Sunday, November 16, 2014

Hampir Berakhir......

Februari ...... sudah lama ditinggalkan... begitulah perjalanan masa.... sangat pantas dan cepat meninggalkan kita dengan usia semakin bertambah..... membawa maksud bahawa kita akan bertambah usia....... Sudah tentu..... yang pasti ianya tak payahlah kita nak fikir2kan sebabnya ia pasti datang tanpa diundang .... tanpa dijemput.......... pastinya datang setiap minit dan saat......

Sebulan setengah lagi akan berakhirnya tahun 2014..... hemmmmm......... tentunya banyak perkara yang disorot kembali bagi mengukur pekerjaan yang telah dibuat....... pekerjaan sendiri mahupun tugas yg diamanahkan sebagai penjawat awam........ sudah pasti SKT untuk akhir tahun telah diisi.... kalau tidak bos masam muka..... Ianya KPI boss......

Kesibukan kerja tidak menghalang kami menguruskan keluarga. Seorang anakbuah telah selamat diijabkabul..... awal novembar .....kini bergelar suami....... dan adik perempuan kita telah berbesan.... alahai..... rasa tua pulak........

Seminggu selepas itu seorang lagi anakbuah yang mengikat tali pertunangan ..... dengan tak sabar menetapkan tarikh perkahwinannya pada bulan mei 2015...... 6 bulan sahaja di alam pertunangan....
Selaku Pak Saudara yang tertua...... kita kena lah jadi buapak...... menguruskan pertunangan mereka.... ketua angkatan pertunangan..... Juru cakap........ Pantun!!!! heeee....... dua kerat sahaja cukup lah.....

Friday, August 15, 2014

PANDANGANKU - surau 01

Asm....
Salam bahagia kepada semua pengunjung yang dihormati,  telah lama tidak membuat entri dalam post di laman ini. Ianya tidak bererti saya telah melupakannya cuma kesibukan kerja membuatkan saya terleka terhadap blog ini.

Ada ruang untuk entri kali ini setelah menjalani ibadah puasa yang lepas. PANDANGANKU sepanjang bulan barakah mendapati peluang terbentang luas mendapatkan balasan baik sepanjang ramadhan.... puasa, tarawih tadarrus dan sebagainya, kita sajalah mahu dan tidak memperolehinya. Sepanjang berjemaah samada di surau atau masjid,,,, satu kecacatan pada PANDANGANKU..... iaitu kanak-kanak yang belum baligh berada bersama bapa mereka di saf-saf hadapan..... PERSOALANNYA adakah diketahui atau tidak sang bapa itu tentang aturan berjemaah yang telah ditetapkan oleh agama kita atau saja menidakkannya kerana mahu mendidik sang anak.

Bergolak dalam pemikiran saya..... perlukan membawa anak berjemaah di saf-saf orang dewasa? Kalau dilihat perkara-perkara sekecil ini kita abaikan impaknya cukup besar apabila anak-anak mendewasa...
KERANA..... Sang bapa telah mendidik dan menanamkan sifat-sifat tidak menghormati orang dewasa kepada  anak2 mereka. Keduanya yang paling penting sang bapa telah menanam sifat tidak mematuhi peraturan....Ketiga sang bapa telah memutuskan barakah saf oleh sebab anak-anak yang tidak baligh dan anak telah bersunat namun tidak baligh bersama dalam saf bapa..

Adakah ini tujuan mendidik?
CUMA SATU PANDANGANKU..........

Friday, May 2, 2014

PONINg KE 144 ( Bersama anak-anak sekolah.........)

Asm........ dalam meniti usia emas.........den masih lagi memikul tanggungjawab sebagai penjawat awam.......... masih ada beberapa tahun lagi........ kini den mengubah angin dari pengurusan pejabat ke alam bersama anak-anak........ wah dah lama betul den tak bercampur...... dengan anak-anak......... terasa seronok dengan gelagat mereka......... disini terbentuk beberapa perasaan yang mematangkan kita kalau di perhatikan dengan teliti.......... pertama perasaan marah......... gelagat anak-anak dalam lingkungan umur 7 hingga 12 tahun ini......... kekadang membuatkan kita marah......tercabar dan marah....... tetapi marah itu kalau diteliti betul-betul.....ianya mendewasakan kita.......... Perasaan sayang......kasih.......... dan yang terbesarnya adalah perasaan seorang guru terhadap muridnya....... ingin melihat kejayaan cemerlang keatas anak didiknya......... Perasaan ini bukan semua orang ada....dalam jiwa mereka......... perasaan ini pun bukan buleh dibuat-buat........... ianya terlahir dari sifat seorang guru yang sejati........ Jaman dolu-dolu kektika aku masih bersekolah lagi....... semasa darjah satu....... Cikgu Siti Hawa........... ngajar darjah satu....... semua murid sayang kat dia......... walaupun sudah kedarjah 6........ tetapi swayang terhadap Cikgu Siti Hawa ni bukan kepalang........ Ingatan terhadap beliau masih kekal dalam kotak pikiran ini........ Al-Fatihah buat Cikgu Siti Hawa......yang kami kasihi.......

Sekarang ini......den berada di lingkungan dalam alam mendidik peringkat awal kanak-kanak......... moga tenaga yang ada ini dan skill yang masih diingati ini dapat membentuk murid yang berdisiplin tinggi.....dan berani berhujah....... Kenapa murid melayu kurang dengan ketrampilan yang baik dan berani berhujah.... mengeluarkan pendapat sendiri...... tidak takut menghamburkan idea.idea yang difikirkan betul......... Harapkan dapat membina generasi yang kreatif, kristis dan berinovatif............

Library kat rumah kita ( Bahasa Melayu )