Sunday, November 16, 2014

Hampir Berakhir......

Februari ...... sudah lama ditinggalkan... begitulah perjalanan masa.... sangat pantas dan cepat meninggalkan kita dengan usia semakin bertambah..... membawa maksud bahawa kita akan bertambah usia....... Sudah tentu..... yang pasti ianya tak payahlah kita nak fikir2kan sebabnya ia pasti datang tanpa diundang .... tanpa dijemput.......... pastinya datang setiap minit dan saat......

Sebulan setengah lagi akan berakhirnya tahun 2014..... hemmmmm......... tentunya banyak perkara yang disorot kembali bagi mengukur pekerjaan yang telah dibuat....... pekerjaan sendiri mahupun tugas yg diamanahkan sebagai penjawat awam........ sudah pasti SKT untuk akhir tahun telah diisi.... kalau tidak bos masam muka..... Ianya KPI boss......

Kesibukan kerja tidak menghalang kami menguruskan keluarga. Seorang anakbuah telah selamat diijabkabul..... awal novembar .....kini bergelar suami....... dan adik perempuan kita telah berbesan.... alahai..... rasa tua pulak........

Seminggu selepas itu seorang lagi anakbuah yang mengikat tali pertunangan ..... dengan tak sabar menetapkan tarikh perkahwinannya pada bulan mei 2015...... 6 bulan sahaja di alam pertunangan....
Selaku Pak Saudara yang tertua...... kita kena lah jadi buapak...... menguruskan pertunangan mereka.... ketua angkatan pertunangan..... Juru cakap........ Pantun!!!! heeee....... dua kerat sahaja cukup lah.....

No comments:

Post a Comment

Library kat rumah kita ( Bahasa Melayu )