Wednesday, September 9, 2015

ENAM BULAN BERLALU.....

Asm....
Rezki Allah Taala yang kurniakan kepada kita dengan RahmatNya. Ketentuan tersebut tekah tersurat untuk kita ketika kelahiran ke alam dunia ini. Doa dan berusahalah untuk memberi keluasannya dengan perubahan qada' dan qadar Allah Taala.

Aku dan isteri telah diberikan tawaran menunaikan umrah pada bulan Mac yang lepas dengan perbelanjaannya ditanggong oleh seseorang suami isteri. Alhamdulillah Kami berlepas ke tanah suci Makah dan Madinah dua keluarga suami isteri. Maha Suci Allah Taala menrezekikan aku berkunjung ke Baitullah dan Maqam Nabi S.A.W.

Kunjungan kali ketiga ini adalah kunjungan................... Allah.......... sedih sangat aku nak nyatakan kat sini......... Tak apalah biarkan ianya tersimpan di hati ini........

Aku bersyukur kerana hajat arwah anak bungsu aku tertunai sudah. Aku berhenti merokok pada hari ke empat di Madinah Al-Munawarah di mana baang terakhir aku sedut asapnya terdengar aku seolah-olah suara arwah menegur aku...."Asyik merokok aje. Bila nak berhenti." Sedutan terakhir aku hembuskan keudara dengan air mata bergenang di kelopak mata terbayang muka arwah.

Bermiqat umrah di Bel Ali maka disitu jugalah keinginan merokok aku kuburkan. Rasa ingin merokok aku padamkan dari kalbu ini. Alhamdulillah aku berjaya melaksanakannya. Tertunai jua hajat arwah selepas ketiadaan beliau.

Aku berperang dengan kesihatan sendiri. Di Makah, aku sering demam, sakit kepada dan lemah-lemah badan, namun melaksanakan umrah tetap aku kerjakan. Aku melayan gelagat anak buah suhaila namanya. Tawaf di bawah, lingkaran tengah dan atas semuanya aku bawa dia kerjakan.

Sepanjang berada di Makah, hati gembirasedih. Aku banyak makan-makanan arab dan icecream sudah semestinya aku beli apabila selesai mengerjakan umrah atau perjalanan balik dari solat di Baitullah.....

Kini aku tidak merokok.... aku bebas rokok..... aku bebas dari keinginan merokok.....namun.....berat badan aku bertambah...... ni semuanya kena kawalan........ Tak apa ...aku ada cara tersendiri mengawalkan keadaan tersebut.........bye...

No comments:

Post a Comment

Library kat rumah kita ( Bahasa Melayu )