Tuesday, January 29, 2019

PENGISIAN ......1.

Selama ada masa yang telah berlalu meninggalkan den, sedar tak sedar sudah lebih dua tahun berlalu....ini bermakna sudah selama itulah den bersara..... meninggalkan kerjaya seorang penjawat awam.....
          Semasa dalam perkhidmatan kalau nak dicoretkan kat sini terlalu panjangan......mungkin memualkan pembaca, secara ringkasnya kerjaya ahli teknologi paling lama...... Arena inilah yang melahirkan blog ini dan website dengan php ...... ketika itu mahir jugalah menguruskan sesawang milik majlis ### NS...... Akhirnya kemahiran itu sedikit demi sedikit pudar dan hampir hilang dari ingatan.....
         Selama bersara ini pergerakan mata tangan dan fikiran mula tak syncronise, kesepakatan otak......mata......tangan ....saraf.....otot-otot pantulan...... mula tak sekata..... Kesedaran ini membimbangkan den..... melalui usia 60.an.....Den kena aktif kembali......menaip ni pun dah banyak silap.....jari jemari pun tariannya tak mengikut irama...... kena betulkan..... Apakah hobi yang mengasahkan kembali psychomoto ( betul ke tidak ) agar saraf aktif dan tak tidur.......

            .................APAKAH HOBI YANG DI FIKIRKAN...........


No comments:

Post a Comment

Library kat rumah kita ( Bahasa Melayu )