Monday, January 30, 2012

PONINg KE 137 (Melepaskan Rindu..............

Asm
Tahun Baru Cina telah berlepas..........Kebetulan pula famili kita dan ipar kita telah merancang bercuti di Cameron Highland........ 22 hingga 23 Jan. Mulanya kita menolak untuk bersama mereka namun keluarga kita turut bersama mereka..... mahu tak mahu kita pun ikut serta kerana memikirkan persahatan dan menjalinkan hubungan baik antara kedua pihak. Gembiranya keluarga kita dengan bersamanya.

Kotak fikiran kita bukan kat tempat sejuk ni........ pancing.....pancing...... berputar2 ligat dalam minda kita...... kerana minat telah kembali...... 18 tahun yang lalu kita tinggalkan minat ni..... atas sebab2 tertentu....... kini kembaliknya minat yang terpendam lama membuatkan kita ke Cameron Highland dengan kegelisahan..

Sepanjang berada di Tanah Tinggi....... tidak banyak tempat yang kita lawati....... pengunjung terlalu lama..... Dari Terla nak ke Kg. Taman Sedia kat Tanah Rata memakan masa lebih dari 2 jam perjalanan...... memenatkan kita...... Cuaca pula terlalu dingin.....

Rindu kita ke laut terubah jua apabila malam Sabtu ......sahabat kita menelefon...... mengajak kita ke laut pada hari Sabtu.... jam 8 pagi bersedia di jeti...... 4.30 pagi Sabtu sahabat sms kat kita........ memastikan kita datang ke tidak........ sudah pasti kita datang untuk mengubat rindu ............. Melepaskan Rindu kita.....  Jam lapan kita sudahpun berada di jeti....... kerana semangat membara....... Azli terkejut setelah kita menelefon dia mengatakan sudah berada di jeti....... wow!!! ghairah betul abang nak ke laut!. katanya... Sudah pasti kita ghairah ...nak ke laut...... terlalu lama kita tidak dibuai ombak...... ditiup bayu laut..... bisikan percikan air..... aduh..... itulah suasana yang kita cari.......kedamaian.....


Azli, Hafiz, Majid dan Ilham sahabat yang tinggal berhampiran jeti..... merupakan kenkawan baru kita.... mereka sepakat membeli bot, enjin sangkut dan gps....... Mereka semuanya dibawah satu bumbung besar dalam pekerjaan kami........ cuma berbeda bahagian sahaja...... namun hakikatnya kita serupa..... Bot di kemudikan oleh Sdr Hafiz.......... meluncur laju ke boya......Wah terhibur kita melihat ikan selar naik dengan menggunakan mata apolo...... lima mata.....lima ikan selar naik........ nak jadikan umpan hidup..... Gian kita terubat jua  dengan kelompok ikan berlegar2 di sekitar boya......

Kita di kejutkan bila mendapat gulongan ombak di dalam perut........ minda mula berpusing........ ai kenapa kita jadi begini..... sedangan 18 tahun yang lalu kita tak merasanya....... lagi jauh ketengah laut ...... dah hampir ke laluan kapal besar......... Akhirnya kita mengalah jua......... dapatlah kita mabok free...... mahun tak mahu kita keluarkan juga isi dalam perut kita....... Lepas tu kita lelapkan mata....... Apabila keadaan sudah reda ........ Kita dikejutkan oleh sentapan ikan besar..... Azli menggulung pancingnya.... dalam pada itu kita diberi peluang berjuang membawa ikan tu naik....... tak juga berambus pening laut kat kepala kita...... tergolek kembali.....

Lima kali sentapan ikan yang dikira besar....... kerana tali pancing putus.... dan yang paling hebat kali ini apabila Sdr Ilham berjuang selama hampir dua jam untuk menewaskan ikan didalam laut...... namun ghoman ikan pun tak nampak......... Haruan Tasikkah.......Parikah....atau apo2 lah.......

Tewas kita kali ni .......... dan set pancing yang tak kena dengan laut.... apa tak nya .... set yang ada cuma untuk kolam dan sungai saja.......... ni nak kelaut tentunya berlainan dengan yang di darat....... kena lah kita kumpulkan kembali koleksi set pancing laut yang baru....... tapi tak boleh sekali henjut..... pensan kita....... beransur2 untuk mendapatkannya...... Melepaskan Rindu ke laut akhirnya tercapai jua...... udah berbulan kita uja nak pergi.......... Thank You kat member2 Azli, Hafiz, Ilham dan Majid........ seronok bersama mereka...... Kita nak turun lagiiiiiiiiiiiii.............. sampai kita dapat menewaskan mabok lauttttttttttt,.........

ws................

Monday, January 16, 2012

PONINg KE 136 ( Comeh Bulan Safar niiii............

Asm.....
Cuti panjang hujung tahun lopeh....... langsung tak ngusik komputer...... tambahan laie papan kekunci ni..... ini bukan ado apo2..... cumo penyakit lamo dapek balik........ penyakit ni pun bukan penyakit yang mendatang..an akibat kek badan ni...... tu bukan ey........ siah Malaikat 44......... Ni hobi mancing melando jiwa kita kembali...... dah 18 yahun 2 bulan belalu...... langsung x nak pogang rod pancing...... tompi syok tu dapek balik ......ehemmmm artikal yang lopeh kita dah cite..an.....

