Sunday, July 26, 2009

PONING KE 52 ( Keliru.....lagi mengelirukan.....salah siapa???)

Waktu sebegini dalam era globalisasi menjadi medan lambakkan media yang perlu ditapis atau perlu ada sifat bijaksana untuk menilai dan memahami setiap yang dibaca. Media elektronik yang mudah didapati.... di seluruh pelusuk dunia sememangnya menjadi ancaman kepada dunia politik. Tetapi yang paling besar impaknya adalah kepada generasi muda yang dilahirkan dalam dunia sebegini........

Penyerapan berita samada betul, pembohongan atau khayalan yang meresapi pemikiran generasi muda menambahkan lagi dukacita hati ibubapa yang sedar akan kecelakaan yang akan dihadapinya. Dunia sekarang sudah jauh menyimpang dari landasan yang sebenarnya. Landasan yang telah dibentuk elok oleh orang-orang yang mahir dahulu kala.

Ibubapa yang sibuk dengan dunia kebendaan mencari harta sebanyak mungkin untuk terus hidup bersama-sama orang lain yang kejar mengejar, saing bersaing untuk keselesaan hidup. Kelekaan yang sebeginilah yang diragut oleh orang yang hendak melemahkan akidah umat Malaysia yang bernama melayu. http://tunjanglangit.blogspot.com/2009/07/bersama-sama-mempertahankan-islam.html Apabila kita terbaca berita sebegini..... hati mula gementar memikirkan poning-poning otak ini menyelami dunia orang muda kini..........

Membaca artikal tersebut dapat kita gambarkan betapa lemahnya umat melayu dalam mendukung amanat yang telah dianuti sekian lama....... persoalannya..... adakah kita ini mengikut anutan melalui ibubapa yang melahirkan kita? lahir saja kedunia sudah mengamalkan unutan ibubapa kita!!! adakah ini mencukupi........ Sedangkan ianya adalah suatu ilmu yang perlu dipelajari...... lunas-lunas yang tegas telah ditentukan dalam mempelajarinya...... susahkah kita untuk mempelajari ilmu Allah itu? sama-sama kita cari jawabannya.....

Amati ungkapan ini...... rugi Pak Pandir kehulu melepas, kehilir melepas,,,,,,,Menang sorak kampung tergadai....... ayam lepas tangan bau tahi...... biarlah siluncai terjun dengan labunya.... citer2 ini terbayang di ruangan mata ketika ini....... apakah akan jadi kepada kita bila Gajah sama Gajah bergaduh..... kancil tersepit di tengahnya..... kok setakat tersepit masih bernafas.....apa macam kalau putus nyawa...... tinggallah anak2 yang jiwanya kosong....... tiada nur di hati mereka........ tiada roh di hati mereka...... iaitu nur dan roh ISLAM itu........ Siapa perlu mendidiknya sedari kecil?

Asyik kita tuduh menuduh antara satu sama yang lain....... maka kita lupa akan pekong didalam baju sendiri bertambah besar dan parah.......... ialah didalam baju siapa yang nampak..... orang lain tak nampak..... yang nampak adalah pakar-pakar yang ahli dalam bidang tersebut..... justeru itu para mubaligh kristian yang nampak kelemahan umat melayu sebegitu teruk.... maka mudahlah mereka meresapi kemana-mana lokasi yang mereka inginkan........ Jangan jaga tepi kain orang........ apakah ungkap ini menjadi pegangan kuat manusia zaman sekarang....... Apakah sudah ditilik betul-betul ungkapan itu dengan jelas......... tepi kain yang mana perlu dijaga dan tepi kain mana yang tidak boleh dijaga....... Tak..kan musibat berlaku di rumah sebelah kita tidak hiraukan........ sedangkan pertolongan jiran sangat diharapkan ketika itu.......... Apakah ungkapan inin sudah ketinggalan di zaman moden ini...... Beranak seorang menjaganya sekampung...... apakah sudah basi dan sudah lapuk ungkap ini yang ditinggalkan oleh nenek moyang kita.....?

Didikan agama 120 minit sahaja di sekolah .... itu dulu..... yang mana generasinya sudah berada di IPTA atau IPTS..... malah generasi itu sudah keluar bergaul dalam masyarakat....... apakah impaknya............ apakah aibnya berita student melaku perkara yang tak senonoh di tangga menara telekomunikasi suatu ketika dahulu hangat di siarkan oleh media..... bertudung...... untuk berselindung...... inilah generasi yang akan melahirkan zuriat...... zuriat yang macam mana mereka nak lahirkan........... sedangkan ibu ketam jalan senget mengajar anaknya berjalan dengan betul....... dapatkah kebenaran itu ditegahkan...?......

Kelas-kelas KAFA yang terlaksana sekarang ini...... sememangnya cukup bagus...... tetapi adakah ianya sudah mampu menangkis cubaan-cubaan memesongkan mereka?....... semuanya perlu difikir2kan seponing-poningnya.......... Adakah setakat di sekolah rendah sahaja? bagaimana mereka di sekolah menengah kelak...... bagaimana mereka berada di pusat pengajian tinggi kelak....... adakah pengajaran ugama itu cukup setakat di sekolah rendah?.........

Sesuatu itu bermula dari rumah...... fikir-fikirkanlah bagaimana mengeluarkan isi rumah yang terbaik untuk ugama dan bangsa......ws.......

No comments:

Post a Comment

Library kat rumah kita ( Bahasa Melayu )