Thursday, October 20, 2022

Cucu Oh Cucu.

          As Salam Mualaikum ...Alhamdulillah....pada pagi ni bawa cucu ke KPJ Seramban until rawatan susulan....bertemu pakar ENT.....sebelum tiga hari keluar wad doktor kesan pendengaran salah satu telinganya kurang respond...,.Tu lah buat pemeriksaan....

          Bayi Yang baru lahir pada Hemat saya....ia akan mula menyesuaikan diri dengan alam dunia....jadi tunggu Dan lihat selepas tiga puluhari......

           

        Masa menunggu Dr Azila Alias sampai....Mak Langnya yg layan....... Atoknya tunggu di luar layan tengok maklumat masa kini PRU15....khusus until N9.....







Tuesday, April 5, 2022

Tenang-Tenangan Di Kolam Milk Famili

 

Asm.....kepada pembaca blog ini....terlebih dahulu saya ucapkan Selamat Berpuasa pada Ramadhan Kali ini.......Moga amal Kita Di berkati oleh Allah Taala......aminnn.

      Pagi ketiga puasa saya dan isteri memancing Di Kolam Milik keluarga (KKHS)....singkatan Koperasi Keluarga Haji Sulaiman....,Di kg Kuala Sawah ....Rantau.

      Dua batang rod pendek pack untuk cari lauk berbuka puasa Dan kalau ada lebih boleh di simpan beku.....


        Alhamdulillah....hasil pancingan setakat pukul sepuluh pagi......talapia merah kira-kira beratnya seekor 600 ke 800 gram......

       Saya mancing Di Kolam pancing berlauk....hasil tangkapan di timbang.....masuk tak berbayar.....setakat ni batang pancing pun tak di kenakan bayaran......masa dlm promosi niiii.....

        

      Memancing bukan takat keperluan sendiri tapi kita terima tempahan jiran2 terdekat sahaja yg bagusnya siap siang. 


5Mac2022

11am.

Friday, March 25, 2022

Melibas Di Pantai Timur


 Asm....sudah hampir dua tahun setengah tak berkarya. Sekian lama menghilang baru ni terasa nak isi kembali momentum Yang hilang. Masa rancak dahulu disebabkan Masih bertugas Di Bahagian media sudah tentu Banyak Bajan nak Di kongsikan.....namun sudah bersara ianya tenggelam bersama waktu bersara, apabila memulakan atau menghidupkan kembali hobby lama iaitu memancing Maja Di kelok sedikit ke arah satu seni pancingan yg lain,..... Pancing Pantai atau surfcasting.... 

       Melibas Di Pantai timur suatu keadaan yang berlainan Dari pantai barat...disini sentiasa berombak jadi nak dapatkan balingan yg jauh, kenalah meranduk air sehingga punggung.....Dan balingan gantung Kita gunakan.

      Pekan, Pahang lebih khusus lagi Kami menginap Di Casa D'Bayu Roomstay, Di Tg Selangor..........tempat budget satu bilik tiga orang inap harga nya tak sampai seratus.....kaki pancing boleh datang sini.

      Posting ini bukanlah Kali pertama Kami inap Di sini, ianya Kali kedua setelah famili days Kami pada Disembar tahun 2021.... 



