Saturday, April 11, 2009

PONING PERTAMA

Hampir setengah bulan sudah berlalu, tanggal 25 Mac 2009 menjadi ingatan saya cukup mencabar. Hari tersebut telah kami dedahkan kepada semua Guru Perpustakaan dan Media, sebutan ringkasnya (GPM). Perkara-perkara yang didedahkan adalah menjadi tugasan semuanya sepanjang tahun iaitu pengelolaan Pusat Sumber Sekolah, Program NILAM, TEKNOPEN dan sebelah petangnya pembinaan blogPSS.
Blog PSS satu tajuk baru yang kami semua di PKG wujudkan untuk menyemarakkan penggunaan ict di kalangan GPM dahulu. Setelah GPM mahir menggunakan kemudahan ICT di sekolah, hal ini akan disebarluaskan kepada guru-guru yang lain. Pengetahuan untuk meneroka dunia luas tanpa sempadan ini dipandang akan mejana idea kreatif guru-guru dalam meyampaikan pengajaran dan pembelajaran. Sumber-sumber pengetahuan sesuatu topik dapat dipelbagaikan. Kongkongan buku teks akan terlerai dengan memasukan pelbagai media pengajaran. Anak didik kita akan bertambah minat dan aktif dengan sumber pelbagai media ini.
Murid-murid dari kalangan penduduk di luar bandar tidak ramai berpeluang menggunakan komputer. Berapa ramaikah ibu-bapa yang membeli komputer atau berapa ramaikah penduduka luar bandar yang mempunyai komputer di rumah mereka? Berapa ramaikah ibubapa yang melanggani akses internet di rumah mereka? Saya percaya ibubapa dari golongan yang berada atau sosioekonomi yang mantap mungkin ada perkara tersebut tetapi penduduka luar bandar terdiri dari golongan yang berpendapatan rendah, mampukah mereka ini menyediakan kemudahan seperti itu?
Keutamaan yang dipandangan pada masakini adalah tertumpu banyaknya kearah hiburan. Kenapa begitu?...saya terkenang kata-kata ketua saya dahulu bahawa satu-satu perkara itu diulang-ulang sebanyak lebih dari 200 kali ianya akan melekat dalam sanubari. Media hiburan menjadi satu perkara mesti di rumah; televesyen, dvd player, set kareoke dan yang lainnya menjadi idaman. Media ini diletakkan diatas keutamaan.
Sesetengah rancangan hiburan bermula seawal pagi hingga tengah malam dan ada siaran yang berterusan mengikut putaran jam, tidak cukup satu saluran ditambah hingga 6....tak cukup juga dengan siaran yang percuma ditambah dengan hiburan berbayar...ceritanya banyak boleh dibuat pilihan....kalau dibanci dari rumah kecil hingga ke rumah banglo dapat kita lihat kuali-kuali kecil tersangkut di atas bumbung rumah..hai apalah nak jadi niii.....

Kembali kita kepada persoalan pertama iaitu GPM yang telah mengikuti latihan pembinaan blog....Sekurang-kurangnya mereka perlu ada jiwa meneroka...jiwa yang bersifat beginilah yang membawa anjakkan kepada kita...Jiwa menerokalah yang membawa Daeing Kemboja dan saudaranya ke alam Melayu.....Jiwa meneroka yang kuat dengan keinginan itulah yang membawa Lopez de Square bangsa portugis ke dunia Melaka....Atas sifat cemburu kemajuan dan keinginan memiliki mereka berjaya mengkaji kelemahan dan kealpaan sifat kita....jadi apa nak dikatakan......

Tiap-tiap malam masuk ke blog pss yang terbina memantau perkembangan blog mana yang aktif.Tak banyak yang menggunakan peluang ini. Kami merangka satu lagi bengkel penuh untuk blog ini sedang difikir-fikirkan tarikhnya dan menimbang-nimbang siapakah yang hendak dipanggil sebagai peserta.... Runding telah dibuat bersama pihak tenaga pengajar. Beliau bersetuju untuk mengadakan bengkel tersebut pada bulan Mei ini....
....sambung.....

No comments:

Post a Comment

Library kat rumah kita ( Bahasa Melayu )