Thursday, April 16, 2009

PONING KEDUA (Mesyuarat JK TEKNOPEN 3/2009)

PKG Mantin
15 April 2009

Jawatankuasa Majlispkgns telah mengadakan mesyuarat khas khusus membincangkan agenda TEKNOPEN 2009 yang akan dijangkakan berlangsung pada bulan Ogos sebelum bulan Ramadhan.

Pengisian mesyuarat amat penting dalam menentukan standard kualiti bahan pertanding. Acara-acara yang difikirkan untuk dipertandingkan adalah temasuk WEB BLOG PSS seluruh Negeri Sembilan. Selain itu kesimbungan acara seperti Bahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan PowerPoint akan tetap diadakan. WEB Blog yang baru ini diwujudkan untuk menggalakan penggunaan kemahiran ICT warga sekolah.

Peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membincangkan dan memurnikan skima markah, syarat pertandingan dan cara penghakiman.

No comments:

Post a Comment

Library kat rumah kita ( Bahasa Melayu )