Tuesday, September 15, 2015

MELAKARI KENANGAN SEMALAM

Asm....
Keinginan untuk bersama rakan-rakan sekerja tercapai jua akhirnya. Seramai 11 keluarga berjaya di bawa bersama untuk hari keluarga ke destinasi yang telah dirancangkan. Ahli 45 orang termasuk ibubapa berserta anak-anak di kumpulkan. Hasrat ini telah lama dicadangkan namun tidak kesampaian, tetapi keazaman tinggi urusetia berjaya direalisasikan.

Kami bergerak dari perkarangan pejabat pada jam 9.00 malam.... .....Dengan berkat doa dari rakan sepejabat Saudara Norhisham Hj Omar telah membacakan doa bagi perjalanan kali ni...... hee.he..he.. BM tu............ Tabik tuan dengan doa tersebut.......

Lokasi pertama persinggahan ialah di R&R Seremban..... jauhnya kira-kira 30 minit perjalanan melalui laburaya plus........ Kami memulakan musafir di surau tersebut..... oleh kerana maghrib dah dilunaskan di rumah maka qasarlah Isyak di sini.... niat musafir pun di qasadkan.......

Perjalanan malam memang menarik....... pendinginhawa bas pelancongan memang menakjubkan .... masing-masing memandam rasa saja....... stesyen petrol pertama berhenti ialah di Petronas berhampiran plaza tol Bentong. Hasrat pemandu ialah untuk membeli diesal tapi penghuni bas turun beramai-ramai kerana melunaskan hajat masing-masing....... Peserta yang paling menarik ialah peserta yang ahlinya ramai......4 orang peserta dan ditambah dengan dua orang ibubapa........ kesemuanya 6 orang.....wow...... hebat peserta ini...... melayan kerenah peserta paling kecil berumur kurang lebih 3tahun.......

Pandangan mata ini masih segar memandang ke arah hadapan jalan sebab saya duduk dibelakang pemandu....... jelas pandangan mata..... Kg Gua... penanda kampung tersinar kuat menusuk pandangan mata.... Gua Musang........ gua musang........ oh gua musang....... begitulah nama tempat yang kami singgah selepas Bentong.... jam 4 pagi kami sampai di perhentian r&r Gua Musang....... Mulanya tidak ada peserta yang nak turun sebab masing-masing sedang syok tidur.... saya ni tidak boleh bas berhenti ....saya mesti turun..... apalagi bila Segar berhentikan basnya saya terus turun...... kena nescafe..... aduissssss sedapnya nescafe pada waktu dini hari begini..... lepas tu mem saya dan anak-anak turun sama......

Kami bergerak kembali menuju Kota Baharu........ sesampai kami di Kuala Krai 10 minit sebelum Subuh........


No comments:

Post a Comment

Library kat rumah kita ( Bahasa Melayu )