Friday, August 7, 2009

PONINg KE 56 ( Sesal dahulu......Apakah yang terabai!!!!.........)

Melayari blog dan laman web di dalam internet dewasa ini amat menggerunkan....... Penyampaian berita dalam pelbagai bentuk........ lembut...... kasar....... bersahaja.......... cukup menarik untuk dibaca........ Kalau setakat membaca tanpa memikirkan natijah dari situ...... sama seperti kakak tua ..... Mahukah kita jadi macam itu???.........

Keadaan umat Melayu khususnya dan Islam amnya...... cukup daif...... daif dalam erti kata yang sebenarnya......... maaf lerrr kalau ayat itu menyinggung perasaan sesiapa yang membacanya...... jangan marah...... malah fikirkan apa di sebaliknya ayat itu......... Kalau kita cepat nak marah..... alamat kita masih lagi tak berubah...... tiada peningkatan...... tiada usaha membawa ketingkat seterusnya....... masih lagi dalam kategori Nafsu Amarah........ Lawannya Sabar...... dalam sabar itu banyak Hikmahnya...... Lebih manusia sebab Akal dan ilmu ...... jauh bezanya dengan haiwan...... Tapi kalau kita nak bawa diri kita hampir dengan tabiat haiwan...... berkawan baiklah dengan Amarah.... buanglah Akal.......... dan ilmu......

Ilmu!!!...... Ilmu yang mana?.......
Mana Asal Ilmu tu!!!.......

Keadaan Umat Melayu dan Islam ketika ini... goyah pendiriannya dan akidahnya sememangnya telah dirancang ...... semenjak ratusan tahun dahulu....... jadi kajilah sejarah..... dengan teliti.... seperti .... Sejarah perang Badar..... tentera islam 1/3 dari tentera musuh....... bagaimana boleh menang?!!!!....... Perang Salib zaman khalifah Salahuddin...... boleh menang..... dari situlah..... kaum-kaum penentang islam ini menentukan strategi yang halus macamana nak musnahkan Islam?.......... selepas kekalahan mereka ...... Masa itu Islam cukup kuat........ persoalannya .... kuat tang mana?...... tang badannya Kah.......... tang senjatanya kah....... atau tang ramainya kah????.......

Ilmu..... asal ilmu dari Al-Quran...... begitu kata guru kita.......

Ilmu matematik.....Ilmu Perubatan..... Ilmu Falaq..... Ilmu Pelayaran...... Ilmu Sains........ dan berbagai-bagai ilmu...... siapa yang mempeloprinya? ....... Islam..... Al-Quran..... Fikirkan sama2.... kalau silap teguran dipinta...... Kenapa Ibn Batuta.... Ibn Sina.... Ibn Khawarismi.... dan lain2nya boleh mengarang kitab2 yang dilandaskan sebagai ilmu moden bertitiktolak dari situ.... meraka ni ahli...... sufi..... dekatk dirinya dengan Allah Taala.... mendapat pertolongan Allah Taala.... ilmu Allah Taala......

Pegangan kuat asas atau perkara pokok dahulu dalam ilmu agama...... baharu menuntut ilmu yang selanjutnya...... Bersihkan luar dan dalam badan kita...... barulah mendapat nikmatnya beramal ibadat...... kerana Islam itu bersih sebersih2nya......... suci lagi menyucikan....... cuba kita renungkan waktu sekarang ni....... bersihkah pembersih yang digunakan untuk membersihkan badan kita yang di luar?..... bersihkan barang yang digunakan untuk dimasukkan ke dalam badan kita? Kenalah kita perhalusi dan perdalami pengajian kita tentang Bab Suci.... Bagi kita orang syariat...... kenalah fikirkan betul2 Bab Suci ini...... Bagaimana pula ketelitian dititikberatkan oleh orang2 tarikah, hakikat dan makrifat bagi Bab Suci ini...... renung2kanlah.....

