Thursday, April 7, 2011

PONINg KE116 ( Mengekalkan Seni Bangsa..........Bernilai Sejarah..........)

Masjid Kampung Hulu. Melaka.

Asm.....
Suatu masa , pada 2010 , awal tahun kami bertiga telah mengambil keputusan untuk ke bandar bersejarah Melaka. Masing-masing berbekalkan Nikon dan set lensa cuba merakamkan seberapa banyak gambar........seperti  Gelagat pelancong, seni bina, Mercutanda dan keindahan Alam ciptaan Allah.
 
Waktu berehat tengahari kami singgah untuk solat di satu masjid tertua di Malaysia gitu........Masjid Kg Hulu .....yg terletak berhampiran sungai Melaka.  Sudah lama kami mengkagumi seni bina masjid ini...... keunikannya memang dikagumi.......... walaupun sudah berusia ratusan tahun......tetapi khidmatnya masih lagi digunakan oleh kaum muslim......

Kita berligar2 sekeliling masjid melihat seni binanya.......... terpaku kita mengenangkan.......persamaan masjid dahulu kala.....seperti yang terdapat di trangkera.......malah seni binanya hampir sama dengan masjid yg terdapat di tempat kita tinggal.......Masjid Kampung Solok, Rantau Negeri Sembilan. Bangunan Masjid Solok buat ketika ini masih banyak berubah.......

Masjid Kampung Kuala Sawah, Masjid Kampung Sega dan Masjid2 yg terdiri di sepanjang sungai Btg Benar suatu ketika dulu hampir sama reka bentuknya......Jadi.......apabila melihat bangunan Masjid ini.........imbauan kenangan lama pasti datang mengintai di fikiran......tergambar masyarakatnya di waktu itu...........persekitarannya di kala itu.......... dan yg pasti terkenang kita komposisi penduduk yg harmoni......... Waktu itu kaum2 yg ada..........seiring hidup bersama  penduduk melayu....... tak pun timbul perkara2 tak elok.........

Zaman berubah.......dan pemikiran pun berubah......tingkahlaku pun berubah dan paling tak sedap....sikap pun dah berubah........Macam Kg Kuala Sawah......Mereka telah merobohkan bangunan Masjid yg lama dan digantikan dengan yg baru.....berbentuk baru...........tapi pada pandangan kita........... x ada pun ciri2 kemelayuannya.....moden......... Penduduk2 tua akan terhakis kenang silam bilamana setiap minggu memandang dan bersembahyang Jumaat di masjid yg baru...... apatah lagi generasi baru yg kurang faham tentang sejarah........ malah pendidikan sejarah pun x ada kat sekolah....... Sungguh malang rakyat Malaya..... Dan sungguh kurang sopan rakyat Malasyia.......yg menidakkan pelajaran sejarah tanah air...... Apabila nilai sejarah sudah tak ada dalam jiwa.........senang2 mereka menggantikan sesuatu yang lama dengan yang baru......... ialah mari kita lihat berapa banyakkah bangunan lama di roboh............ kalaupun x dirobohkan......maka bangunan tu pun dibiarkan sangsai begitu saja......... bertahun2 terbiar maka akan roboh jua akhirnya........

Kita bercakap ni atas dasar sayangkan yg lama........biarlah kita kekalkan yg lama dan bina yang baru.......sekurang2nya ada dua.......lama dan baru........ Di Pekan Rantau umpamanya.......Balai Penghulu telah lenyap.....Kubur lama dah ghaib....... sedih juga......sbb dari perbualan orang2 lama......diBalai Penghulu inilah tempat menjatuhkan hukuman kecil kesalahan orang2 kampung yang bertelagah....... Siapa Penghulu waktu itu........tentunya orang kita.......... hilang satu kuasa....dan tanda...nya.......