Wednesday, April 15, 2020

Terkurung, Berkurung atau Dikurungkan

          Peristiwa besar yang berlaku sekarang ini bukan sesuatu yang mudah untuk ditangani atau  diatasi. Pihak kerajaan selaku pemerintah pada waktu ini mengambil langkah-langkah mengawal penyakit ini yang telah menjadi wabak kepada negara kita, malah inya telah menjadi pandemik untuk seluruh dunia. Apakah langkah kerajaan kita tidak cukup kuat mengawalnya?  Apa mungkin wabak ini segera berakhir? 
          Mac bulan menggemparkan masyarakat Malaysia. Kenapa saya kata begitu.......Sebabnya program PKP ( Program Kawalan Pergerakan ) pernahkah kita merasainya..........ada dua jawapan iaitu 1.Pernah melaluinya 2. Tidak pernah merasainya. Siapa yang pernah merasainya dan siapa yang tidak.
          Rakyat Malaysia yang berusia 12 tahun ataupun sebelum itu tetapi masih ingat peritiwa sebelum tahun 1970 adalah meraka yang masih muda kekita itu apatah lagi mereka yang telah berusia. Keadaan " berkurung " pada masa itu tidak kuat impaknya kepada perasaan kita kerana istilah berkurung itu hanya dari jam 7 malam hingga jam 7 pagi..... Siang hari kita bebas membuat aktiviti-aktiviti, cuma keterbatasannya pada malam hari..... Siapa/pasukan mana yang ditugaskan masa itu....tak lain tak bukan adalah ATM (Askar) mereka ini cukup tegas sebab lingkung litup waktu berkurung itu dibawah kuasa mereka.......
          Rakyat Malaysia lahir pada waktu itu dan selepas 1970 mereka tidak pernah merasainya.....malah yang lahir 1980 ke atas dari tarikh itu saya kira tidak merasa langsung apa itu berkurung bagi satu negara.....Meraka ini adalah genarasi yang terbelai dengan kelembutan dalam istilah saya dipanggil manja....dan mereka ini pula melahirkan genarasi yang terlalu manja.....maaf saya katakan begitu...... hanya satu pandapat bagi saya yang telah melangkaui 60's. 
          Musibah itu adalah satu NIKMAT ! kata para alim ulama' lampau....apakah benar? Apa kita dapat pengajaran waktu ini......ia... kita dapat mengetahui betapa rindunya hari Jumaat penghulu segala hari.......apatah lagi berjemaah di masjid atau surau.....lima waktu tidak dibulehkan berjemaah kecuali pegawai masjid dan surau bagi melepaskan tanggongjawab  satu tempat atau mukim fardhu kifayah. PERINGATAN ia satu peringatan Allah Taala kepada yang mahu berfikir....sedarlah kita akan ujian ini untuk kita mencerminkan diri kita yang lalu.....dahulu..di waktu PKP inilah dapat kita bersuluk atau berkurung diri dari dunia luar untuk kita mentelaah apa-apa yang kita perlukan. Masa inilah kita manfaatkan untuk menatap dan membaca Al-Quran. Masa inilah kita bertekun untuk menghafal doa-doa. Masa inilah kita tak banyak diganggu untuk kita perbanyak zikirullah. Masa inilah kita susun jadual mengingati akan Allah dan Rasul. Masa inilah kita boleh memperbyakkan bersalawat. Masa inilah kita perbanyakkan berpuasa sunat kerana kita kurang berbelanja........
          Peluang yang terbuka luas masa ini banyak berada di rumah membolehkan kita mengemas rumah, mengecat dan sebagainya..... bagi mereka yang ada kemahiran masa inilah digunakan untuk mengasah kembali skill tersebut.....bagi mereka yang ada kemahiran melukis masa inilah dipriktikan kembali artskill tu....dalam lain perkataan tiada masa terluang kalau kita pandai menguruskan masa....
          

Tuesday, January 29, 2019

PENGISIAN ......1.

Selama ada masa yang telah berlalu meninggalkan den, sedar tak sedar sudah lebih dua tahun berlalu....ini bermakna sudah selama itulah den bersara..... meninggalkan kerjaya seorang penjawat awam.....
          Semasa dalam perkhidmatan kalau nak dicoretkan kat sini terlalu panjangan......mungkin memualkan pembaca, secara ringkasnya kerjaya ahli teknologi paling lama...... Arena inilah yang melahirkan blog ini dan website dengan php ...... ketika itu mahir jugalah menguruskan sesawang milik majlis ### NS...... Akhirnya kemahiran itu sedikit demi sedikit pudar dan hampir hilang dari ingatan.....
         Selama bersara ini pergerakan mata tangan dan fikiran mula tak syncronise, kesepakatan otak......mata......tangan ....saraf.....otot-otot pantulan...... mula tak sekata..... Kesedaran ini membimbangkan den..... melalui usia 60.an.....Den kena aktif kembali......menaip ni pun dah banyak silap.....jari jemari pun tariannya tak mengikut irama...... kena betulkan..... Apakah hobi yang mengasahkan kembali psychomoto ( betul ke tidak ) agar saraf aktif dan tak tidur.......

            .................APAKAH HOBI YANG DI FIKIRKAN...........


