Friday, January 1, 2010

PONINg KE 95 ( 3 dalam Satu.........melepaskan segala hajat......)

1 Januari 2010
Salam kepada semua pengikut blog ini...... Bagi kita tahun baru dah hampir dua minggu berlalu.... sbb kita merayaka tahun baru maal hijrah..... kerana itu tanggungan kita bukannya tahun masihi...

Tiga hari sebelum datangnya tahun masihi...... kita mendapat rancangan yang agak tergempar..... pada mulanya cuma setakat angan2 saja dan cuba usha kenkawan chimping....... sekali perkara ini menjadi begitu kuat keinginan nak ke Pulau Besar di Melaka...... apa tidaknya .....sbb kita orang Melaka pun tak pernah sampai ke Pulau Besar ini...... peluang begini kita sahut......

Seawal pukul 8.00 pagi lagi kita tunggu member kat tol Alor Gajah... tunggu punya tunggu sampaikan kita tinggalkan hajat besar kat situ......

Ke Pulau Besar .......Pulau yang banyak menyimpan seribu satu citer menjadi idaman kita...... Di situ terletaknya Makam Sultanul Ariffin ...... dan makam2 yang banyak di sana...... Kita cukup kagum dengan pulau ini...... Kalau tak silap kita lerrr........ Syeikh Ismail ini salah satu tugasnya memerangi lanun yang bermaharaja lela di perairan melaka. justeru itu kesultanan Pasai meminta beliau menghapuskan lanun2 yang ada ........ jadi kedudukan pulau ini memang strategi.... untuk tugas tersebut........ Sememangnya banyak kuburan yang ada .......seperti makan 7 beradik........ dan lagi .....dan lagi......

Kesedihan terungkap diwajah kita apabila melihatkan kebanyakan makam yang tidak terkawal menjadi tempat pemujaan oleh sesetengah kaum....... colok dan setanggi banyak tercacak di tepi kuburan...... kok di lihat sari warna kulit......... bukan sama warna dengan kita..... tak pun cerah.....

Sehingga post ini kita tulis sbb mengambil entri pada awal tahun masihi........ supaya ia menjadi satu motivasi bagi kita untuk terus aktif menulis dalam blog ini........... Kebetulan pula malam ini dikatakan akan berlaku gerhana bulan...... sampai setakat masa kita menaip ni ....gerhana masih belum terjadi...... tah bila222.......

No comments:

Post a Comment

Library kat rumah kita ( Bahasa Melayu )