Alhamdulillah keluarga kita buek maso ni berado lam keadaan sihat walafiat....... doa..an jauh daghi balo bencano....... Sebolum tu .....kita kak sini nak flash back apo yang dah dibuek..an.. Kenkadang kita ni dah mulo mengabaikan apo yang oghang tuo2 kito buek dulu....... ni bukan nak cakap pasal bende2 kurafat...... tompi ni cumo ikhtiar kita mohon pada Allah Taala supaya sepanjang tahun 2012 ni terpelihara keluarga kita dari ancaman bahayo bencano......... tu lah pasal ey.......kita paling nyampah oghang kito nyambut tahun baghu 1.1.2012 beghi..o2 kek pokan bosa2....... Kita nonton tv .....wah dapek liputan media laie...... ni apo ko bondo ey........ bukan ey budayo kita......  Kalu pasal AWAL MUHARRAM.... tahun baghu Islam..... media pun tak cover sehebat nyambut tahun baghu Masihi....... ni yang cukup konfius.......... kita ni mendukong syariat yang mano2 niiiiii......... pegangan ....kito.......... yang mano?

Dah ado dah....... ulamak, tok2 guru, ustaz2 dan oghang2 tuo kito dulu2......... apo yang dibuek ey...... bilo potang sebolum awal muharram........... DITUTUP ey akhir tahun tu dengan DOA......... Lopeh Maghrib DI BUKAK....AN dengan DOA AWAL TAHUN.......macam2 doa lah kito bacoan......... tuk sepanjang tahun mendatang ni........... jadi ey kito sentiasa mengingati dan men.siah..an pekagho2 bughuk yang nak timpo kito...... dah pun kito doa..an mohon di jauh..an..... ni kiblat.....an suko ghio....lobih2...... pokok dik kaulah.....

Awal tahun ni.....bigheh kita masuk IJN.....dah pun operate...... peh tu anak buah kita masuk KPJ....macam2 suspek penyakit......peh tu kenkawan kita masuk COLUMBIA...... pun dah duo kali.......donga...ey .... tempunghung lutut dah out......... Kenkawan juo dilando stroke....... bukeh meneger bank........ sekali laie....anak bigheh kita domam berpanjangan.......... bebaghu ni yang soghang laie jatuh katil duo tingkat..... dah braket leher...ey.... Paling baghu jighan kita aksiden maso nak poie Bagan Lalang......... haghi Sabtu yang baghu ni......... keto ey yang ghusak.......

Tah lah........ oghang baghat ni sebuleh2 ey nak ngusak..an akidah kito......... ni pun dah nular kek dalam negagho kita....... teghikut2...... kok x bondong daghi ghumah........ habih lah...... ......

Sogham sojuk...... nak nulih ni......dah lah tu.......
ws.

Monday, January 2, 2012

PONINg KE 135 ( Lost Budaya...............

Memulakan tahun baru Masihi baru semalam....tetapi memulakan tahun baru Hijrah telah pun berlalu beberapa bulan yang lepas........ Ruang lingkup yang cukup berbeza sangat ketara zaman kini...... malah berlalu tanpa disedari oleh pendukungnya sendiri.... Melihat muka utama akhbar..... cukup memilukan hati nurani ini...... enam bersaudara pulang ke dunia kekal denga tragis sekali...... Insiden berlaku ada sebab dan akibat..... tetapi pandangan berbeza telah diserapkan kejiwa remaja kita tanpa kawalan dari ibubapa.

Dari pandangan kita dunia telah dipesongkan tanpa kita sedari...... sedangkan kita dilingkungi oleh peradapan yang cukup sempurna..... kerana Telah Allah Taala Islam itu Agama. Tahun baru Masihi begitu hebat sambutannya...... Bunga api diletupkan hampir seluruh bandaraya utama dunia....... sedih sekali hati ini kerana bangsa kita membesarkan Masihi yang bukan menjadi pegangan kita....... sedangkan Awal Muharram hampir terlupus di hati ramaja kita .....dang menjadi kebimbingan yang kuat ianya akan lupus juga di hati ibubapa..... sedangkan itu tahu baru agama kita...... lihatlah kematian yang sia-sia.... sedah sekali kematian itu baru balik dari menyambut tahun baru Masihi..... apa niiiii.......... mana kedudukan pegangan kita Di negarakita perayaan keagamaan macam tak berseri dengan golongan remaja......malah sambutan diberikan dengan hebat sekali kalu perayaan itu berunsur hiburan yang sia-sia....... yang menumpukan kepada hawa nafsu sahaja......

Mauludirasul akan menjelang .... mari kita lihat sambutnya? bagaimana sambutan golongan remaja...... golong siswa-siswi..... golongan kanak-kanak...... percayalah cakap kita ni....... Golongan tua dan dewasa yang mengambil peranan..... hai entahlah........ sewajarnya bala melanda sesuatu negeri kerana perbuatan sendiri...... Mengagungkan kepercayaan selain agama sendiri......

Kita sorot sedikit perjalanan dalam rumah kita sendiri........ Pastikah kita ahli keluarga semua dah khatam Al-Quran........ Pastikah kita ahli keluarga semua menegakkan tiang Agama.....Solat...... Puasa bagaimana....... Pastikah kita dalam suasana rumah kita ..... kita hadiahkan dengan bacaan Al-Quran setiap hari walaupun cuma satu Ain...... tak mampu satu baris saja....... Sedangkan kalu kita menusuri laluan rumah teres kita lihat suasana hampir serupa saja sepanjang blok rumah tersebut...... walaupun dihuni oleh pelbagai bangsa dan anutan......... hai entah lah............cukup lah sampai kat sini.....kita coretkan kalu banyak sangat orang akan jadi menyampah nak baca....... cuma nak ajak pembaca memisahkan dan mengawal nafsu......... ini lah peperangan yang paling besar sekali...........ws....

Library kat rumah kita ( Bahasa Melayu )