Sunday, April 1, 2018

FENOMENA DURIAN

Tahun lepas 2017..... puncuk harga durian yang tertinggi...... rajanya ialah D107 atu musang king..... yang mana mencecah harga RM80 sekilo.... harga yang tidak tentu ini ada yang tinggi dan ada yang rendah... sememangnya dia raja buah..... tidak aku ketahui ada buah yang lagi mahal dari musang king ......
              Tempiasan dari kenaikkan harga musang king raja segala durian ini..... mempengaruhi juga hasil durian kampung....seiring dengan itu juga durian kampung memantapkan harganya rm 8 - rm10 sekilogram....... harga di ladang rm 8.00 memberikan semangat baru kepada pemilik durian kampung. rata-rata ada pemilik bumiputra.........justeru itu fenomena ini haruslah diambil ikhtibar oleh pemilik durian kampong untuk memajukan diri sendiri dalam menyayingi pekebun durian yang lain......Corak pemikiran perlu diubah.....dimodenkan......diilmukan dengan kaedah-kaedah penjagaan secara moden agar corak lama yang diamalkan dari turun temurun kita padamkan......Kita ubah cara penjagaan kebun durian mengikut zaman sekarang ini tidak lagi menyerahkan kepada tindakan alam....kata-kata lama yang selalu kita dengar seperti  " Allah tahun ni buah tak berapa nak menjadi ler.......", atau " cuaca tak berapa elok lah...... bunga habis gugur....tak lekat....", itu semuanya perlu dilontarkan ketengah laut..... Peganglah pinsip yang empat ini....sebaik mungkin......1. Berusaha.......usahalah dengan membajai....merawat....dan mengiarkan tanaman kita.......kena perlu keluar modal..... dengan baja-baja mengikut peringkat-peringkatnya..... 2,Berdoa lah agar Allah mengkabulkan permintaan kita........jadinya usaha dan doa berhubung rapat.......3. Yakin........yakinkan;ah didalam hati kita bahawa usaha dan doa kita telah buat akan mendatangkan kejayaan dengan hasil yang seperti dihajatkan....4. Tawakal.........tawakallah kepada Allah kerana tiada dayaupaya melainkan kehendakNya jua....akan segalanya.........
              Kita perlu berubah dan mencari rakan-rakan yang sama minat seperti menjadi ahli dalam persatuan penanam durian malaysia (PPDM). Laman fb ini menghinpumkan peminat,,,,penanam,,, dan sebagainya tentang durian.......Jadilah ahli dalam kumpulan-kumpulan kecil wasap......kerana dengan cara begini dapat kita kembangkan minit dan mendapatkan ilmu.........

Thursday, August 17, 2017

SETITIK TINTA....

Asm...... semoga di pagi bahagia ini kita semua di barakahi oleh Allah Taala dalam mengharungi hidup di alam kepunyaanNya..... Dalam waktu kebelakangan ini aku berat nak menulis sesuatu di paparan ini bukanlah kerana merajuk atau apa-apapun..... cuma aku kehilangan orang yang disayangi pada tahun 2015 yang lalu....namun ingatan itu tetap kekal dan sedikit sebanyak membuatkan aku asyik terkenang-kenang......... Jadi aku ambil keputusan untuk mengaktifkan kembali blog ini.....
          CC9 yang kami aktifkan dulu semakin lama semakin tenggelam....... tiada apa berita pun.....semenjak kehilangan anggota kami yang cukup membantu dan beliau tak pernah menolak untuk membuat apa-apa aktiviti....Al-fatihah untuk arwah Abdullah Sijin....
          Aku amat sayang dengan blog ini..... dan aku tidak akan meninggalkannya atau menutupnya.... kini aku dah mula mencatatkan kisah kehidupan yang di tepuhi hari-hari...... mungkin gambarnya berkurangan kerana nak bawa kamera dslr agak berat....nantilah beli yang ringan atau compact kamera.
         Dewasa ini.... bila ketemu rakan-rakan yang pernah menyertai aktiviti CC9 dahulu mereka bertanyakan waktu nak aktif kembali...... satu soalan yang payah nak saya jawabnya. Saya punya waktu yang banyak sebab sudah keluar sistem.....bila-bila masa boleh aktif. Pengerusinya sekarang ini sudah bertugas di lain jabatan, beliau punya sistem PA sendiri yang mana beliau banyak di tempahi majlis perkahwinan dan lain-lainnya.
          1979 - 1981 tahun dimana sekarang ini saya sedang susuri ahli-ahli yang pernah bersama aku dahulu........ in sya Allah akan aku cari mereka.........
          wassallam.........

