Friday, August 15, 2014

PANDANGANKU - surau 01

Asm....
Salam bahagia kepada semua pengunjung yang dihormati,  telah lama tidak membuat entri dalam post di laman ini. Ianya tidak bererti saya telah melupakannya cuma kesibukan kerja membuatkan saya terleka terhadap blog ini.

Ada ruang untuk entri kali ini setelah menjalani ibadah puasa yang lepas. PANDANGANKU sepanjang bulan barakah mendapati peluang terbentang luas mendapatkan balasan baik sepanjang ramadhan.... puasa, tarawih tadarrus dan sebagainya, kita sajalah mahu dan tidak memperolehinya. Sepanjang berjemaah samada di surau atau masjid,,,, satu kecacatan pada PANDANGANKU..... iaitu kanak-kanak yang belum baligh berada bersama bapa mereka di saf-saf hadapan..... PERSOALANNYA adakah diketahui atau tidak sang bapa itu tentang aturan berjemaah yang telah ditetapkan oleh agama kita atau saja menidakkannya kerana mahu mendidik sang anak.

Bergolak dalam pemikiran saya..... perlukan membawa anak berjemaah di saf-saf orang dewasa? Kalau dilihat perkara-perkara sekecil ini kita abaikan impaknya cukup besar apabila anak-anak mendewasa...
KERANA..... Sang bapa telah mendidik dan menanamkan sifat-sifat tidak menghormati orang dewasa kepada  anak2 mereka. Keduanya yang paling penting sang bapa telah menanam sifat tidak mematuhi peraturan....Ketiga sang bapa telah memutuskan barakah saf oleh sebab anak-anak yang tidak baligh dan anak telah bersunat namun tidak baligh bersama dalam saf bapa..

Adakah ini tujuan mendidik?
CUMA SATU PANDANGANKU..........

No comments:

Post a Comment

Library kat rumah kita ( Bahasa Melayu )