Friday, July 31, 2009

PONINg KE 53 ( Terhapuskah seni bina Melayu..........???? )

Sudah lagak lama juga blog ni tak dapat diupdatekan... kerja-kerja seharian membuatkan kita tak sempat melakukannya...... kepada pembaca yang setia maaf dipinta.... walaubagaimana pun blog ini akan tetap menerima berita... dan pendapat dari kita... yang hina ini...

Minggu ini kita berkesempatan melakukan lawatan ke salah sebuah tempat yang menarik untuk dikunjungi..... bayaran masuk rm 10.00 untuk seorang..... Jadi untuk nak lihat suasana keindahan alam Malaysia.... kita pun bayar lerrr.....

Mula mendaki perjalanan itu kita ketemui satu bulatan yang mempunyai 3 simpang..... ke kiri kita akan ke Japenese Tea garden kalau tak silap kita..... ke kanan ke Colmar resort.... situ lerr tempat tujuan kita.... Puas sungguh kita mengambil gambar..... kamera tak henti2... merakamkan gambar sekitar keindahan tempat tersebut..... sungguh indah..... kalau tuan puan ada masa boleh lerrr ke sana.... memang indah,, dengan udara yang cukup selesa.... untuk kita bernafas.......

Reka bentuk hotel dan bangunan di sini keseluruhannya berbentuk Eropah khususnya berbentuk perancis..... dengan hidangan pertamanya castle........ lanskapnya bagus....gitu....... Dalam syok chimping tu kita terfikirkan...... Orang putih dan orang jepun tu datang kemari untuk apa?....... kalau setakat rekabentuk bangunan tu sama saja dengan tempat mereka.... apa perlu mereka datang ke sini?..... tempat meraka lagi hebat....... Pesoalannya yang timbul dalam kepala kita ........ mana perginya seni bena Melayu..... poning juga fikirkan....... apakah tidak ada standard ke rekabentuk bangunan Melayu....... yang kita boleh banggakan....... apakah kita masih mengagungkan rekabentuk budaya orang lain dari budaya kita sendiri????...........

Melayang fikirkan kita ke alam sekeliling kita di kampung-kampung....... kita lihat sekarang rumah-rumah di kampung sekarang ini sedikit demi sedikit lenyapnya seni bina Alam Melayu.... rumah2 kampung yang lama diganti dengan rumah batu..... ala barat...... rekabentuk moden..... Kalau ada rumah senibina lama pun..... kita lihat ....... kebanyakkan rumah itu tinggal kosong...... anak2 yang berpendidikan tinggi tidak mahu lagi tinggal di rumah kampung yang bersenibina lama ...... berbentuk tradisi....... mungkin tidak ada kelas...... mungkin tidak sama taraf dengan skrol yang diperolehi dari luar negara...... atau dalam negara..... masing2 berlumba-lumba membina rumah moden yang mempunayi ciri-ciri terkini........

Apa........ mungkinkah akan terhapusnya....... seni bina Melayu kita???.... Kemana letaknya Seni Bina Melayu....... ?...... Apa kesudahan RekaBentuk Melayu??? ........ Kita sedih melihat ........ bangsa kita sendiri yang menyisihkannya senibina Melayu itu sendirinya....... pada pendapat kita.... Terhapusnya Seni Bina Melayu akan mengubah hala tuju budaya melayu.... akan terhapusnya sedikit demi sedikit identiti budaya melayu itu....... Eleman inilah sebagai satu cara yang boleh merosakan sistem budaya melayu....... Generasi kini dan akan datang akan tidak kenal bangsa mereka sendiri dalam erti kata yang sebenarnya......

Kita nak bawa tuan puan berfikir sejenak..... betul atau salah...... kalau salah kita minta maaf bebanyak....... kita pun tekena juga..... dah beli rumah teres............. Rumah2 sekarang ni....... berkongsi dengan tandas..... tandas di bilik utama..... tandas di dapur...... adakalanya tandas dihadapan rumah....... semuanya ada tandas di rumah..... ini bermakna kita hidup dalam satu rumah dengan tandas..... tempat itu walau cantik macamana sekalipun..... ianya tempat pembuangan najis..... hawa najis itu tetap berkongsi dengan hawa rumah....... wah....cukup setakat ini..... kalu ditaipkan dengan lebih panjang lebar....... kelat nanti kita kena hentam...... dari pembaca semua....... tapi tak apa lerrr kalau mereka menghentampun itu satu respond yang cukup baik........ so lu fikir lerrr sendiri benar atau salah....ws.........

1 comment:

  1. betul tu sifu. sebab tu bila balik kampung je, rasa aman dan selesa. udara dalam rumah pun bersih je. kepala pun tak berat. sebabnye... tandas kat umah kampung tu kat luar. arkitek rumah sekarang kena pikir balik la bila nak design rumah kan.....?? hehehe.....

    ReplyDelete

Library kat rumah kita ( Bahasa Melayu )