Wednesday, June 21, 2017

Asm.....Semasa hayat masih berdenyut jantung di dada selagi itulah kita mengharungi kehidupan di dunia ini pada waktu siang dan malam. Sedar ataupun tidak, hitungan pahala dan dosa tetap berterusan. Erti penat atau lelah tiada istilah itu pada malaikat yang ditugaskan khas untuk kita. Istimewanya kedua-duanya kita bawa kemana sahaja kita pergi samada senang susah dia tetap setia bersama.....
                  Pernahkah kita fikirkan pada waktu selepas Maghrib apa-apa yang telah kita lakukan dari selepas subuh hingga ke waktu maghrib........ Berapa banyakkah kebaikan, kebajikan, amal soleh atau pertolongan dan bantuan telah kita taburkan sepanjang hari banyak melebihi dari kejahatan yang kita tidak sedar melakukannya ataupun sebaliknya........
                  Sepanjang bulan ramadhan ini.... banyak kita dengar kerja amal dilakukan adakalanya penerimanya mendapat bantuan yang berganda.....cukup mewah dengan badan-badan koperat turun padang membawa anak-anak yatim berbuka puasa dan keshopping mall.... mereka cukap happy... Bagi kita individu yang berkemampuan mahu juga membantu fakir miskin kenalah cari... mereka di pandalaman kampung..... kalau jumpa...... pastinya mereka ini ada......
                  Kutipan zakat kita dengar beroleh jutaan ringgit.....namun ada juga terselit berita derita kesempitan hidup masih kita terbaca di dada akhbar....

Friday, March 4, 2016

TAK TAHAN AKUU.......

Aduhaiiiiii sakitnya aku niiiiiiiii....... berdenyut-denyuttttt........ sakitnya..........

Asm..... Pagi ni aku hadiri satu mesyuarat seawal pagi... dan menjangkakan ianya akan melunaskan semua agenda berjalan lancar........... Satu yang istemewa tentang mesyuarat ni ialah..... ianya didahului dengan sama-sama membaca surah Al-Kahfi........ Berkebetulan hari ni hari Jumaat......... Barakah kerana utamakan Din Islam......

Minum pagi mee kari....... uiiiiiii sedapnya......namum aku terkena.......... sakitnya .............. over sangat perasanya........... Aku tidak pernah perasa berada d rumah...... isteri aku masak pun tiada serbuk perasa...... apalagi....... aku kena lelap sekejap dan membasahkan rambut nak legakan denyutan serbuk perasa......

Masa akan datang kenalah aku berhati-hati tentang makan terutama pembekal makan yang tidak aku ketahui.........

blurrrrrrrr lagi aku tentang mesyuarat kali ini..........

Wednesday, December 9, 2015

TAHNIAH PANTAI TIMUR....

Kesempatan aku dan keluarga berkunjung ke pantai timur cukup menyeronokan... pasal apa?....

Pertama.
Rancangan untuk berhari keluarga warga spa telah lama dirancangkan namun keberhasilannya tidak kesampaian. Namun usaha gigih penyelaras rancang ini Puan Zaharah dan mendapat sokongan kuat dari aku maka berhasil juga dilakukannya.... Aku uruskan tentang pengangkutan..... apa corak atau ragam yang dikehendaki semuanya aku bereskan.....impaknya semua peserta rombongan seramai 13 keluarga berpuas hati.....

Kedua.
Berkunjung kesana menguatkan lagi hati ini tentang jatidiri kita..... bagaimana bangsa kita berjuang dalam bidang ekonomi cukup hebat ... Kita lihat Pasar Besarnya di penuhi oleh .......... berniaga....... Pasar Khatijah.....Pasar Payang......

Ketiga.
Pegangan Islam......  Bagusnya negeri-negeri di sebelah sini dan juga diutara tanah air tak semua..... pondok-pondok pengajian begitu hebat dan bertahan hingga kehari ini...... hebat.... Islam yang 1436 tahun yang lalu masih utuh..........

Tuesday, September 15, 2015

MELAKARI KENANGAN SEMALAM

Asm....
Keinginan untuk bersama rakan-rakan sekerja tercapai jua akhirnya. Seramai 11 keluarga berjaya di bawa bersama untuk hari keluarga ke destinasi yang telah dirancangkan. Ahli 45 orang termasuk ibubapa berserta anak-anak di kumpulkan. Hasrat ini telah lama dicadangkan namun tidak kesampaian, tetapi keazaman tinggi urusetia berjaya direalisasikan.

Kami bergerak dari perkarangan pejabat pada jam 9.00 malam.... .....Dengan berkat doa dari rakan sepejabat Saudara Norhisham Hj Omar telah membacakan doa bagi perjalanan kali ni...... hee.he..he.. BM tu............ Tabik tuan dengan doa tersebut.......

