Peristiwa besar yang berlaku sekarang ini bukan sesuatu yang mudah untuk ditangani atau diatasi. Pihak kerajaan selaku pemerintah pada waktu ini mengambil langkah-langkah mengawal penyakit ini yang telah menjadi wabak kepada negara kita, malah inya telah menjadi pandemik untuk seluruh dunia. Apakah langkah kerajaan kita tidak cukup kuat mengawalnya? Apa mungkin wabak ini segera berakhir?
Mac bulan menggemparkan masyarakat Malaysia. Kenapa saya kata begitu.......Sebabnya program PKP ( Program Kawalan Pergerakan ) pernahkah kita merasainya..........ada dua jawapan iaitu 1.Pernah melaluinya 2. Tidak pernah merasainya. Siapa yang pernah merasainya dan siapa yang tidak.
Rakyat Malaysia yang berusia 12 tahun ataupun sebelum itu tetapi masih ingat peritiwa sebelum tahun 1970 adalah meraka yang masih muda kekita itu apatah lagi mereka yang telah berusia. Keadaan " berkurung " pada masa itu tidak kuat impaknya kepada perasaan kita kerana istilah berkurung itu hanya dari jam 7 malam hingga jam 7 pagi..... Siang hari kita bebas membuat aktiviti-aktiviti, cuma keterbatasannya pada malam hari..... Siapa/pasukan mana yang ditugaskan masa itu....tak lain tak bukan adalah ATM (Askar) mereka ini cukup tegas sebab lingkung litup waktu berkurung itu dibawah kuasa mereka.......
Rakyat Malaysia lahir pada waktu itu dan selepas 1970 mereka tidak pernah merasainya.....malah yang lahir 1980 ke atas dari tarikh itu saya kira tidak merasa langsung apa itu berkurung bagi satu negara.....Meraka ini adalah genarasi yang terbelai dengan kelembutan dalam istilah saya dipanggil manja....dan mereka ini pula melahirkan genarasi yang terlalu manja.....maaf saya katakan begitu...... hanya satu pandapat bagi saya yang telah melangkaui 60's.
Musibah itu adalah satu NIKMAT ! kata para alim ulama' lampau....apakah benar? Apa kita dapat pengajaran waktu ini......ia... kita dapat mengetahui betapa rindunya hari Jumaat penghulu segala hari.......apatah lagi berjemaah di masjid atau surau.....lima waktu tidak dibulehkan berjemaah kecuali pegawai masjid dan surau bagi melepaskan tanggongjawab satu tempat atau mukim fardhu kifayah. PERINGATAN ia satu peringatan Allah Taala kepada yang mahu berfikir....sedarlah kita akan ujian ini untuk kita mencerminkan diri kita yang lalu.....dahulu..di waktu PKP inilah dapat kita bersuluk atau berkurung diri dari dunia luar untuk kita mentelaah apa-apa yang kita perlukan. Masa inilah kita manfaatkan untuk menatap dan membaca Al-Quran. Masa inilah kita bertekun untuk menghafal doa-doa. Masa inilah kita tak banyak diganggu untuk kita perbanyak zikirullah. Masa inilah kita susun jadual mengingati akan Allah dan Rasul. Masa inilah kita boleh memperbyakkan bersalawat. Masa inilah kita perbanyakkan berpuasa sunat kerana kita kurang berbelanja........
Peluang yang terbuka luas masa ini banyak berada di rumah membolehkan kita mengemas rumah, mengecat dan sebagainya..... bagi mereka yang ada kemahiran masa inilah digunakan untuk mengasah kembali skill tersebut.....bagi mereka yang ada kemahiran melukis masa inilah dipriktikan kembali artskill tu....dalam lain perkataan tiada masa terluang kalau kita pandai menguruskan masa....