Friday, February 25, 2011

JEJAK SEGAR IV ( Maghrib dah masuk Azan belum kedengaran......? )

Asm... kepada rakan-rakan blogger...... tambahan pulak seminggu yang lalu blogger2 dah bertambah dari jarang2 ada kat sesuatu kawasan kini dah menjadi wajib pulak ......atas perintah pemerintah...... mahu tidak mahu terpaksa lah belajar.......

Teringat kita kat kata2 ulamak........ ilmu yang ada pada diri kita seumpama air yang lekat di jari setelah dicelup kat air laut di tepi pantai........ pandang lah luasnya laut dan lihat lah sebesar mana air yang lekat di jari........... seperti itu lah perbandingan ilmu yang ada pada diri kita dari ilmu yang Allah Taala sebarkan kedunia ini......... PERINGATAN.....

Tafsiran ilmu terlalu amat luas.... kepada diri kita yang kurang faham ni........ apa saja yang kita tidak tahu....... itu lah ilmu........ sesetengah oghang menganggap belajar menyimin lantai....dianggap remeh......... tetapi kalu diamati......ilmu itu tidak ada pada kita....maka belajar menyimin adalah suatu ilmu yang perlu dipelajari....kalu mahu.... dan berbagai2 lagi contoh yg nak kita lihat dan..... tiliki....

Setiap permasalahan yang dihadapi samada oleh individu , kelompok atau komuniti maka disitu terletak ilmu yang harus dipelajari.......... Ilmu yg telah dipelajari itu nanti dapat mengatasi masalah tersebut...... jadi pada faham kita yg cetek ilmu.....tidak ada istilah BODOH........

Istilah STUPID ini direka oleh penjajah yang mahu kita tidak ada semangat untuk mempertingkat ilmu......... semangat kita dipatahkan oleh penjajah...... mereka tahu ....dengan cara begini kuasa yang mereka genggam akan bertahan lebih lama lagi........ manakala mereka2 yang celik dan cerdik......... memecah istilah STUPID itu....... akan dibendong kepandaian mereka berkiblatkan ke budaya mereka....... tidak pelik ada sesetengah mereka balik dari luar negara dengan skroll yang mereka miliki sudah sedikit sebanyak telah berubah budaya yang ada dalam diri mereka.......Budaya angkat yang mereka serap semasa belajar di luar negara ini bertambah kukuh dengan semangat penjajah yang mana melihat orang yang kurang berilmu duniawi ini sebagai rendah martabatnya.......... rata-rata mereka telah berjaya menyerapkan pengaruh tersebut........

Ada dua pertembungan ilmu disini........... kadang-kadang pertembungan ini tidak senang hendak disatukan....... dalam alam budaya melayu.......... sebagai perbandingan.... kenapa perlu diberatkan corak berpakaian...... pada hal semuanya menutup aurat......... perkara pokok.......menutup aurat.......his nak cakap pasal ni ......tak berapa pandai sangatlah...........sensitif........nanti kita kena hentam dek kenkawang.......

Berbalik kepada tajuk posting kali......hampir-hampir tersasar keluar dari landasan tajuk di atas..........

MAGHRIB DAH MASUK AZAN BELUM KEDENGARAN

Ayat ini kita kutip dari perbualan dengan seorang Dato' Adat Luak Sungai Ujung...... yang secara routin nya akan menziarahi kita........... dalam perbualan harian kekadang terselit perbilangan adat atau untaian ayat....... atau apa jua yang terpaku kita mendengarnya.....
Ayat di atas membuatkan kita berpikir panjang PONING PIKIRAN kita mendalami ayat tersebut........ Secara ringkasnya dapat kita fahamkan begini........... Usia kita bukannya semakin muda atau semakin panjang....... tetapi usia kita semakin tua dan semakin pendek.............. dalam sertikata yang sebenarnya........... hari2 kita lalui semakin hampir ke rumah kekal kita yang berukuran 6 x 4 x5 kaki............ So.........Maghrib dah masuk ini bermakna usia kita sudah menjangkau 50 tahun ke atas...... bagaimana persediaan kita untuk melakukan solat maghrib ...... tentu dengan ilmu...... ilmu yang perlu kita tuntut.... tarafnya menjadi wajib ain bagi setiap insan............Azan belum kedengaran...... ini membawa maksud.......... Malaikat Maut belum menjemput kita..... tu sebabnya dalam untaian kata2 Dato' ini kita selami sebegini......bahawa sebelum kedengaran azan tu lebih baik kita menuntut ilmu......... bekalan akhirat.

Tiada batasan umur untuk kita menuntut ilmu akhirat ini...... tidak semacam menuntut ilmu dunia.......... kena mengikut umur........ sampai sesuatu peringkat umur maka sudah tamat belajar........ Tetapi dalam menuntut ilmu Agama tiada had umur....... dan tiada sempadan had ilmu......Kayu ukurannya hanya keTAKWAAN ........membincangkan ketakwaan ini sesuatu yang abstrak tak nampak.........adakah ianya berserban sudah boleh dibilang takwa? atau pandai berbicara hal agama sudah takwa? atau bagaimana?

Kita lupakan kepada perkataan Takwa itu.......sbb pada pandangan kita yang hina.... takwa tidak payah dicari.......... ianya akan datang sendiri....... bagaimana.....tanyalah tok guru........

Zaman sekarang ini ........berhati2lah kita mencari guru2 agama....... sbb .......banyak ilmu yang menyesatkan berleluasa di negara kita....... selidiki dahulu dan bertanyalah kepada kenkawan yang belum belajar dan sudah belajar...... untuk mendapat banding beza........... dan gunakan akal fikiran yang ada pada kita......... kalu keluar landasan sunat Nabi dan Al-Quran.......maka fikir-fikirlah........

Al-Quran......... ramai daripada kita mengatakan bahawa ia Mukjizat Nabi Muhamad s.a.w untuk sepanjang zaman...... hingga hari Kiamat...... semua orang Islam mengetahuinya....... tetapi lalai......... sbb kita jarang2 nak membacanya.... JAdi tukar tekad kita muali dari sekarang ini......... untuk kita berada dalam Rahmat Allah Taala....dan Shafaat Nabi...... kerana Nabi Muhammad saw dan Al quran adalah Rahmat Sekelian Alam.........

wasalam.......

No comments:

Post a Comment

Library kat rumah kita ( Bahasa Melayu )