Lokasi pertama persinggahan ialah di R&R Seremban..... jauhnya kira-kira 30 minit perjalanan melalui laburaya plus........ Kami memulakan musafir di surau tersebut..... oleh kerana maghrib dah dilunaskan di rumah maka qasarlah Isyak di sini.... niat musafir pun di qasadkan.......

Perjalanan malam memang menarik....... pendinginhawa bas pelancongan memang menakjubkan .... masing-masing memandam rasa saja....... stesyen petrol pertama berhenti ialah di Petronas berhampiran plaza tol Bentong. Hasrat pemandu ialah untuk membeli diesal tapi penghuni bas turun beramai-ramai kerana melunaskan hajat masing-masing....... Peserta yang paling menarik ialah peserta yang ahlinya ramai......4 orang peserta dan ditambah dengan dua orang ibubapa........ kesemuanya 6 orang.....wow...... hebat peserta ini...... melayan kerenah peserta paling kecil berumur kurang lebih 3tahun.......

Pandangan mata ini masih segar memandang ke arah hadapan jalan sebab saya duduk dibelakang pemandu....... jelas pandangan mata..... Kg Gua... penanda kampung tersinar kuat menusuk pandangan mata.... Gua Musang........ gua musang........ oh gua musang....... begitulah nama tempat yang kami singgah selepas Bentong.... jam 4 pagi kami sampai di perhentian r&r Gua Musang....... Mulanya tidak ada peserta yang nak turun sebab masing-masing sedang syok tidur.... saya ni tidak boleh bas berhenti ....saya mesti turun..... apalagi bila Segar berhentikan basnya saya terus turun...... kena nescafe..... aduissssss sedapnya nescafe pada waktu dini hari begini..... lepas tu mem saya dan anak-anak turun sama......

Kami bergerak kembali menuju Kota Baharu........ sesampai kami di Kuala Krai 10 minit sebelum Subuh........


Wednesday, September 9, 2015

ENAM BULAN BERLALU.....

Asm....
Rezki Allah Taala yang kurniakan kepada kita dengan RahmatNya. Ketentuan tersebut tekah tersurat untuk kita ketika kelahiran ke alam dunia ini. Doa dan berusahalah untuk memberi keluasannya dengan perubahan qada' dan qadar Allah Taala.

Aku dan isteri telah diberikan tawaran menunaikan umrah pada bulan Mac yang lepas dengan perbelanjaannya ditanggong oleh seseorang suami isteri. Alhamdulillah Kami berlepas ke tanah suci Makah dan Madinah dua keluarga suami isteri. Maha Suci Allah Taala menrezekikan aku berkunjung ke Baitullah dan Maqam Nabi S.A.W.

Kunjungan kali ketiga ini adalah kunjungan................... Allah.......... sedih sangat aku nak nyatakan kat sini......... Tak apalah biarkan ianya tersimpan di hati ini........

Aku bersyukur kerana hajat arwah anak bungsu aku tertunai sudah. Aku berhenti merokok pada hari ke empat di Madinah Al-Munawarah di mana baang terakhir aku sedut asapnya terdengar aku seolah-olah suara arwah menegur aku...."Asyik merokok aje. Bila nak berhenti." Sedutan terakhir aku hembuskan keudara dengan air mata bergenang di kelopak mata terbayang muka arwah.

Bermiqat umrah di Bel Ali maka disitu jugalah keinginan merokok aku kuburkan. Rasa ingin merokok aku padamkan dari kalbu ini. Alhamdulillah aku berjaya melaksanakannya. Tertunai jua hajat arwah selepas ketiadaan beliau.

Aku berperang dengan kesihatan sendiri. Di Makah, aku sering demam, sakit kepada dan lemah-lemah badan, namun melaksanakan umrah tetap aku kerjakan. Aku melayan gelagat anak buah suhaila namanya. Tawaf di bawah, lingkaran tengah dan atas semuanya aku bawa dia kerjakan.

Sepanjang berada di Makah, hati gembirasedih. Aku banyak makan-makanan arab dan icecream sudah semestinya aku beli apabila selesai mengerjakan umrah atau perjalanan balik dari solat di Baitullah.....

Kini aku tidak merokok.... aku bebas rokok..... aku bebas dari keinginan merokok.....namun.....berat badan aku bertambah...... ni semuanya kena kawalan........ Tak apa ...aku ada cara tersendiri mengawalkan keadaan tersebut.........bye...

