnya....SUper Nice ni.....pulak.....macam-macam hal..... Kalau nak pilih tiket jangan pilih bas SUPER NICE ni kata kita kepada anak ...... cukup seklai ni..... jangan berlaku kali kedua.....

Kita tidak dapat menunggu lama ......terpaksa pulang..... anak kita dengan rakan-rakan se kampus ramai ....... jejak kaki di rumah dah pukul 1.30 pagi.... aduhai........ ke-esokkan hari nya bila mandapat maklumat dari anak...... bas sampai di terminal pukul 1.45 pagi...... apa lah bas niii... macam tak ada sistem pengurusan cekap..... mana nak maju......

PONINg KE 41 ( Dah tuo dapek tengok.......)

04.07.2009
Gemas, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Haghi ni.....awal2 laie kita dah bangun.... Jam 4.50 pg dah tekojut..... copek2 mandi..... sarap lebih kughang..... Kenkawan kita jomput kek ghumah jam 5.30 pg..... sbb nak sampai kek kem tu sebolum jam 7.30 pg..... kok lopeh jam tu..... alamat tak ngasolah nak masuk..... Kita betigo oghang ajo yang dapek buek lawatan kat kem tu..... yang soghang laiee.... baghu balik daghi Tawau Sabah..... dio pancit.... tak laghat nak join ngan kita..... sbb geng kita ni..... lain macam cikit..... ado gilo2.... geli2.... poning2 cikit..... kok yang tak ado 3 pekagho ni ...... susah nak join.... tak satu line.....he...he...heh...

Sampai kat sinun...... ado sebuah jeep datang ambik kito botigo ...... pulak jauh...eh masuk kek dalam kem tu...... tal leh nak cakap kek sini......kita kigho2 ma...uuunn..... lobih 20 km..... baghu sampai kek medan pertunjukkan DKT2009 ni.... cocah ajo kaki kita kek sinun ade lerrrr member dah tunggu...... Mejer...xxxxxxxxx...... kok tak silap kita lerrr..... pangkat kek askar ni kita kughang paham..... kita tak pakai seghagam....mano nak tahu..... Yang sodap ehhh......+ poninggggg...... dio oghang samo baju...... seghagam ajoo..... tu lah susah ehh..... nak tengok pangkat dio oghang......ado yang kek bahu...... ado yang kek dado..... pokok ehhh...... satu crouwn ke ateh...... yang duduk kat dopan kita..... nasib baiklah..kita duduk kek puncak OP tu.... dapek lah view yang cantik kok tak.....poning2 lalat kita mandang...ehhh.....

Kita ado bisik kek kawan kita...... tontu kenkawan chimping kita jelous kok dio oghang tahu kita gi...kat sini....he...he...heh... jangan marah ahh....... Yang sodap ehhh..... maso demo senjata ..... yang tak ponah kita dongar..... memang hebat..... kok ghayo mocun tolo tuuu..... dah panik kito dongar...... ni kek sini laiee....hebat .........i-yo lah senjato botul...... bukan main2..... kok kono kito bokocai...... tak ghupo oghang..... pueh lak waghih2 kito pungut.....kotul2 nak ditanam..an.... Yang kita suko tu...... yang dalam gambar niiiii

Kok e-kau tengok boto2.... ni gambar bukan main2.... real punya... latihan melotup..an meghiam .....banyak laiee.... gambar yang kita snap2..an... Nak poiee....sini pun kono mohon.... Kita mohon pun melalui kenkawan.... yang ado kojo askar.... dio lah yang baghi jalan kek kita.....macam mano nak apply sughat kek dio....

Maso dio oghang menembak tu.... cukup main sodap kita dongar ehhh..... dio punyo impak bunyi meghiam sampai kek muko.... kita punye lerrr syok eh....tal nak citer kat sini...... Ado meghiam kocik dan ado meghiam bosa... yang bosa tu kita kena sumbek telingo dongan earplug kok tidak kang...... binga jadi ehh.....

Kek dalam gambar tu dio punyo akibat eh... kita dah loteh ni..... nak rehat jap ....esok kita sambung laieee.... yo...

Library kat rumah kita ( Bahasa Melayu )