Wednesday, June 21, 2017

Asm.....Semasa hayat masih berdenyut jantung di dada selagi itulah kita mengharungi kehidupan di dunia ini pada waktu siang dan malam. Sedar ataupun tidak, hitungan pahala dan dosa tetap berterusan. Erti penat atau lelah tiada istilah itu pada malaikat yang ditugaskan khas untuk kita. Istimewanya kedua-duanya kita bawa kemana sahaja kita pergi samada senang susah dia tetap setia bersama.....
                  Pernahkah kita fikirkan pada waktu selepas Maghrib apa-apa yang telah kita lakukan dari selepas subuh hingga ke waktu maghrib........ Berapa banyakkah kebaikan, kebajikan, amal soleh atau pertolongan dan bantuan telah kita taburkan sepanjang hari banyak melebihi dari kejahatan yang kita tidak sedar melakukannya ataupun sebaliknya........
                  Sepanjang bulan ramadhan ini.... banyak kita dengar kerja amal dilakukan adakalanya penerimanya mendapat bantuan yang berganda.....cukup mewah dengan badan-badan koperat turun padang membawa anak-anak yatim berbuka puasa dan keshopping mall.... mereka cukap happy... Bagi kita individu yang berkemampuan mahu juga membantu fakir miskin kenalah cari... mereka di pandalaman kampung..... kalau jumpa...... pastinya mereka ini ada......
                  Kutipan zakat kita dengar beroleh jutaan ringgit.....namun ada juga terselit berita derita kesempitan hidup masih kita terbaca di dada akhbar....

Friday, March 4, 2016

TAK TAHAN AKUU.......

Aduhaiiiiii sakitnya aku niiiiiiiii....... berdenyut-denyuttttt........ sakitnya..........

Asm..... Pagi ni aku hadiri satu mesyuarat seawal pagi... dan menjangkakan ianya akan melunaskan semua agenda berjalan lancar........... Satu yang istemewa tentang mesyuarat ni ialah..... ianya didahului dengan sama-sama membaca surah Al-Kahfi........ Berkebetulan hari ni hari Jumaat......... Barakah kerana utamakan Din Islam......

Minum pagi mee kari....... uiiiiiii sedapnya......namum aku terkena.......... sakitnya .............. over sangat perasanya........... Aku tidak pernah perasa berada d rumah...... isteri aku masak pun tiada serbuk perasa...... apalagi....... aku kena lelap sekejap dan membasahkan rambut nak legakan denyutan serbuk perasa......

Masa akan datang kenalah aku berhati-hati tentang makan terutama pembekal makan yang tidak aku ketahui.........

blurrrrrrrr lagi aku tentang mesyuarat kali ini..........

Wednesday, December 9, 2015

TAHNIAH PANTAI TIMUR....

Kesempatan aku dan keluarga berkunjung ke pantai timur cukup menyeronokan... pasal apa?....

Pertama.
Rancangan untuk berhari keluarga warga spa telah lama dirancangkan namun keberhasilannya tidak kesampaian. Namun usaha gigih penyelaras rancang ini Puan Zaharah dan mendapat sokongan kuat dari aku maka berhasil juga dilakukannya.... Aku uruskan tentang pengangkutan..... apa corak atau ragam yang dikehendaki semuanya aku bereskan.....impaknya semua peserta rombongan seramai 13 keluarga berpuas hati.....

Kedua.
Berkunjung kesana menguatkan lagi hati ini tentang jatidiri kita..... bagaimana bangsa kita berjuang dalam bidang ekonomi cukup hebat ... Kita lihat Pasar Besarnya di penuhi oleh .......... berniaga....... Pasar Khatijah.....Pasar Payang......

Ketiga.
Pegangan Islam......  Bagusnya negeri-negeri di sebelah sini dan juga diutara tanah air tak semua..... pondok-pondok pengajian begitu hebat dan bertahan hingga kehari ini...... hebat.... Islam yang 1436 tahun yang lalu masih utuh..........

Tuesday, September 15, 2015

MELAKARI KENANGAN SEMALAM

Asm....
Keinginan untuk bersama rakan-rakan sekerja tercapai jua akhirnya. Seramai 11 keluarga berjaya di bawa bersama untuk hari keluarga ke destinasi yang telah dirancangkan. Ahli 45 orang termasuk ibubapa berserta anak-anak di kumpulkan. Hasrat ini telah lama dicadangkan namun tidak kesampaian, tetapi keazaman tinggi urusetia berjaya direalisasikan.

