Wednesday, November 30, 2011

PONINg KE 132 ( Pusaka Lama.............

Asm...
Hari ini berlaku perhimpunan UMNO di PWTC .......debaran menanti akan perubahan yang dibawa oleh kepimpinan Melayu sekarang ........ Arus 2020 dengan transformasi global kearah Negara Maju menjadi teras agendanya... Berpendapatan tinggi misi yang hendak dicapai....... Hasrat impian pemimpin yang berjiwa besar... cukup hebat... Kita kagum dengan cita-cita yang mahu dilahirkan oleh negara tercinta ini...... Syabas dan tahniah kepada semua kepimpinan Nasional.....

Catatan kali ini bukanlah tentang Perhimpunan UMNO ..... tetapi sekadar terjumpa sebuah buku lama yang tinggi nilai budayanya... Baikpulih dan tambahnilai sedang berjalan di tempat kerja kita... sebelum memulakan kerja-kerja tersebut .... memindahkan dan mengemaskan barang-barang perlu dan mesti dilakukan.... Sudah dua hari menjalankan kerja pemindahan dengan staf dua orang sahaja... kerja sudah hampir siap...

Apa yang menjadi kegimbiraan kita ialah ... terjumpanya kembali sebuah buku lama yang selama ini kita cari-cari kehilangannya.... aduhai..... gembiranya hati bukan kepalang.... barang yang hilang pulang kepangkuan... sekali pandang nilai sebuah buku ini sekadar barang buangan... ia udah lama... tidak diperlukan lagi dalam sistem pendidikan sekarang... sistem yang menjurus kearus permodenan.... teknologi dan berpendapatan tinggi... terkejar-kejar manusia kerdil ini mendayung bersama arus tersebut..... tapi bak kata perpatah Orang Lama..... janganlah sampai ' YANG DIKERJA TAK DAPAT, YANG DIKENDONG BERCICIRAN'.

Nilai dan harga sesebuah bangsa ialah terpaut kuat pada budayanya.... sistem adatnya.... sosiobudayanya  dan tradisinya...... Apakah pautan tersebut sudah mula goyah........ Membawa kenkawan yang gila photografi ke merata tempat...... sedih jelas terbayang dijiwa kita...... sedikit-demi sedikit terhakisnya tradisi rumah Melayu..... cuba kita lihat di kampung kita tempat dimana kita tinggal.... Rumah-rumah tradisi lama sudah ditinggalkan oleh generasi kemudian.... malah yang menyedihkan ..... rumah lama ini diganti dengan rumah moden... rumah batu..... yang tiada ciri-ciri kemelayuan...... Imej ini sekaligus menggambarkan persoalan.... ini kampung melayukah..... atau  dimana kampung melayu........ suatu hari nanti...... mungkin soalan ini akan keluar dari mulut kita......... Dapatkah kita bezakan nanti sekiranya....... dalam sesuatu komuniti itu semua berumah batu moden........ Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Murud dan yang lainnya memiliki rumah batu moden...... mana dzahirnya bangsa budaya sesuatu kaum itu.... Ini baru tentang rumah..... belum lagi yang lain...

Kehilangan sedikit demi sedikit rumah tradisonal Melayu jelas ketaranya........ fizikalnya luaran...... mari kita teliti pula di dalam rumah........ bukan nak tunjuk pandai kepada pembaca budiman...... ini sekadar berkongsi pengelaman dalam menegakkan budaya bangsa....... Waktu makan paling ketaranya kehilangan satu ciri kemelayuan....... cukup sedikit yang bersila... menghadap juadah hidangan.... rata-rata duduk di kerusi dan berdepan meja makan.... katanya selesa duduk makan begitu..... Kalaulah kedai makan duduk bersila...ha...ha...ha..... tak lama tutuplah kedai tu..... siapa yang nak bersila.... tambah2 lagi kalu pengunjungnya obes ..... Pada pendapat kita amalan makan bersila ini sudah diamalkan dari Zaman Rasul lagi .. yang hampir menyerupai bersila.... kenapa....? fikir2kanlah sendiri..........!!!!

Suatu hari nanti kita akan tercari-cari budaya yang hilang...... ini bukan apa2...... pasal sebuah buku yang kita jumpa kembali..... terbaca oleh kita pada muka surat 35.... maka kita kongsikan bersama pembaca;

Kayu meranti di tengah segara,
Sangkut di karang teritip merata;
Rindu di hati tidak terkira,
Terkenang orang jauh di mata.

Sayang Mak Inang asyik menampi,
Puteri membaca kitab ramalan;
Siang terkenang malam termimpi,
Wajahmu berkaca dalam khayalan.

Buah bidara darinya Sibu,
Mari dihidu puteri jelita;
Ombak gelora gelombang di kalbu,
Mengaram rindu dalam bercinta.

Petik kecapi di anjung istana,
Puteri Habsyah sedang beradu;
Ketika sepi mencengkan suasana,
Jiwaku gelisah diserang rindu.

Di puncak gunung Pulau Kencana,
Bersarang tupai dua sebaya;
Bulanku renung wajahmu di sana,
Hajat nak capai tiada upaya.

Tangkul dijemur pukat disirat,
Tali jala hendak diramu;
Dikau di Timur hamba di darat,
Hingga bila kita ketemu.

Buluh perindu dari kayangan,
Warna kelabu arahnya hulu;
Bila dah rindu melanda kenangan,
Merintihlah kalbu diserap pilu.

Rama-rama terbang ke kota,
Hinggap berteduh di pohon campa;
Sewaktu bersama kita bercinta,
Pabila jauh duka nestapa.

Di Tanjung Pinang turunkan sauh,
Singgah di kota Raja Bedurai;
Bila terkenang orang nan jauh,
Air mata gugur berderai.

Penglipur lara memakai perada,
Serak basah suaranya merdu;
Tiada bicara tiada senda,
Kita berpisah menanggung rindu.

Anak memerang nampak terbayang,
Di dalam kelam mencari mangsa;
Tersua orang persismu sayang,
Hati di dalam berdetik terasa.

Indah suasana ketika senja,
Berwarna-warni di mega putih;
Dikau di sana bermuram durja,
Hamba di sini sedih merintih.

Ke Pulau Tuba membawa kapak,
Mencari pegaga ketika rembang;
Andainya hamba ada berkepak,
Sekarang juga ingin nak terbang.

Pergi ke huma membawa raga,
Mencari temu di pinggir tubir;
Ketika pernama bertabir mega,
Bagai senyummu di bali tabir.

Puteri nan ayu asyik ketawa,
Putera mahkota di atas tahta;
Rindu oh rindu sama di bawa,
Cinta di cinta sama dicipta.

Nasib yang sama juga terjadi pada pantun melayu..... jarang-jarang orang membaca pantun..... sedangkan pantun nilainya tinggi....kehalusan bahasa dan maksud tersirat kadang sukar difahami generasi sekarang....

fikir-fikirlah untuk mempertahankan budaya indah kita semua.....
Ws..........

No comments:

Post a Comment

Library kat rumah kita ( Bahasa Melayu )