Pada pembacaan kita tentang sejarah hidup para Nabi, ilmuan, orang2 sufi, wali2 Allah, dan orang2 Islam yang agung ini..... yang hebat2 ini..... mereka seawal umur yang rendah lagi telah dididik dengan ilmu asas agama..... galakan membaca Al-Quran..... barulah menjangkit kepada ilmu2 yang lebih tinggi..... kerana asas yang kukuh telah dibentuk..... Peringkat awalnya dididik oleh ibu dan bapa mereka.... tentang perkara yang asas itu...... Bagaimana tentang kita di zaman sekarang ini???...... Mampukah ibubapa melakukan sedemikian..... Mampukah ibubapa mengajar anak2 kita mengaji Al-Quran? dan lain2nya..... Kalu terlaksana itu petanda kita ni Khalifah dalam rumah...... baru ada kekuatan anak2 taat dengan ibubapa???? suatu pendapat kita ajer.....

So..... asas2 inilah yang dirosakkan oleh bangsa perosak2 yang tidak duduk diam..... yang ingin melihat umat Islam ini hancur...... Umat Islam ini jahil terhadap agamanya sendiri......

Selepas peperangan Salib tu...... mereka merancang dengan rancangan yang cukup teliti...... seperti...... menghapuskan para sufi.... para tasawuf..... para Ariffin Billah..... Ini kerana dengan adanya mereka2 ini kekuatan umat Islam masih kuat..... Dimana lagi negara yang melahirkan ahli sufi yang diperintah oleh para2 ulama' yang kuat bepegangan dengan Islam?.... Satu-satu negara ini ditawan...... seperti Kerajaan Othmaniah.... yang luas itu di pecah2kan seumpama puak jahiliah dahulu..... Penyatuan dipecah supaya menjadi percakaran sesama sendiri..... itu negara2 di timur tengah...... Di Malaysia sebuah negara..... macamana nak pecahkan..... so dipecah2kan penyatuan umat Islam itu..... jadi percakaran sesama sendiri..... dengan fahaman masing2........ sedangkan Islam itu (Ahli Sunnah Wal Jamaah) itu satu............. Syahadah yang satu..... Al-Quran yang satu...... Segala Rukun yang sama..... dapat diporakperandakan...... Di zaman Nabi saw...... orang yang murtad ini kalu tak mahu taubat di hukum pancung....... tapi zaman sekarang ni kok sampai mengancam akidah ramai atau kepentingan ramai sampai merosakkan negara sewajarnyalah Di ISAkan.........

Jelas dalam Al-Quran........ Allah menilik seketul daging di dada.... kalu baik ia maka baiklah seluruhnya...... kalu rosak ia... maka rosak lah seluruhnya...... Ini dah jelas kapada kita bahawa Allah Taala Tak menilai kepada fahaman politik yang ada kat negara kita ini........

Bebalik ke citer generasi baru yang tenggelam segala-galanya.... tak semua ye..... yang kes liar dan merempit ni...... Salah siapa? nak salahkan orang lain........ tak boleh sebab anak kita..... Nak salahkan isteri atau suami tak juga boleh...... sebab anak ni hasil pertemuan kedua-duanya..... yang halal atau sah...... Jadinya salah itu bermula dari rumah itu sendirinya ...... kerana terbiah bermula dari rumah seawal umur masih kecil lagi...... tak disuap dengan makanan rohani yang berlandaskan Islam........ cuba lihat sekarang....... budaya barat yang utama dalam pembentukkan rohani anak2 kita........ Lihat lah dengan mati hati proses membesarkan anak2 kita bermula dari lahir hingga masuk kesekolah......... apakah dididikan kerohanian yang asas dah diterapkan kedalam jiwa mereka?......... Inilah kekuatan yang menjadi pembuka jalan kepada perosak2 akidah anak2 kita zaman sekarang....... bermula dari rumah...... suapan TV..... 6-7 saluran.... TV berbayar yang melekakan mereka dengan sepanjang hari kartun..... untuk anak kecil...... HBO untuk orang2 dewasa.......... Mari kita renungkan ........... begini...... seimbangkah waktu kita membaca Al-Quran dengan waktu kita menonton TV?....... Kita tahu Al-Quran membawa kepada kesejahteraan manakala TV membawa kepada kelekaan dan kemungkaran..... Tak dapatkah kita berfikir sedemiankian?....... Apa dah hitam atau berkaratkah hati kita? atau Dah Kelabukah cermin yang menghijab kita kepada Allah Taala?.........

Itu Baru nak citer hal TV aje...... tak masuk pulak hal makanan.......nantilah lain posting lah kita nak poning2 kepala kat blog ni............ws..........

No comments:

Post a Comment

Library kat rumah kita ( Bahasa Melayu )