Thursday, March 8, 2012

PONINg KE 138 (Riadah..... yg baik.....

Asm..... Tidak banyak perkara yang hendak diperkatakan......masa kini. Suasana sekeliling masih lagi tidak menentu. Iklim politik pun begitu juga.....Kelancaran SBPA pun jua tersekat2...... mungkin kerana hasrat dan realiti tidak seiring. Mungkin!.

Putaran masa begitu pantas ..... semacam mahu melarikan diri dari Ketentuan. Menoleh kembali perjalanan kerjaya kita........ sungguh menyeronokan..... maka sampai masa penghujung perjalanan....... Begitu nikmatnya rasanya alam bersara..... semacam mahu dicapai segera...... Tetapi sedih melanda ..... kerana rakan-rakan yang bersara tidak dapat menikmati hari-hari persaraan yang menggembirakan..... sedih di hati ini kerana melihat rakan yang bersara menempuh suatu rutin yang baru....... rutin IJN..... atau ke pusat=pusat perubatan...... di sinilah rasa sayu hati...... nikmat bersara dimana letaknya......... nikmat bertugas dimana wilayahnya....... Sedang masa bertugas.   tekan..... bebanan... begitu hebat untuk mencapai hasrat dan kehendak......... Umpama Lilin membakar diri...... menerangi ruang dengan cahaya namun dirinya bergelap....Adakah sama lilin yang dahulu dan sekarang....... Adakah sama cahaya yang dahulu dan sekarang? ah....

Bagi kita... sesuatu perlu dilaksanakan..... riadah untuk diri sendiri utamakan....... Kita mulakan dengan hobi mendaki gunung....... latihan di Bukit Tampin..... lihatlah generasi kecil kita pun minat turut serta.....' Sayangi jantung anda'. ungkap rakan pendaki yang veteren...... 60 thn....... masih lagi kekal dengan hobi mendaki gunung...... kenapa tidak kepada kita?.

Mencapai puncak suatu nikmat.... yang membawa kepada pengertian mendalam....... Jangan bazirkan diri dalam ruang ketegangan harian..... carilah ruang yg luas ....... mendekatkan diri dengan Alam Ciptaan Allah Taala...... Maha Indah.... yang banyak menyimpan RahsiaNya......

ws..

No comments:

Post a Comment

Library kat rumah kita ( Bahasa Melayu )