Tuesday, January 4, 2011

JIWA SEGAR 1 ( 1432......utama dari 2011 )...

Asm
Kepada pelayar alam cyber..... tahun baru sekali lagi kita dapat menghirup udaranya......1432 hijriah.... meninggalkan banyak kenangan suka duka, pahit manis, sedih pilu dan penuh kontang........

Mengimbas kembali tahun 1431 hijriah yang lalu....... satu tahun yang mencemaskan..... tapi kini tidak perlu lagi hendak difikirkan....... sekurang-kurangnya kita perlu menoleh kebelakang......agar 1432 hijriah ini kita dapat memperbaiki diri........sesungguhnya hijrah itu penting dalam penghidupan kita....... sekurang-kurang kita perlu dan mesti berhijrah dari sesuatu yang tidak baik kepada perubahan yang akan menampakkan kearah kebaikan... dalam erti kata yang mudah..... dulu tidak berapa baik........ tahun ini kita akan mencapai tahap baik.....memadai peringkat permulaan..... tetapi udara tahun-tahun hijriah yang akan datang akan tetap kita tempuhi........

Hijriah tanpa perjuangan..... apalah ertinya......... dua perkataan yang cukup senang kita ucapan....tidak semudah kelancaran lidah untuk kita realisasikan..... di sini pula perlunya iltizam yang kukuh, semangat dan sikap yang utuh....... apabila semuanya berpadu insyaAllah kejayaan akan tetap kita rasai.........walaupun cuma sedikit sahaja.......memadailah ianya permulaan anjakkan kearah yang baik.......

Syabas!!! Tahniah!!! kepada rakan-rakan kita yang telah menggenggam skoll ijazah dalam bidang masing-masing..... semangat juang yang tinggi dan kerjasama yang erat kamu semua lahirkan menghasilkan kegirangan dalam perasaan dan sanubari .....ia....bukan setakat diri sendiri yang merayakan kejayaan itu..... malah orang terdekat dengan diri kamu........ turut merasa bangga dan terharu....... adalah kawan-kawan yang lebih mudah disebut kenkawan ..... turut berasa bangga.......Tahniah!!!

Proses alam..... tidak dapat dinafikan....... yang muda pasti akan merasa tua, yang indah itu akan pudar, yang kuat itu akan lemah, yang ramai itu akan keseorangan dan yang bertugas akan meninggalkan alam penjawat awam...... Kita fikirkan sama-sama....... kita tidak selamanya akan bekerja sebagai penjawat awam......... suatu hari nanti pasti akan terjumpa titik nokhtah, akan terhenti punchcard dan akan dialu-alukan untuk meninggalkan tempat bekerja, seperti yang pernah kita raikan untuk rakan dalam acara " Paluan Berundur".

Selama kita berkhidmat......banyak matlamat yang kita hendak capai...... semuda-muda kita mula bertugas setinggi gunung matlamat yang ingin dicapai.... dan semakin hampir kita dengan paluan berundur...... semakin kurang matlamat kita untuk dicapai...... Matlamat penghidupan........Bujang akan berpasangan, berkeluarga, famili akan ada tempat berteduh, keluarga akan ada pula kenderaan, harmoni pula akan mencari harta sebidang tanah seluas kebun...... dan itu semua akan tercapai apabila karier kita menuju puncak.......

Setengah abad berlalu....tentunya karier kita akan menempuh titik nokhtah, semua yang diperolehi sudah tinggal di belakang.... semacam perginya tahun hijriah 1431 . Terjumpanya titik nokhtah..... keluarlah kita ke alam yang menanti dengan matlamat yang lain....... matlamat yang akan menakutkan kita........matlamat yang menentukan kita dalam golongan yang mana....... Selama setengah abad kita kalau lah asyik......maka akan tertinggallah matlamat yang menunggu kita .......Jadi tidak akan menjadi penting lagi usaha sebelum itu......... akan manjadi penting pula sekarang ini usaha ke arah tujuan sebenar-benarnya. Subhanallah Maha Suci Allah Taala.....

Imbas kembali........ pelayaran kita...... tidak ubah seumpama Quran..... atau pun barang-barang yang baru dimiliki........ diguna, dipuji, disanjung, digemari malah akan disebut-sebut selalu...... seperti Al-Quran..... akan dibaca ........ tapi bila dah lama ......maklumlah akan sedikit demi sedikit akan ditinggalkan...... maka terperusuk lah Al-Quran buruk disudut yang kelam........

Hijriah 1432 ini .....

No comments:

Post a Comment

Library kat rumah kita ( Bahasa Melayu )