Minggu lepas kita minum2 di pekan Rantau........sambil menghirup nescafe susu yang enak tu......terpadangan oleh kita satu bangunan 1928......1962........dan 1935........ ada juga yg tidak bertanda tahun.........tapi agak2nya lebih tua usianya......... sbb reka bentuk kedai2 lama ni.......cukup menarik......... Kedai bersebelahan Pejabat Pos..... kita rasakan cukup tua.......dan tiada aktiviti perniagaan......... Kalau lah kita ada cukup banyak duit......beli bangunan itu dengan kawasannya sekali............seelok2nya kerajaan negeri beli..........Bolehlah dijadikan BANGUNAN SENI WARISAN UNTUK RANTAU......... isi didalamnya........bolehlah dikumpulkan dari penduduk2 kampung......... meminjamkan barangan lama yang dalam simpanan mereka itu kalau masih ada.......tah....tah dah terlepas ke pemungut barangan lusuh........nasib2......

Kita tertanya2 dalam hati.......APA ADA KAT RANTAU NI!!!!!............APA YG BOLEH DILIHAT.!!!!!!! NAK SIMPAN DALAM ALBUM GAMBAR...... EMMMMM    x ade..........Pelik.....pelik......sbb pendukung2 politiknya cukup hebat......kat rantau niiii....... 
 
Pernah kita cadangkan kepada seseorang......bahawa....remaja2 yang suka lepak2 ni..........kita kumpulkan...... cari yang minat main muzik......kumpulkan......dan latihkan mereka...........sekurang2....jadi mini okestra.......buleh juga main kat RTM  kat Sungai Gadut tu........

Tapi habuk pun tak ado.........
Sekarang ni beri sokongan kuat kat SKDAZ........caklempongnya......... pun dah main sampai keluar negeri Sembilan .....tahniah......... kok buleh masa latihan tu........tubuh pasukan senitari....biar seiring dengan muzuknya....... tambah nilai lerrrr......Kepada kepala yg menguruskannya........bijik lerrr sikit.......mana2 yg dah kuar belajar jauh.........ambik datanya...simpan......hujung minggu kok ada cuti .......buleh juo di kumpulkan..... samo2 main muzik tu dengan tuneh2 yg baghu ni....... baghu lah jadi satu pasukan yg bosa........ dan seni bangso tu x hilang........... ni nak main taghi pighing pun dah x tahu........hiiii.........goliden......

PENGHAKISAN BUDAYA semacam berjalan senyap2............. siapa yg merancang perkara ni hah......... tak sedarkah kita hal ini........

JADI  SAYANGILAH SENI LAMA......BUDAYA  KITA..........Hidup perlu moden..........tapi budaya kekal selama-lamanya......

ws..........

2 comments:

  1. Alahadulillah,

    Masjid tertua di Melaka ini terletak berhampiran dgn hotel den masa out station di Melaka.Den sempat sembahyang jumaah beberapa waktu di sini.Sayangnya den lupo ambil gambar.

    Malam Jumaat ada bacaan Yasin.Sungguh ramai jumaah, melimpah sampai ke beranda. Den di saf paling belakang.

    Habis sahaja bacaan Yasin,den pusing ke belakang - telah tersedia makanan dalam talam dgn kari daging.Den makan empat orang satu talam.Memang sedap.

    Ya, masjid ini hebat dari segi bahan binaannya. Tiang-tiang diperbuat dari batang balak se pemeluk.Masih kukuh.

    Moral of the story:Masjid ini hebat dari segi struktur dan bahan binaannya dan diimarahkan.

    ReplyDelete
  2. Tq.....ujang kutik
    Malang sekali kat negara kita banyak bangunan lama bersejarah telah, sedang dan akan dirobohkan atas dasar pembangunan.....Lihatlah betapa rapuhnya nilai sejarah bangsa.....PenjaraPudu..... siapa yg mendapat untung!....Fakta apa yg nak dilenyapkan?

    Benar kata2 'Melayu mudah lupa'

    ReplyDelete

Library kat rumah kita ( Bahasa Melayu )