Kami bergerak dari perkarangan pejabat pada jam 9.00 malam.... .....Dengan berkat doa dari rakan sepejabat Saudara Norhisham Hj Omar telah membacakan doa bagi perjalanan kali ni...... hee.he..he.. BM tu............ Tabik tuan dengan doa tersebut.......

Lokasi pertama persinggahan ialah di R&R Seremban..... jauhnya kira-kira 30 minit perjalanan melalui laburaya plus........ Kami memulakan musafir di surau tersebut..... oleh kerana maghrib dah dilunaskan di rumah maka qasarlah Isyak di sini.... niat musafir pun di qasadkan.......

Perjalanan malam memang menarik....... pendinginhawa bas pelancongan memang menakjubkan .... masing-masing memandam rasa saja....... stesyen petrol pertama berhenti ialah di Petronas berhampiran plaza tol Bentong. Hasrat pemandu ialah untuk membeli diesal tapi penghuni bas turun beramai-ramai kerana melunaskan hajat masing-masing....... Peserta yang paling menarik ialah peserta yang ahlinya ramai......4 orang peserta dan ditambah dengan dua orang ibubapa........ kesemuanya 6 orang.....wow...... hebat peserta ini...... melayan kerenah peserta paling kecil berumur kurang lebih 3tahun.......

Pandangan mata ini masih segar memandang ke arah hadapan jalan sebab saya duduk dibelakang pemandu....... jelas pandangan mata..... Kg Gua... penanda kampung tersinar kuat menusuk pandangan mata.... Gua Musang........ gua musang........ oh gua musang....... begitulah nama tempat yang kami singgah selepas Bentong.... jam 4 pagi kami sampai di perhentian r&r Gua Musang....... Mulanya tidak ada peserta yang nak turun sebab masing-masing sedang syok tidur.... saya ni tidak boleh bas berhenti ....saya mesti turun..... apalagi bila Segar berhentikan basnya saya terus turun...... kena nescafe..... aduissssss sedapnya nescafe pada waktu dini hari begini..... lepas tu mem saya dan anak-anak turun sama......

Kami bergerak kembali menuju Kota Baharu........ sesampai kami di Kuala Krai 10 minit sebelum Subuh........


Wednesday, September 9, 2015

ENAM BULAN BERLALU.....

Asm....
Rezki Allah Taala yang kurniakan kepada kita dengan RahmatNya. Ketentuan tersebut tekah tersurat untuk kita ketika kelahiran ke alam dunia ini. Doa dan berusahalah untuk memberi keluasannya dengan perubahan qada' dan qadar Allah Taala.

Aku dan isteri telah diberikan tawaran menunaikan umrah pada bulan Mac yang lepas dengan perbelanjaannya ditanggong oleh seseorang suami isteri. Alhamdulillah Kami berlepas ke tanah suci Makah dan Madinah dua keluarga suami isteri. Maha Suci Allah Taala menrezekikan aku berkunjung ke Baitullah dan Maqam Nabi S.A.W.

Kunjungan kali ketiga ini adalah kunjungan................... Allah.......... sedih sangat aku nak nyatakan kat sini......... Tak apalah biarkan ianya tersimpan di hati ini........

Aku bersyukur kerana hajat arwah anak bungsu aku tertunai sudah. Aku berhenti merokok pada hari ke empat di Madinah Al-Munawarah di mana baang terakhir aku sedut asapnya terdengar aku seolah-olah suara arwah menegur aku...."Asyik merokok aje. Bila nak berhenti." Sedutan terakhir aku hembuskan keudara dengan air mata bergenang di kelopak mata terbayang muka arwah.

Bermiqat umrah di Bel Ali maka disitu jugalah keinginan merokok aku kuburkan. Rasa ingin merokok aku padamkan dari kalbu ini. Alhamdulillah aku berjaya melaksanakannya. Tertunai jua hajat arwah selepas ketiadaan beliau.

Aku berperang dengan kesihatan sendiri. Di Makah, aku sering demam, sakit kepada dan lemah-lemah badan, namun melaksanakan umrah tetap aku kerjakan. Aku melayan gelagat anak buah suhaila namanya. Tawaf di bawah, lingkaran tengah dan atas semuanya aku bawa dia kerjakan.

Sepanjang berada di Makah, hati gembirasedih. Aku banyak makan-makanan arab dan icecream sudah semestinya aku beli apabila selesai mengerjakan umrah atau perjalanan balik dari solat di Baitullah.....

Kini aku tidak merokok.... aku bebas rokok..... aku bebas dari keinginan merokok.....namun.....berat badan aku bertambah...... ni semuanya kena kawalan........ Tak apa ...aku ada cara tersendiri mengawalkan keadaan tersebut.........bye...

Library kat rumah kita ( Bahasa Melayu )