Thursday, September 3, 2015

HUTAN MELINTANG


Asm....... Bermula dari tarikh 2 Sept 2015...den di boghi peluang untuk samo-samo ngan geng ict den......... Dio buek kursus google plus kek sinun...... sinun tu kek mno....?..... ha..... ni dio kawan geng ict nak masuk campur..... tompi tak apo-....den sambung yo kojo ngusik cikgu-cikgi kek sini ...... polak den ghaso eyyy...... asyik dok betanyo ..... pasal koneksyen...... hai lotih den.....Kek sinun tu makno ey kek Hutan Melintang.........Hutan Menogak kek ghumah........ makno ey ....den dah sampai ghumah.......

Dua buah sekulah yg dok menggilo bona nak gugel plus....... yang satu tu datang daghi nismilan dan yang satu laie tuuuuu tang Slango...... Nampak ey..... minat boto cikgu-cikgi nii........ lotih den melayan ey.....Pok Nik pun camtu juo....... samo-samo..... kono blasah........ opssss jangan salahpaham pulak yooo...... blasah tu makno ey.... pueh nyolosai..an masaeylah ey......

Soghang akak yang ikut den sesamo ........ tibo kek sinia.... domam pulak..... haiiiiii lah Long ey....... tompi tak apo...... den caghi..an panadul yang ngelogak tu..... haghap-haghap sok pagi kobahlah dio......


peserta yang khusyuk sampai tak soda den ambik gamba eyyyy
Penceramah dan fasilitato yang keponek..an 
 Den mandang..an cagho ketuo penceramah nyampai..an kursus ni....santai-santai yo.... tompi biso ey....bilo dio betanyo......... yang dopen ey..... si fasilitato.... dio layan yo cikgu-cikgi ....tak kesah pun....... apo ajo yang di tanyo..an ...... jawab totap jawab.....

kenkawan lamo den ni.......ketingga..an tekaih-kaih.... sian......
Sedagho den ni memang dah lamo tak jumpo...... sesekali jumpo dah GST.........aduhhhhhh GST!!! pulah deh....... tak tingga ST...ey....

maso bolum domam camni lah dehhh...

Kalu kojo tak siap laie...... ko jangan haghap dapek petolongan... dio...... ni dio tangah sibuk bebeno...... lopeh tu mulalah domam....... kono pulak den caghi..an panadul ngelogak....... ah nak tido lah....... slamat malam.....

Thursday, August 27, 2015

55 +++++

Dunia semakin mengecil, masa semakin pendek, cahaya semakin kelam,udara semakin nipis dan tanah semakin kurang...... aduhai.... usia yang semakin lama dan tua...... gugur juo akhirnya nanti...
Gururnya kelapa ditepi sungai sangkut dilaut menjadi pulau......... Sedap didengar...... Jatuh dilembah menjadi daratan.......... sedap juo didengar..... jatuh ditangan manusia lebur.........

Kembali aktif bukannya apa........... ianya melepaskan sesakkan di sanubari ini.... kerana menanggong bebanan yang berat ketika ini.....Jalan keluar untuk meredakannya adalah dengan menulis di paparan ini..... sekurang-kurangnya jari-jemari ini menari ligat di papan kekunci menghiburkan hati......

Cabaran-cabaran yang dihadapi pada masa ini sangat mengelirukan aku..... kerja kita orang lain yang sibuk........ bukan setakat sibuk malah telah merampasnya........ tetapi bila menyesakkan mereka dikembalikan balik busukya......... manusia apa ni......... Si ketua pula bagai memberi restu..... tak tahu yang mana hak dan yang mana bathil...... tak tahu mana yang menjalankan tugas dengan ikhlas dengan yang mempunyai agenda untuk diri sendiri....... Mungkin mata hatinya telah dibutakan.....


Thursday, May 21, 2015

LENA TIDORKU

Cabaran berlalu cepat meninggal kan masanya..... dari bulan Januari hingga kini  mengambil masa selama 5 bulan...... Kalau diandaikan perjalanan selama lima bulan itu di atas muka bumi ini.... maka ianya meliputi seluruh Asia....... tetapi perjalanannya di atas waktumasa ianya berlalu terlalu pantas... Bulan Januari hingga kini mengingatkan aku kepada arwah anak bongsuku.... yang meninggalkan kami. Ianya semacam baru semalam...... malah malamnya lena tidurku terganggu... emosiku terusik malah menguasai jiwaku......

