Thursday, December 3, 2009

PONINg KE 86 ( Menghantar Pelajar Tahfiz ke KB.......KTN)

Pada 29 Nov 2009
Pagi laie dah keluar rumah dari Tampin menuju ke Pinggiran Senawang.....singgah di Rembau mengisi minyak RM 61.00 Ke Pinggiran Senawang tujuannya untuk mengambil pelan petunjukkan ke Kok Lanas dan Tumpat Kelantan.......Almaklumlah perjalanan kesana bukannya kerap sangat....... setahun x sekali ke sana...... nak cari apo kek sinun...... kopok lekor .....leh dapek kat sini...... budu....pun buleh dapek kat sini.......

Perjalanan bermulalah dari Senawang ke Karak melalui jalan bukit Tangga Jelebu.......Ibu dan Bapa kita serta dua orang anak saudara kita sememangnya tak pernah melalu jalan ini....... Di Jelebu waktu pagi kabus....terutamanya apabilan menuruni bukit Tangga....... selepas Jeram Toi......

Sarapan pagi di restoran Najath pekan Karak
Disini kami pekena roti canai saja.......cuma nak alas perut jangan berkeoncong sangat..... kok kenyak perut alamat mata kuyu.....x boleh nak pandu kereta........ Dalam perjalanan kami asyik berbual kosong.......sambil kita menyatakan perjalanan kali ini perjalanan santai tak mahu nak cemas2 kejar waktu....... Dalam pada itu kita nak kembalikan nostalgia semasa bekerja di Pahang Darul Makmur....... ada juga ke Pekan Lipis....... perlawanan persahabatan bola sepak antara daerah Jerantut dengan Daerah Lipis........ So Jadinya kita sememangnya berhajat untuk singgah di Pekan Kuala Lipis menyusuri kembali Pekan yang ada di sana................


Masjid Sultan Mahmud Kuala Lipis
Bapa kita sememangnya dah berusia.........melepasi 70'an.......jadi orang lama x boleh bertahan lama duduk dalam kenderaan .....kena cari masjid untuk melepas hajat dan sembahyang sunat masjid....... jadi kami singgah di masjid ini...... kebetulan waktu Dzohor.......... Lepas sembahyang Dzohor........ kita klik pintu utama......gambar menghala keluar masjid........maka kita teringatkan ada sebuah masjid lama....... sekiran 1888.......penerimaan cara paksa Resident British pertama kok x silap kita lerrr.....

Masjid Kuala Lipis 1888 tahun binaannya.....tepi sungai
Kami sampai di Gua Musang kira2 jam 4 ptg gitu........ disini kita bekenan botol minuman sarsi....tapi x dapat beli dangan botolnya sekali....kok nak airnya saja yang buleh........ dah muak pujuk-memujuk kita juga yang melepas...... meneruskan perjalanan ke Kuala Krai dan Ke Koto Baru.........

Kami bermalam di rumah sewaan adik kita .....di Tumpat.....betul2 di belakang Sk Berangan 2..... sewaannya 150.00 sebulan


Keadaan rumah sewa di Tumpat Kelantan

Berakhir bab menghantar anak saudara ke SM Tahfiz sains......pada 30 November 2009......so kami pun memulakan perjalanan yang sungguh bermakna buat kedua ibubapa kita..... hajat nak bermalam di Kuala Krai .....kerana di sana bermula penghidupan kita..... Balai Polis dan tangga penyukat banjir ........ maka hajat tak kesampaian kerana kenderaan dan jem sedari Kg Pek....... hingga ke stesyen petronas di Kuala Krai......

Perjalanan diteruskan juga hingga ke Gua Musang dan disini kami mesti bermalam......banyak tempat yang perlu dilawati....... kerana permulaan kerja bapa kita bermula di sini 1951 sebagai anggota polis......... apa yang nak di lihat...... pertamanya ........bangunan Balai Polis dan keduanya stesyen keretapi....... sbb perhubungan ke GM adalah melalui keretapi sahaja

Stesyen keretapi Gua Musang

Ujung kanan Bukit yang mempunyai gua yang boleh sampai ke atas
bukit......sepatutnya menjadi satu daya tarikkan ke Pekan
Gua Musang...... kerana di dalamnya ada berbagai legenda...........

Ibubapa kita yang melihat kembali nostalgia kehidupan mula mereka di sini

bersambung........khas buat adik beradik kita dimana mereka berada......dan cucu2nya di Mesir....Kelantan ......Johor..... Kedah.... Melaka..... Putrajaya..... Nilai.....Negeri Sembilan.........ws........

No comments:

Post a Comment

Library kat rumah kita ( Bahasa Melayu )