Friday, September 25, 2009

PONINg KE 66 ( Panggilan Yang Tidak Diduga...........)

Alhamdulillah....... segala puji bagi Allah Taala....
Sudah dua minggu kita tak dapat nak updatekan blog ini...... Kerana menjadi tetamu Allah di Madinah dan Makkah......... Selama dua minggu kita berada disana..... Almaklumlah Umrah akhir Ramadhan....... Sememangnya cukup menakjubkan.....

Ketika waktu pagi manusia tidur....... suasana lengang........ beginilah payung besar ini akan terbuka dan tutup mengikut keadaan semasa.....

Kejutan untuk menunai umrah ramadhan ini datangnya secara tetiba aje........ tiga minggu sebelum bertolak pada 6 september........ bayangkan bagaimana hendak dikatakan..... Rezki yang Allah berikan kepada kita tiada siapa yang mengetahuinya....... dan tiada siapa yang beloh menahannya......... Maha Suci Allah yang melimpahkan Rezki kepada hambanya........ Ucapan itulah yang dapat diucapkan......

Segala persiapan perlu diselesaikan dalam tempoh tiga minggu itu lah........ Dalam kumpulan yang nak pegi niiii ada 6 orang semuanya........ yang empat orang tu........ kali pertama....... yang dua orang tu......dah pernah pegi....... tahu lerr selok-belok kat sana tu........... nak kata mahir tidak lerrr nak kata tak tahu x lak bulehhhh....... tapi boleh tahan lerrrr tahunya........

Kekok juga lerrr nak mengarang balik ........ dah tiga minggu ninggalkan blog ni........ jem juga idea nak cakapkan....... dalam otak ni memacam nak taip........ tapi x leh...... gairah sangat...... kena ler bersabar........ rasa2 cukup dulu lerrr buat pembuka tirai lepah umrah + raya ni............ sbb x dapat sembahyang raya...... masa tu ada dalam pesawat..........

Nah beri sedikit gambaran manusia kat Makkah semasa 10 hari terakhir ramadhan........ lihat lah gambar ini........ dan buat tafsiran sendiri......

Dataran Hilton......pun penuh dengan jemaah apatah lagi di jalan diantara bangunan tersebut

Manusia tawaf pada waktu malam

Ws......ops.......PONINg 65 tu masa umrah pada tahun 2007 bulan mei..............jangan marah ha.....

No comments:

Post a Comment

Library kat rumah kita ( Bahasa Melayu )