Puas aku mencuba menghilangkan ingatanku terhadapnya, suatu ketika aku sememangnya terlupa.... tetapi semalam.......... ketika kepulangan aku dari USIM......... aku singgah di Masjid dimana dalam kawasan tersebut bersemadinya arwah........untuk melunaskan sembahyah Asar...... semasa berdoa ingatanku terhadapnya menerpa secara tiba-tiba....... ingin sejuk menyapa aku..... tanpa disedari air jernih membasahi bola mataku..........aduhh..........

Tuesday, January 20, 2015

2015 Januari Yang Sukar

Asm...
Permulaan tahun 2015 sangat memilukan. Januari tahun 2015 pada minggu pertama menemukan aku dengan saat yang paling sedih buat diri dan keluargaku. Pemergian anak bongsuku menemui Allah Taala berlaku pada minggu pertama Januari 2015 ini................... Hati bagaikan di sembilukan... pedih........pilu.......... namun hakikatnya..... Allah menyayangi adik Muhammad Izzat lebih dari aku.....

07.01.2015 - Selepas Subuh
Kami berempat menghala ke Hospital IJN ( Institut Jantung Negara) di Kuala Lumpur... Tempat ini menjadi rutin kami setiap tahun. Pacemaker yang dipunyai oleh anak bongsuku perlu di rawat setaip enam ke lapan bulan. Kami tiba di perkarangan hospital kurang lebih jam 9.00 pagi... Pendaftaran masuk dibuat.... Sarapan pagi di kafeteria.. sementara menunggu pengiring wad menghantar kami ke wad 5BZ1 - B102...... begitulah bilik yang akan kami hunii selama 3 hari.....

sam........

Sunday, November 16, 2014

Hampir Berakhir......

Februari ...... sudah lama ditinggalkan... begitulah perjalanan masa.... sangat pantas dan cepat meninggalkan kita dengan usia semakin bertambah..... membawa maksud bahawa kita akan bertambah usia....... Sudah tentu..... yang pasti ianya tak payahlah kita nak fikir2kan sebabnya ia pasti datang tanpa diundang .... tanpa dijemput.......... pastinya datang setiap minit dan saat......

Sebulan setengah lagi akan berakhirnya tahun 2014..... hemmmmm......... tentunya banyak perkara yang disorot kembali bagi mengukur pekerjaan yang telah dibuat....... pekerjaan sendiri mahupun tugas yg diamanahkan sebagai penjawat awam........ sudah pasti SKT untuk akhir tahun telah diisi.... kalau tidak bos masam muka..... Ianya KPI boss......

Kesibukan kerja tidak menghalang kami menguruskan keluarga. Seorang anakbuah telah selamat diijabkabul..... awal novembar .....kini bergelar suami....... dan adik perempuan kita telah berbesan.... alahai..... rasa tua pulak........

Seminggu selepas itu seorang lagi anakbuah yang mengikat tali pertunangan ..... dengan tak sabar menetapkan tarikh perkahwinannya pada bulan mei 2015...... 6 bulan sahaja di alam pertunangan....
Selaku Pak Saudara yang tertua...... kita kena lah jadi buapak...... menguruskan pertunangan mereka.... ketua angkatan pertunangan..... Juru cakap........ Pantun!!!! heeee....... dua kerat sahaja cukup lah.....

Friday, August 15, 2014

PANDANGANKU - surau 01

Asm....
Salam bahagia kepada semua pengunjung yang dihormati,  telah lama tidak membuat entri dalam post di laman ini. Ianya tidak bererti saya telah melupakannya cuma kesibukan kerja membuatkan saya terleka terhadap blog ini.

Ada ruang untuk entri kali ini setelah menjalani ibadah puasa yang lepas. PANDANGANKU sepanjang bulan barakah mendapati peluang terbentang luas mendapatkan balasan baik sepanjang ramadhan.... puasa, tarawih tadarrus dan sebagainya, kita sajalah mahu dan tidak memperolehinya. Sepanjang berjemaah samada di surau atau masjid,,,, satu kecacatan pada PANDANGANKU..... iaitu kanak-kanak yang belum baligh berada bersama bapa mereka di saf-saf hadapan..... PERSOALANNYA adakah diketahui atau tidak sang bapa itu tentang aturan berjemaah yang telah ditetapkan oleh agama kita atau saja menidakkannya kerana mahu mendidik sang anak.

Bergolak dalam pemikiran saya..... perlukan membawa anak berjemaah di saf-saf orang dewasa? Kalau dilihat perkara-perkara sekecil ini kita abaikan impaknya cukup besar apabila anak-anak mendewasa...
KERANA..... Sang bapa telah mendidik dan menanamkan sifat-sifat tidak menghormati orang dewasa kepada  anak2 mereka. Keduanya yang paling penting sang bapa telah menanam sifat tidak mematuhi peraturan....Ketiga sang bapa telah memutuskan barakah saf oleh sebab anak-anak yang tidak baligh dan anak telah bersunat namun tidak baligh bersama dalam saf bapa..

Adakah ini tujuan mendidik?
CUMA SATU PANDANGANKU..........

Friday, May 2, 2014

PONINg KE 144 ( Bersama anak-anak sekolah.........)

Asm........ dalam meniti usia emas.........den masih lagi memikul tanggungjawab sebagai penjawat awam.......... masih ada beberapa tahun lagi........ kini den mengubah angin dari pengurusan pejabat ke alam bersama anak-anak........ wah dah lama betul den tak bercampur...... dengan anak-anak......... terasa seronok dengan gelagat mereka......... disini terbentuk beberapa perasaan yang mematangkan kita kalau di perhatikan dengan teliti.......... pertama perasaan marah......... gelagat anak-anak dalam lingkungan umur 7 hingga 12 tahun ini......... kekadang membuatkan kita marah......tercabar dan marah....... tetapi marah itu kalau diteliti betul-betul.....ianya mendewasakan kita.......... Perasaan sayang......kasih.......... dan yang terbesarnya adalah perasaan seorang guru terhadap muridnya....... ingin melihat kejayaan cemerlang keatas anak didiknya......... Perasaan ini bukan semua orang ada....dalam jiwa mereka......... perasaan ini pun bukan buleh dibuat-buat........... ianya terlahir dari sifat seorang guru yang sejati........ Jaman dolu-dolu kektika aku masih bersekolah lagi....... semasa darjah satu....... Cikgu Siti Hawa........... ngajar darjah satu....... semua murid sayang kat dia......... walaupun sudah kedarjah 6........ tetapi swayang terhadap Cikgu Siti Hawa ni bukan kepalang........ Ingatan terhadap beliau masih kekal dalam kotak pikiran ini........ Al-Fatihah buat Cikgu Siti Hawa......yang kami kasihi.......

Sekarang ini......den berada di lingkungan dalam alam mendidik peringkat awal kanak-kanak......... moga tenaga yang ada ini dan skill yang masih diingati ini dapat membentuk murid yang berdisiplin tinggi.....dan berani berhujah....... Kenapa murid melayu kurang dengan ketrampilan yang baik dan berani berhujah.... mengeluarkan pendapat sendiri...... tidak takut menghamburkan idea.idea yang difikirkan betul......... Harapkan dapat membina generasi yang kreatif, kristis dan berinovatif............

Monday, May 6, 2013

Mataku Buta........Minda Berbicara I ( Mini Taipei..........

Bintang atastalian......haghi ni.........disini firasat tergambar dalam kotak pikiran.........perkataan mini Taipei...... yang dibawa..... dan didewakan.......... lantas mini taipei ini akan bersemayam di atas bukit bernama bintang.... Rakyatnya pun bersorak gembira.... menyatakan pengukuhan warna kulitnya yang sesama berasal....... satu rumpun yang perlu berpadu setelah berkurun merinduinya......... Lantas kawan seiringan terlena berjalan seiring bagai dibuai bidari lembut menanam racun zuriat.............

Mataku Buta..... Minda Berbicara.......mengatakan bahawa suatu haghi nanti lembah ini milik mereka.......

Kok dah lopeh Pilih Ghayo..... mako den pun mulolah membuek kigho-kigho....ala poghak den..... momulo den tebaco ceghito ni........ Mini Taipei......... ghupo memacam ado dalam ey...... sah makan...... yang laen2 pun ado...... bak kato uwan den........ jojak yo kaki kek sinun........ telupo dighi kito.... mako tak soda2lah kito buek sepurnamo duo.....Minda den pulak berbichagho laen.....Kok yang disini mengamit yang disinun...... mako yang disinun pun ghaso dighi ey samo yo macam disini....... dongan ghasohati sonang.... melompek ko manghi...he....sogham den weyyy....kenloma kenbanyak deh........ Lelamo oghang mim ni pun ghaso polek lak........ maun takmaun..... ninggaan lombah tu..... tak pun bertukar lak mim huruf cha....... macam musang lah nak sughokan bulu ey.....dongan bulu ayam........ oghang kona yo........ tang eko ey......

http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2013/5/6/central/13057669&sec=central

Library kat rumah kita ( Bahasa Melayu )